"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Monday, 23 November 2015

Dulu diuji..sekarang masih diuji..

Sehebat mana pun ujian Allah kepada kau,ketahui satu..,
ujian Allah bertambah hebat,kerana kau layak untuk menerima ujian itu pada saat yang tepat.

Kalau perasan,
dulu kita diuji,sekarang kita masih diuji,dan sudah pasti pada masa akan datang,selagi nyawa dikandung badan,kita akan sentiasa diuji Allah.Itulah kehidupan yang takkan sunyi daripada ujian.

Selagi kita bergelar makhluk yang hidup,jangan pula mengeluh mengapa ujian Allah tak henti-henti.Lepas satu,satu lagi mendatang.Tak selesai satu,sepuluh lagi mengejar dari arah belakang.Masalah yang datang bagaikan memohon dicarikan solusi.

Orang yang bijak,bukanlah orang yang mampu mengeluarkan dirinya daripada ikatan masalah atau ujian yang berat..
Orang yang bijak..adalah orang yang mampu 'menghayati' serta memahami tiap kejadian yang menimpa dirinya.Malah mengambilnya sebagai ibrah dan meneliti hikmah yang tersembunyi secara misteri di balik setiap ujian yang Tuhan hadapkan.

Sesungguhnya, andai dihayati qada dan qadar Allah ini..
segala-galanya adalah bukti kasih dan cintanya Allah kepada kita para hamba-hambaNya.

Makanya diri,
jangan lekas mengeluh apalagi berputus-asa dengan rahmat Tuhan.
Allah sentiasa dekat.
Pandanglah ujian Allah dengan visual yang terang;dengan jiwa yang lapang.Allah menguji,kerana mahu mematangkan.

Subhanallah.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment