"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Monday, 23 November 2015

Monolog..

Monolog 1:

"Kehendak Tuhan aku jadi begini.Kalau Tuhan nak aku jadi baik,pasti Tuhan dah beri aku petunjuk.Mesti sekarang aku dah jadi ustaz ke,pencetus ummah ke,imam muda ke..tapi Tuhan tak bagi aku semua tu.Memang takdir aku begini.Kenapa nak salahkan aku kalau aku jahat?

Jap.Aku jahat??
No no no..aku tak ganggu pun hidup orang lain dah kenapa pula aku yang jahat!?

Aku tak solat,aku tak jaga ikhtilat,aku tak kisah hukum-hakam agama..bukankah itu urusan aku dengan Tuhan??Kenapa mereka kisah sangat hah?Mereka yang sebenarnya jahat!Tak reti duduk diam,asyik mengutuk mengumpat.Fikirkan diri sendiri sudah.Huh!"

~~~~~~

Monolog 2:

"Hmm..aku ni dah banyak buat kebaikan ni. Solat jaga,solat sunat selalu.Pakaian pun menutup aurat.Ikhtilat pun aku jaga.Anak yang berbakti kepada orang tua.Aku dah banyak bersedekah.Baca quran pun rajin dan lancar.Hik.Hmm..sukanya!Bila begini,orang pandang pun kagum dan hormat.Allah pasti bagi syurga punya..sebab aku memang layak..

Hmm..kenapalah insan-insan jahil kat luar sana tu masih tak sedar-sedar!Enak bergelumang maksiat!Bukan tak suka mereka.Tapi,melihat mereka saja sudah membuatkan aku meluat dan tak tenang.Penderhaka Tuhan!Minta-mintalah aku ni tak terjebak.Hidup..hidup..mujur aku tak macam tu..,"

¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

Tuntutlah ilmu.
Ilmu itu cahaya kehidupan.
Hanya dengan ilmu hidup akan terang-benderang.
Hanya dengan adanya suluhan cahaya,kita mampu melihat suasana yang dilitupi gelap kelam.
Hanya dengan adanya 'kelangsungan' penimbaan ilmu mampu menyuluh segala persoalan dan menjelaskan kekeliruan.

Jadilah generasi yang cintakan ilmu.Jadilah hamba Tuhan yang beramal dengan ilmu.Ilmu,bukan untuk dibangga-banggakan.Ilmu dituntut,untuk disebar-luaskan;diterjemahkan dalam bentuk amalan.

Bahana JAHIL!
Monolog 1.Tak faham konsep hidup.Tak faham konsep takdir qada dan qadar.Tak faham konsep dosa pahala.Apa terjadi?Jadi hamba yang kufur.Kasihan..mahukah selamanya menjadi jahil dan kufur?

Bahana JAHIL!
Monolog 2.Mengapa jadi begitu??Merasakan diri,sudah cukup baik,sudah cukup 'besar' dan layak diangkat ke syurga!Ingat ingat ingattt..kita ni ke syurga bukan sebab amalan kita dah banyak.Bukan sebab kita sudah cukup baik.Tak malukah pada Allah??Bangga terlihat cantik dek luaran,sedang hati busuk!Mahukah menjadi golongan munafik??Ingat..kita hanya akan terlepas ke pintu syurga jika Allah redha ke atas kita.Kita hanya akan masuk syurga dengan RAHMAT Allah..!bukan segunung amalan kita!Bukan selautan ilmu kita!

Sila menuntut ilmu lagi,sila betulkan persepsi,sila istighfar dan bertaubat jika ada antara kita kita kita kita ini yang tergolong dalam kumpulan Monolog 1 dan 2 ni.

Travelogdakwah_
Notahati_

Renung-renungkanlah..

"Aku peliklah.Orang zaman sekarang ni,tak kenal kita pun berani betul berkongsi cerita aib dirinya dan sebagainya.Bukanlah..ada someone ni.Orangnya beragama serasa aku.Kenapa nak kena cerita masalah dia kepada manusia?Bukan sepatutnya dia lebih tahu,segala masalah tu kena adukan kepada Tuhan?Hmm..pelik.."

~~~~~~~~

Kawan,
bila ada seseorang sudi berkongsi cerita tentang dirinya;sudi berhadapan denganmu bertebal muka;sudi letak tepi aib diri hanya semata-mata mahu meluahkan perasaannya yang terbuku saat itu..

dengarkanlah dia.
Tak salah pun mendengar.
Soal perlu atau tidak dia bercerita,itu kemudiankan.
Kita sedang tidak berada di tempatnya saat itu.
Kalau kita mahu berkongsi rasa,apalagi yang melibatkan aib diri,adakah kita suka-suki bercerita pada sesiapa saja?
Dengan siapa kita akan memilih untuk bercerita?
Tentu sekali dengan orang yang kita PERCAYA.

dengarkan dia dengan empati.
dengarkan dia dengan simpati.
dengarkan dia dengan rasa hormat dan mahu memahami.Seterusnya berilah kata-kata nasihat agar dia kembali bersemangat.

Benar,dalam apa jua situasi dan keadaan;sedang dilanda masalah atau dipeluk kegembiraan,kita sewajarnya suarakan; kongsikan segalanya pada Tuhan.Itulah prioriti kita sebelum kita kongsikan kepada makhluk.

Namun,ingatlah kawan.
Tak semua orang ada kesedaran tentang itu. Tiada kesedaran kerana kurang ilmu.Jangan letak anggapan bahawa semua orang di sekeliling kita berfikir sama macam kita.Jangan..!
Kita pun masih banyak lagi kekurangan dan kelemahan sana sini.

Berbanggalah,ada hikmah jua kenapa si 'dia' sudi berkongsi.
Tidakkah kita mengambil ibrah dan mengintai hikmah dari tabir kisahnya dia??

Orang dah percaya kita,syukuri.Jangan pula sesekali menjadi agen syaitan menyebarkan aibnya,memperlekehkan dirinya.

Renung-renungkan.

:)

Buat baik,perbanyakkan buat baik!

Buat baik.
Perbanyakkan berbuat baik.

"Ya saya sudah buat.Malah,sudah terlalu banyak kebaikan saya buat.."

Ingat diri..
akan ada satu kaum yang nabi kisahkan di akhirat kelak,dibangkitkan.Kaum itu adalah kaum yang banyak melakukan kebaikan dan kebajikan di dunia.. namun,tak bawa pulang apa-apa ke negeri akhirat.

Umpama poket yang berisi banyak emas,dikumpul hari demi hari,angkara leka dan lupa,lantas tak disedari poket bocor.Habis sia-sia segalanya.

Segala pahala dan amal,hilang bagai debu-debu ditiup angin.Allah langsung tak pandang,tak nilai.

Makanya,kita disyorkan bukan sahaja untuk perbanyakkan amal kebaikan..malah,kita juga harus MEMPERTAHANKAN kebaikan yang kita lakukan.

Singkir segala mazmumah yang beraja dalam diri!

Ambil islam secara keseluruhannya,bukan separuh-separuh!

Tuntut ilmu dan jadilah pelajar yang tak letih belajar..!

Katakan pada diri..

Tiada yang lebih penting dan berharga melainkan mendapat REDHA Allah..

Aku tak mahu gemok dek negatifffff!

Hari-hari kau telan benda negatif.
Sekarang kau gemuk dek negatif.
Esok lusa kau naik obes pula dek negatif.

Kesannya??

Kau makin lemah,makin diberatkan dengan negatif,hingga kau lembap berfikir.
Bila kau lembap berfikir,kesannya pemikiran kau takkan sampai ke positif.Separuh jalan belaka..
orang fikir ke hadapan,kau berfikir senget-benget.
Makin parahlah negatif kau.

Makin gemoklah kau dengan negatif.
Makin laparlah kau dengan negatif.
Makin lagi kau teruja nak telan segala unsur negatif yang ada.

Ada harapan lagikah untuk orang obes negatif macam kau ni untuk kembali meraih positif??

Ada!

