"Saya sudah kaji hati saya.
Dan saya dapati hati saya banyak tak bahagia berbanding bahagia.Err agaknya kenapa?"
~~~~~
Ya.Satu sebabnya adalah kerana..saya selalu gagal dalam memberi persepsi awal terhadap orang-orang yang saya temukan.
Saya pantas dan cekap menjumpai kelemahan;keburukan mereka berbanding melihat kemuliaan dan kebaikan mereka.
Adakala,saya bertemu dengan orang-orang yang saya cukup kagumi peribadinya.Di mana,kejelitaan akhlak mereka sungguhlah terserlah.
Masalah selalu berpunca dari hati saya.Menderita 'demam iri' hinggakan tega menzalimi diri sendiri dengan berusaha mendengki,mengutuk,dan membenci mereka dalam hati.
Syaitan beraja di dalam diri.Rasional ditelan emosi.Lalu,dimanakah pergi pekerti mukmin yang didamba ILAHI?Sungguh.saya tak bahagia berterusan begini...."
~~~~~
Bersihkanlah hati,buang tahi-tahi dengki dan iri.
Buang rasa diri lebih hebat daripada orang lain.
Jangan menzalimi diri sendiri.Hiduplah dengan kesyukuran dan merasa cukup atas apa jua kurniaan daripadaNya.
Moga, tak telat lagi memperbaiki hati.Mampirlah!Mendekat kepada Allah.
Allah Maha Pengampun.
#notahati
#Travelogdakwah_
No comments:
Post a Comment