"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Monday, 23 November 2015

Monolog..

Monolog 1:

"Kehendak Tuhan aku jadi begini.Kalau Tuhan nak aku jadi baik,pasti Tuhan dah beri aku petunjuk.Mesti sekarang aku dah jadi ustaz ke,pencetus ummah ke,imam muda ke..tapi Tuhan tak bagi aku semua tu.Memang takdir aku begini.Kenapa nak salahkan aku kalau aku jahat?

Jap.Aku jahat??
No no no..aku tak ganggu pun hidup orang lain dah kenapa pula aku yang jahat!?

Aku tak solat,aku tak jaga ikhtilat,aku tak kisah hukum-hakam agama..bukankah itu urusan aku dengan Tuhan??Kenapa mereka kisah sangat hah?Mereka yang sebenarnya jahat!Tak reti duduk diam,asyik mengutuk mengumpat.Fikirkan diri sendiri sudah.Huh!"

~~~~~~

Monolog 2:

"Hmm..aku ni dah banyak buat kebaikan ni. Solat jaga,solat sunat selalu.Pakaian pun menutup aurat.Ikhtilat pun aku jaga.Anak yang berbakti kepada orang tua.Aku dah banyak bersedekah.Baca quran pun rajin dan lancar.Hik.Hmm..sukanya!Bila begini,orang pandang pun kagum dan hormat.Allah pasti bagi syurga punya..sebab aku memang layak..

Hmm..kenapalah insan-insan jahil kat luar sana tu masih tak sedar-sedar!Enak bergelumang maksiat!Bukan tak suka mereka.Tapi,melihat mereka saja sudah membuatkan aku meluat dan tak tenang.Penderhaka Tuhan!Minta-mintalah aku ni tak terjebak.Hidup..hidup..mujur aku tak macam tu..,"

¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

Tuntutlah ilmu.
Ilmu itu cahaya kehidupan.
Hanya dengan ilmu hidup akan terang-benderang.
Hanya dengan adanya suluhan cahaya,kita mampu melihat suasana yang dilitupi gelap kelam.
Hanya dengan adanya 'kelangsungan' penimbaan ilmu mampu menyuluh segala persoalan dan menjelaskan kekeliruan.

Jadilah generasi yang cintakan ilmu.Jadilah hamba Tuhan yang beramal dengan ilmu.Ilmu,bukan untuk dibangga-banggakan.Ilmu dituntut,untuk disebar-luaskan;diterjemahkan dalam bentuk amalan.

Bahana JAHIL!
Monolog 1.Tak faham konsep hidup.Tak faham konsep takdir qada dan qadar.Tak faham konsep dosa pahala.Apa terjadi?Jadi hamba yang kufur.Kasihan..mahukah selamanya menjadi jahil dan kufur?

Bahana JAHIL!
Monolog 2.Mengapa jadi begitu??Merasakan diri,sudah cukup baik,sudah cukup 'besar' dan layak diangkat ke syurga!Ingat ingat ingattt..kita ni ke syurga bukan sebab amalan kita dah banyak.Bukan sebab kita sudah cukup baik.Tak malukah pada Allah??Bangga terlihat cantik dek luaran,sedang hati busuk!Mahukah menjadi golongan munafik??Ingat..kita hanya akan terlepas ke pintu syurga jika Allah redha ke atas kita.Kita hanya akan masuk syurga dengan RAHMAT Allah..!bukan segunung amalan kita!Bukan selautan ilmu kita!

Sila menuntut ilmu lagi,sila betulkan persepsi,sila istighfar dan bertaubat jika ada antara kita kita kita kita ini yang tergolong dalam kumpulan Monolog 1 dan 2 ni.

Travelogdakwah_
Notahati_

No comments:

Post a Comment