Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Sangat mendalam makna disebalik lirik nasyid nyanyian kumpulan Raihan ni.
Apa mesej yang mahu diketengahkan?
Iman sangat penting dan harus diusahakan untuk dimiliki.
Tanpa iman,mana mampu kita ini mencintai Pencipta kita dan mentaati-Nya setulusnya?
Lalu,jika iman itu terpenting dan sangat mustahak untuk dimiliki..bagaimana harus memilikinya?
Iman tak boleh diwarisi.
Tok nenek mak ayah beriman,
Tak boleh mewariskan keimanan mereka kepada anak cucu cicit cuit.
Tak boleh mewariskan keimanan mereka kepada anak cucu cicit cuit.
Si anak cucu cicit itu sendiri akan bergerak sebagai individu ,memangku gelaran hamba Allah dan berusaha sendiri untuk mengejar redha Allah dalam kehidupannya agar mampu menjadi manusia yang beriman.
Kekufuran juga tidak boleh diwarisi!
Tok nenek mak ayah kufur,
Tak mahu mengimani Allah,
Tak semestinya si anak cucu cicit juga akan terpilih menjadi kufur dan menderhaka kepada Allah!
Tak mahu mengimani Allah,
Tak semestinya si anak cucu cicit juga akan terpilih menjadi kufur dan menderhaka kepada Allah!
Ada keluarga yang beriman,
Mungkin menjadi asbab untuk mencetuskan rasa si anak,mendidik si anak..agar ingin beriman kepada Allah.
Mungkin menjadi asbab untuk mencetuskan rasa si anak,mendidik si anak..agar ingin beriman kepada Allah.
Dan begitulah sebaliknya.
Dilahirkan dalam keluarga yang kurang memahami agama,atau tidak mengenal Allah,bukanlah alasan untuk dijadikan sandaran agar tidak belajar dan tidak berusaha untuk keluar dari kepompong kejahilan.
Ubahlah.Usahalah.
Allah bersamamu.
Bersama kita.
Allah bersamamu.
Bersama kita.
Biar kita yang memulakan!
Biar generasi selepas ini semuanya bersemangat mencari mardhatillah!
Biar generasi selepas ini semuanya bersemangat mencari mardhatillah!
Marilah!
No comments:
Post a Comment