Pertama,diet.
Mahu selamatkan diri dari obes negatif yang bakal mematikan jasad dan roh??dietlah jawabnya!

Ikut peraturan.Mana patut telan,telan!Mana patut buang dari jadual diet..buang terus!

Kedua,muntahkan!
Buatlah apa juga cara untuk kau raih kembali positif yang hilang.Paksa diri muntahkan,buanggggg segala negatif!
Katakan...aku tak mahu obesssss negatif!Aku mahu raih positif...!

Ketiga,telan vitamin positif!
Fizikal dan mental memerlukan vitamin-vitamin positif ini agar dapat membantu sistem ketahanan badan.

Katakanlah pada diri..

"Aku tak mahu gemok dek negatif!"

Nota hati.

Rasulullah kita bersabda..

"Tidak ada seorang pun yang berdoa kepada Allah untuk sesuatu melainkan akan dikabulkan,sama ada ditunaikan terus di dunia atau disimpankan untuk akhirat atau dijadikan penghapus dosanya mengikut kadar doanya.Asalkan dia tidak berdoa untuk dosa,memutuskan silaturahim atau gopoh."

Sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah,bagaimana seseorang boleh gopoh?

Jawab nabi:

"Dia berkata..
'Aku sudah berdoa kepada Tuhanku tetapi DIA tidak kabulkan'.."

(Riwayat al-Tirmizi)

Salam sayyidul ayyam.
Yuk perbanyak selawat dan doa-doa kebaikan.Jangan berputus asa mengharap rahmat dan redha Tuhan.

Masalah...!

Masalah.

Bukan untuk diselesaikan dengan kemarahan.

Masalah.

Bukan untuk diselesaikan dengan bersedih-sedih.

Semua orang ada masalah.Takkan ada yang terlepas.

Jadiknye,selalu ingatlah wahai diri..andai kau dirundung masalah,jangan lempiaskan masalahmu seolah-olah kamu seorang diuji.

Bertenang dan berfikirlah secara rasional.Jangan pentingkan diri.

Punya masalah itu lumrah,
menjadi manusia 'bermasalah' itu perlu dielak dan diubah!

Ayuh!

Tanya diri..

Tanya diri.

Kenapa wajar bertolak-ansur dan tidak pentingkan diri sendiri?

Katakan pada diri,

"Kerana dunia ini bukan diciptakan untuk 'memuatkan' diri aku semata;bukan juga untuk memuaskan apa jua kemahuan aku sekelip mata.."

Segalanya perihal hati.Mahu matang dan mengerti.Betapa sebagai manusia,harus lebih banyak berkorban dan memberi.

Bukankah segala yang ki.ta ada ini dipunyai oleh Yang Maha Tinggi??

Fikir,sedar dan syukuri.

Kau siapa nak beri aku nasihat??

A:

Kau siapa nak beri aku nasihat?

B:

Aku bukan malaikat yang suci.
Aku bukan nabi yang maksum.
Aku bukan para ulama' yang berilmu.
Aku bukan kamu,yang jauh lebih baik..

Aku hamba Allah;yang selalu buat silap;sedarnya sekejap;lalu kembali buat dosa;sedar lagi sekejap;lalu hanyut lagi ditenggelamkan dosa.

Aku manusia biasa yang tidak terpelajar;tapi aku suka belajar..
Aku manusia biasa yang penuh kekurangan dan kelemahan.

Moga kau tidak melihat bagaimana aku 'kelihatan'.
Moga kau sudi mendoakan apa jua kebaikan..

"Jangan dilihat siapa yang memberi nasihat,dengarkan..renungkan apa isi nasihatnya.."

Dulu diuji..sekarang masih diuji..

Sehebat mana pun ujian Allah kepada kau,ketahui satu..,
ujian Allah bertambah hebat,kerana kau layak untuk menerima ujian itu pada saat yang tepat.

Kalau perasan,
dulu kita diuji,sekarang kita masih diuji,dan sudah pasti pada masa akan datang,selagi nyawa dikandung badan,kita akan sentiasa diuji Allah.Itulah kehidupan yang takkan sunyi daripada ujian.

