"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Monday, 23 November 2015

Nota hati: 'Baiknya dia....saya ni..hmm'

"Hmm..baiknya dia.Adakah harapan untuk orang macam aku ini jadi baik macam dia??.."

~~~~~~

Baik yang bagaimana kau lihat pada dirinya?

Baik ucapan lisannya?
Baik nukilan tulisannya?
Baik tingkah dan amalannya?
Baik pakej ucapan,lisan,amalan?

Sebenarnya kan..kau yang baik.
Hati kau sangat baik kerana mampu melihat kebaikan dalam diri orang lain.

Tak semua memiliki hati begitu.Ada orang..merasakan dirinyalah yang paling terbaik sehingga tak mampu melihat kekurangan dan kelemahan diri sendiri melainkan hanya tahu mengkoreksi diri orang lain.

Tapi diri kau tidak.Kau memiliki sekeping hati yang sentiasa merendah diri dan suka melihat kebaikan pada diri orang lain.

Namun harus kau sedar wahai diri..sekadar merendah diri tanpa semangat dan keyakinan untuk usaha perbaiki diri tidak meletakkan kedudukanmu pada tempat yang selesa di sisiNya.

Mahukah sekadar merendah diri tanpa muhasabah malah, akhirnya ditelan sifat putus asa?Menyerah kalah dan melemah?

Mula-mula mengagumi kebaikan dan kelebihan  orang lain.. lama-kelamaan merasa diri tak layak nak berubah jadi lebih baik dan akhirnya korbankan diri sendiri untuk menjadi watak paling hina,buruk dan lemah.

Mahukah semakin jauh daripada rahmatNya?

Ingatlah!

Umpamakan dirimu biji benih yang ditanam di dasar tanah.Kau lihat tumbuhan lain di sekelilingmu sedang tumbuh tinggi dengan jayanya..
Masing-masing mengeluarkan pucuk, bunga dan buah.Masing-masing berbakti pada tuan yang menanamnya.

Adakah kau sekadar melihat dan mengagumi  kejayaan itu?Mereka makin tumbuh tinggi dan makin segar berbakti.
Dan kau?Selesa duduk di dalam tanah?malu,segan,takut nak keluar? Tuan tanah yang menanammu ternanti-nanti apa balasanmu terhadap kudratnya menanammu,menyirammu,membajaimu.(sekadar analogi)

Keluarlah dari tempat persembunyianmu.Allah menanti untuk kau bangkit.
Bangkit meraih keredhaanNya.
Bersainglah untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah..

Allah Maha Mengetahui hatimu.
Kuatkan semangat,perbetulkan niat,mulakan perubahan.Perlahan-lahan,sedikit demi sedikit.

Katakan pada diri..

"Aku juga mampu menjadi hamba Allah yang baik.Aku juga mahu membahagiakan Rasulullah di akhirat nanti.Aku juga mahu berdiri di belakang para solihin di sana kelak..Aku juga mahu berkampung bersama mereka yang baik-baik di syurga Allah..Aku akan buktikan...bahawasannya aku benar-benar mahu.."

#notahati
#travelogdakwah

1 comment: