"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Monday, 23 November 2015

Mengapa hati ini adakala rasa kosong dan sunyi??

"Tuhan..
Mengapa hati ini berlagak 'terisi' sedangkan sebenarnya ia sedang me'layu' mati...,"

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keliru seorang sahabat melontar kata bertanya..
"Mengapa adakala kita merasakan hati kita sangat kosong dan sunyi?"

Persoalan jiwa yang lazim.Saya pasti semua orang mengalami.Tak tahulah betul atau tidak telahan saya.
Orang yang tidak pernah merasa 'sifir sifar' dalam hatinya,faktanya cuma dua.

Pertama,
Dirinya benar-benar sudah bahagia.
Peribadinya tampil comel dan tembam dengan takwa.
Bentuk hatinya jelas berlekukkan iman.
Nuraninya benar- benar sedang mengandungkan ketenteraman.
Andai bersalin,hasilnya pasti ketenangan berpanjangan.
SubhanAllah..
Bertuahnya si pemilik hati yang darjatnya dipelihara Tuhan...

Yang kedua pula,
Adalah golongan yang sedang bermain dan dipermainkan.
Dirinya menipu dan tertipu.
Dirinya kealpaan.
Puas disolek peribadi dengan perhiasan duniawi,
Sedang hati comot tercemar.
Tenggelam dalam dunia sendiri.
'Aku sudah cukup baik'
'Amalku sudah memadai'
Astaghfirullah.
Moga Allah pelihara hati ini.
Jangan keliru,menipu dan tertipu!

Lalu,kalau hati aku ini tidak mengena pada fakta pertama dan fakta kedua,apa status sekeping hati yang 'sebatang kara' dan 'usang' ini?

Hati ini terasing dan menyendiri.
Apa yang tidak kena?
Mengapa kosong?

"Bila kita sunyi,kita akan buat apa?,"

"Kita akan cuba sedaya mungkin untuk mencari sesuatu untuk mengusir rasa sunyi tersebut.."

Aku tak bertemu jawapan.
Aku merenung langit malam..
Memohon Allah kurniakan ilham.

Lantas!
Ya..syukur.
Allah izin.
Allah izinkan minda ini menerawang menyelongkar 'stor' memori.
Dan alhamdulillah!
Terjumpa pesan nenek ni...

Suatu ketika dahulu....

Nenek pernah berpesan,

"Percayalah..orang yang Allah izinkan perasaan kosong menakluki jiwa raganya,adalah orang yang Allah sedang memilihnya untuk 'kembali' ke landasan yang benar..

Mungkin,sebelum ini dia telah menaiki tren yang salah,lalu berhenti pula di stesen yang salah.Dalam dia tak sedar dia sudah jauh dari tempat yang sepatutnya ditujui..

Allah nak,hambaNya berfikir..
'Apa yang tak kena dengan aku ni?
Kenapa dengan aku sebenarnya?'
Persoalan-persoalan yang memohon jawapan.

Dan!
Sebagai hamba yang Allah kurniakan akal termahal,
Yang Allah tak beri pun kepada makhlukNya yang lain,
Apakah solusi kepada persoalan tersebut?

Hati kosong.
Hati mintak diisikan.
Isi dengan apa?

Isilah dengan 'hiburan' islam.
Islam yang syumul.
Islam yang menyeluruh.
Islam yang penuh dengan pembelaan.
Islam yang mudah tapi tidak pula bermudah-mudah..

Islam yang ajar kita mengenali Allah.
Merapat pula pada kekasihNya...
Mengimani kitab dan suruhanNya..

SubhanAllah..
Hati yang kosong..
Sedang 'sedar' dan 'belajar'..
Tak mahu kosong lagi.
Meronta-ronta diisi selalu..
Hati yang kosong,
Sedang mensyukuri..
Kerana Allah sudi..
Sudi pilihnya lagi.

Segala puji bagi Allah.
Alhamdulillah..."

Panjang pesan nenek..
Huraian 'simple'.
Almaklum saja,nenek cakap dari hati.
Nenek ngaji tak sampai universiti.
Wallahuallam.

:')

No comments:

Post a Comment