Selagi kita bergelar makhluk yang hidup,jangan pula mengeluh mengapa ujian Allah tak henti-henti.Lepas satu,satu lagi mendatang.Tak selesai satu,sepuluh lagi mengejar dari arah belakang.Masalah yang datang bagaikan memohon dicarikan solusi.

Orang yang bijak,bukanlah orang yang mampu mengeluarkan dirinya daripada ikatan masalah atau ujian yang berat..
Orang yang bijak..adalah orang yang mampu 'menghayati' serta memahami tiap kejadian yang menimpa dirinya.Malah mengambilnya sebagai ibrah dan meneliti hikmah yang tersembunyi secara misteri di balik setiap ujian yang Tuhan hadapkan.

Sesungguhnya, andai dihayati qada dan qadar Allah ini..
segala-galanya adalah bukti kasih dan cintanya Allah kepada kita para hamba-hambaNya.

Makanya diri,
jangan lekas mengeluh apalagi berputus-asa dengan rahmat Tuhan.
Allah sentiasa dekat.
Pandanglah ujian Allah dengan visual yang terang;dengan jiwa yang lapang.Allah menguji,kerana mahu mematangkan.

Subhanallah.
Alhamdulillah.

Beringatlah wahai diri..

Diri,

mungkin kerana kau sudah terlalu 'senang'.
Allah uji kau punyai kemampuan dari segala sudut.

Nak sesuatu..katakan..!
Apa saja..
mudah benar kau miliki.
Mungkin,adakala ada sedikit cabaran,namun pada akhirnya kau mampu juga memilikinya.

Nak makan sedap..katakan!
Apa saja yang menjadi kegemaran atau yang terlintas di fikiran..mudah benar kau menurut kemahuan seleramu.

Nak pergi mana..katakan!
Mana-mana saja..
ringgit bukan masalah utama,kerana kau selalu punya cara untuk menjadikan keinginanmu satu kenyataan..

Beringatlah..
jangan kerana kau sudah selalu digelumangi kenikmatan serta dimanjai kemudahan,menjadikan kau manusia yang kufur nikmat dan tak bersyukur..

Astaghfirullahaladzim..

Tips mudah kawal marah!

Soalan:

Apa yang perlu aku  buat kalau aku tengah  MARAH  giler???

Jawapan:

Berhenti seketika.Tarik nafas.Ko relek...pejamkan mata.Tak payah cakap dengan siapa-siapa untuk sementara.Tak payah buka henfon.Tak payah online.Rehatkan diri ko.Kalau ko tengah duduk,better ko berdiri.Istighfar banyak-banyak.Cari ruang untuk cari ketenangan.Bila ko rasa cool sikit,Insyaallah masa tu..otak ko lagi waras nak berfikir.

Kalau kau takdek usaha nak diam,kau tak jaga lidah kau,kau berpotensi besar untuk maki-hamun orang lain.Kang tak pasal-pasal orang yang takdek kena-mengena ngan masalah kau pun jadi bermasalah dengan ko.So,jangan cari pasal.

Kalau kau takdek usaha nak bersendirian,kau kalut juga nak cari geng yang kononnya bff kau..;untuk kau luahkan masalah kau.
Pastu kau tak sedar,sambil-sambil share problem kau,disebabkan marah sangat kau mengumpat orang yang buat ko marah tadi.Disebabkan ko marahhh sangat!!!ko tak sedar,sambil-sambil mengumpat,kau sebarkan fitnah pula.Ingat tu..sebab tu,kalau tengah marah..baik duk diam-diam je..

Henfon ko tu..pleaselah letak tepi.Kata marah?sempat lagi nak susun ayat bagi cantik nak mention satu dunia ko teraniaya??

Ko tak payah nak cari ketenangan share masalah ko kat laman sosial.Kau hanya dapat pulangan 'dosa kering' percuma..apalagi kalau ko aibkan manusia yang buat ko marah tadi.Habis seisi warga maya tahu masalah kau..dan tak pasal-pasal aib diri ko sendiri terselak.Orang pasti akan label ko..negatif.Kaki ngumpat.Pemfitnah dan sebagainya.Dan yang paling ditakuti,disebabkan perkataan kau,wujud pula salah faham dan mencetuskan kekecohan dan permusuhan.

See..masalah pertama ko tadi..tak settle.Pahtu ko buat masalah lain pula..dan yang paling teruk..ko undang masalah antara kau dengan Tuhan.

Kesian kan..
Dahlah..jangan layankan sangat marah tu..
senjata syaitan belaka mahu menjahanamkan kau.

Semua orang ada masalah.Belajarlah kawal diri.Sesekali korbankan emosi sendiri untuk kebaikan diri dan orang lain.

Peace ^^

Nota hati: 'suka disangka baik atau jahat?'

A:

"Tak sukalah orang ingat kite ni baik sangat..,"

B:

"Habis tu..suka orang ingat ko tu jahat?"

A:

"Bukanlah.Hmm..entahlah.Bukannya apa..bila orang dok ingat kita ni baik..kang kalau kita buat benda tak kena kang..haa..memanjang pulak kutuk kite pastu."

B:

"Buat apa nak risau semua tu.Orang bersangka baik kat kite..bukankah itu bagus?Tak rasa ia sebagai hadiah daripada Allah?
Bersangka baik itu adalah satu permulaan yang baik  untuk meneruskan kelangsungan kebaikan dalam diri si dia yang bersangka baik, dan juga diri kita yang dianggap baik.

Teruskan berbuat kebaikan.Jangan rasa takut digelar baik,dilabel baik.Anggap saja kata-kata mereka itu bukan pujian,bukan pujaan,bukan perlian mahupun sindiran.Anggap ianya adalah sebuah doa kebaikan.

Jangan silap!
Zaman sekarang,cara fikir dan persepsi setiap individu itu lain-lain.Jangan ambil fikiran dan persepsi mereka sebagai prioriti dan kesimpulan.Selalu dengarkan suara hati dan rujuk segera segalanya kepada DIA.Yang Maha Layak untuk dijadikan rujukan.

Ingat..hidup ini bukan untuk bersusah-hati kerana persepsi orang ke atas kita..hidup ini juga bukan untuk memenangkan atau menuruti  tiap apa yang terlintas di kepala kita..

Hidup ini adalah untuk mendengar, mematuhi,menuruti,mengakui..segala apa yang Tuhan gariskan.

Bila ada orang ingat kite ni baik..padahal kite taklah sebaik yang mereka sangkakan..pernah terasa segan atau malu??rendah diri?Kalau pernah,maka benarlah anda memang baik.Jika malu,jika segan..jika rendah diri..segera adukan segala pada Allah..mohon Allah betul-betul ikhlaskan hati kita nak beramal..Istighfar banyak-banyak..mohon..Allah benar-benar jadikan kita dalam golongan orang yang baik..punya hati yang cantik dan akhlak yang bertakwa.

Namun,kena aware juga.Ada satu golongan ni pula..tak suka nak buat baik obvious sgt dan takut disangka baik bukan sebab apa..sebab..dia suka amek hukum Allah ni separuh-separuh.Mana dia nak ikut,dia buat.Mana yang dia tak nak..dia buat ala kadar endah tak endah.

Contohnya?

Dia pakai menutup aurat,dia solat.Tapi dia tak jaga batas -batas pergaulan dia.Dia buat benda mungkar di belakang.

Bila ada orang ingat dia baik,dia rasa sangkaan orang tersebut adalah kecaman ke atas dia.

Kenapa?

Yelaah..orang dah nampak ko baik,solat..gi majlis ilmu,tutup aurat bagai..sekali tup tap rupanya dok courple islamik..

Dia rasakan itu adalah ancaman.

Sangka baik orang lain ke atas kita,boleh jadi dorongan untuk kita  membaik.Mengapa dianggap ancaman?Hinggakan diri tega memilih kemungkaran?

Sebab tu..banyak terjadi manusia tak mampu nak istiqamah di jalan kebaikan..kerana memenangkan 'kepala' sendiri.

Dah tutup aurat,dibuka auratnya kerana tak suka dilabel baik dengan alasan tak mahu hipokrit.Tak mahu tipu diri sendiri dan tak mahu tipu orang lain.

Tanpa disedarinya..diri telah terpedaya dek hasutan,pujuk rayu sang syaitan.

Astaghfirullahaladzim..
Moga-moga dijauhkan.

Pilihan di hati kita.
Pilihlah..moga Allah jaga dan kurniakan kebaikan buat kita semua di dunia di akhirat.

Insyaallah..
Allahumma aameen.."

#notahati
#travelogdakwah

'Kekok buat baik'

Ada jenis orang..malu buat baik tapi dalam hati teringin sangat..tapi tiap kali dia ingin berbuat kebaikan dia merasa diperhatikan dan mulai kekok..apakah punca sebenar dan cara mngatasinya?

~~~~~~

Contoh mudah yang kita boleh ambil nak gambarkan perkara baik yang kita dok segan dok malu nak buat itu adalah..

"Membaca Quran" di tempat awam.Mungkin di dalam train misalnya.

Orang baik,sentiasa berhajatkan kepada kebaikan.Suka nak taat kat Allah..suka nak buat apa yang Allah suka.

Rasa malu,rasa segan..rasa kekok..semua perasaan tu hadir sebab masalahnya bukan kat orang lain,tapi kitalah yang bermasalah.

Cara mudah nak buang malu,segan dan kekok tak bertempat ini adalah...

Perbetulkan cara kita berfikir,reset semula niat kita nak buat baik sebab apa?

Kita nak buat baik,sebab Allah.Bukan..sebab kita nak tarik perhatian manusia.Nak dipuji,apatah lagi disanjung.Kita juga bukan mahu diteladani,kerana kita tahu dan kenal diri kita yang banyak sangat aibnya..namun,tak salah andai kita bawa sunnah Rasulullah S.a.w untuk menjadi penyampai kebaikan walau sedikit..melalui amalan dan peribadi yang ditunjukkan.

"Aku buat..kerana aku nak redha Allah.Aku nak jadi agen penyebar kebaikan sebagaimana Rasulullah s.a.w anjurkan.."

Insyaallah.
Wallahuallam.

:)

Nota hati: 'Saya pun nak jadi daie juga..'

Saya pun nak jadi daie juga.Ajak orang buat baik.Tapi..err..rasa tak layak.Pahtu tak pandai menulis bunga-bunga.Nak menulis tak pandai..inikan pula nak bercakap..huhuhuu..terbayang diri jadi daie milinea..sekadar angan-angan..

~~~~~~~

Menulis bukanlah untuk mencerminkan kebolehan,bakat atau kebaikan diri.

Menulis adalah satu medium untuk menyampaikan ilmu dan perkara-perkara kebaikan.

Si penulis bukan mahu diteladani.Tapi si penulis sedang berbagi ilmu apa yang dipelajari;dihayati;difahami.

Ada orang dakwahnya 'kena' pada lisan.
Ada orang dakwahnya 'kena' pada nukilan.
Ada orang..dakwahnya 'kena' pada tingkah diri dan amalannya.
Namun..semua itu tiada makna andai dakwahnya sekadar mahu mengundang omong-omongan manis,pujian mahupun sanjungan.Tdak terlahir dari niat hati yang ikhlas melaksanakan kerana Tuhan.

Jadi..berhenti menanti untuk pandai menulis baru mahu menulis.Belajarlah menulis sesuatu yang boleh mengajak hati sendiri untuk membaik dan menjadi dorangan hati-hati yang lain juga agar timbul ilham dan kesedaran.Sampaikanlah kebaikan hatta sepotong ayat.

Kita ini tidak pernah bisu meluah kata yang melukakan atau sia-sia..mengapa tidak memilih untuk bersuarakan hal-hal kebaikan?
Bersuara tak perlu bakat.Bersuara perlu ilmu dan kefahaman.Berpada-pada segalanya .

Cuba.
Memang rasa tak layak..
tapi usaha.
Moga-moga Allah sudi ganjarkan kebaikan walau sedikit pun buat menyelamatkan dunia akhirat kita.

#notahati
#travelogdakwah

Nota hati: 'Baiknya dia....saya ni..hmm'

"Hmm..baiknya dia.Adakah harapan untuk orang macam aku ini jadi baik macam dia??.."

~~~~~~

Baik yang bagaimana kau lihat pada dirinya?

Baik ucapan lisannya?
Baik nukilan tulisannya?
Baik tingkah dan amalannya?
Baik pakej ucapan,lisan,amalan?

Sebenarnya kan..kau yang baik.
Hati kau sangat baik kerana mampu melihat kebaikan dalam diri orang lain.

Tak semua memiliki hati begitu.Ada orang..merasakan dirinyalah yang paling terbaik sehingga tak mampu melihat kekurangan dan kelemahan diri sendiri melainkan hanya tahu mengkoreksi diri orang lain.

Tapi diri kau tidak.Kau memiliki sekeping hati yang sentiasa merendah diri dan suka melihat kebaikan pada diri orang lain.

Namun harus kau sedar wahai diri..sekadar merendah diri tanpa semangat dan keyakinan untuk usaha perbaiki diri tidak meletakkan kedudukanmu pada tempat yang selesa di sisiNya.

Mahukah sekadar merendah diri tanpa muhasabah malah, akhirnya ditelan sifat putus asa?Menyerah kalah dan melemah?

Mula-mula mengagumi kebaikan dan kelebihan  orang lain.. lama-kelamaan merasa diri tak layak nak berubah jadi lebih baik dan akhirnya korbankan diri sendiri untuk menjadi watak paling hina,buruk dan lemah.

Mahukah semakin jauh daripada rahmatNya?

Ingatlah!

Umpamakan dirimu biji benih yang ditanam di dasar tanah.Kau lihat tumbuhan lain di sekelilingmu sedang tumbuh tinggi dengan jayanya..
Masing-masing mengeluarkan pucuk, bunga dan buah.Masing-masing berbakti pada tuan yang menanamnya.

Adakah kau sekadar melihat dan mengagumi  kejayaan itu?Mereka makin tumbuh tinggi dan makin segar berbakti.
Dan kau?Selesa duduk di dalam tanah?malu,segan,takut nak keluar? Tuan tanah yang menanammu ternanti-nanti apa balasanmu terhadap kudratnya menanammu,menyirammu,membajaimu.(sekadar analogi)

Keluarlah dari tempat persembunyianmu.Allah menanti untuk kau bangkit.
Bangkit meraih keredhaanNya.
Bersainglah untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah..

Allah Maha Mengetahui hatimu.
Kuatkan semangat,perbetulkan niat,mulakan perubahan.Perlahan-lahan,sedikit demi sedikit.

Katakan pada diri..

"Aku juga mampu menjadi hamba Allah yang baik.Aku juga mahu membahagiakan Rasulullah di akhirat nanti.Aku juga mahu berdiri di belakang para solihin di sana kelak..Aku juga mahu berkampung bersama mereka yang baik-baik di syurga Allah..Aku akan buktikan...bahawasannya aku benar-benar mahu.."

#notahati
#travelogdakwah

Nota hati: 'saya sudah kaji hati saya..'

"Saya sudah kaji hati saya.
Dan saya dapati hati saya banyak tak bahagia berbanding bahagia.Err agaknya kenapa?"

~~~~~

Ya.Satu  sebabnya adalah kerana..saya selalu gagal dalam memberi persepsi awal terhadap orang-orang yang saya temukan.

Saya pantas dan cekap menjumpai kelemahan;keburukan mereka berbanding melihat kemuliaan dan kebaikan mereka.

Adakala,saya bertemu dengan orang-orang yang saya cukup kagumi peribadinya.Di mana,kejelitaan akhlak mereka sungguhlah terserlah.

Masalah selalu berpunca dari  hati saya.Menderita 'demam iri' hinggakan tega menzalimi diri sendiri dengan berusaha mendengki,mengutuk,dan membenci mereka dalam hati.

Syaitan beraja di dalam diri.Rasional ditelan emosi.Lalu,dimanakah pergi pekerti mukmin yang didamba ILAHI?Sungguh.saya tak bahagia berterusan begini...."

~~~~~

Bersihkanlah hati,buang tahi-tahi dengki dan iri.
Buang rasa diri lebih hebat daripada orang lain.
Jangan menzalimi diri sendiri.Hiduplah dengan kesyukuran dan merasa cukup atas apa jua kurniaan daripadaNya.

Moga, tak telat lagi memperbaiki hati.Mampirlah!Mendekat kepada Allah.

Allah Maha Pengampun.

#notahati
#Travelogdakwah_

Mengapa hati ini adakala rasa kosong dan sunyi??

"Tuhan..
Mengapa hati ini berlagak 'terisi' sedangkan sebenarnya ia sedang me'layu' mati...,"

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keliru seorang sahabat melontar kata bertanya..
"Mengapa adakala kita merasakan hati kita sangat kosong dan sunyi?"

Persoalan jiwa yang lazim.Saya pasti semua orang mengalami.Tak tahulah betul atau tidak telahan saya.
Orang yang tidak pernah merasa 'sifir sifar' dalam hatinya,faktanya cuma dua.

Pertama,
Dirinya benar-benar sudah bahagia.
Peribadinya tampil comel dan tembam dengan takwa.
Bentuk hatinya jelas berlekukkan iman.
Nuraninya benar- benar sedang mengandungkan ketenteraman.
Andai bersalin,hasilnya pasti ketenangan berpanjangan.
SubhanAllah..
Bertuahnya si pemilik hati yang darjatnya dipelihara Tuhan...

Yang kedua pula,
Adalah golongan yang sedang bermain dan dipermainkan.
Dirinya menipu dan tertipu.
Dirinya kealpaan.
Puas disolek peribadi dengan perhiasan duniawi,
Sedang hati comot tercemar.
Tenggelam dalam dunia sendiri.
'Aku sudah cukup baik'
'Amalku sudah memadai'
Astaghfirullah.
Moga Allah pelihara hati ini.
Jangan keliru,menipu dan tertipu!

Lalu,kalau hati aku ini tidak mengena pada fakta pertama dan fakta kedua,apa status sekeping hati yang 'sebatang kara' dan 'usang' ini?

Hati ini terasing dan menyendiri.
Apa yang tidak kena?
Mengapa kosong?

"Bila kita sunyi,kita akan buat apa?,"

"Kita akan cuba sedaya mungkin untuk mencari sesuatu untuk mengusir rasa sunyi tersebut.."

Aku tak bertemu jawapan.
Aku merenung langit malam..
Memohon Allah kurniakan ilham.

Lantas!
Ya..syukur.
Allah izin.
Allah izinkan minda ini menerawang menyelongkar 'stor' memori.
Dan alhamdulillah!
Terjumpa pesan nenek ni...

Suatu ketika dahulu....

Nenek pernah berpesan,

"Percayalah..orang yang Allah izinkan perasaan kosong menakluki jiwa raganya,adalah orang yang Allah sedang memilihnya untuk 'kembali' ke landasan yang benar..

Mungkin,sebelum ini dia telah menaiki tren yang salah,lalu berhenti pula di stesen yang salah.Dalam dia tak sedar dia sudah jauh dari tempat yang sepatutnya ditujui..

Allah nak,hambaNya berfikir..
'Apa yang tak kena dengan aku ni?
Kenapa dengan aku sebenarnya?'
Persoalan-persoalan yang memohon jawapan.

Dan!
Sebagai hamba yang Allah kurniakan akal termahal,
Yang Allah tak beri pun kepada makhlukNya yang lain,
Apakah solusi kepada persoalan tersebut?

Hati kosong.
Hati mintak diisikan.
Isi dengan apa?

Isilah dengan 'hiburan' islam.
Islam yang syumul.
Islam yang menyeluruh.
Islam yang penuh dengan pembelaan.
Islam yang mudah tapi tidak pula bermudah-mudah..

Islam yang ajar kita mengenali Allah.
Merapat pula pada kekasihNya...
Mengimani kitab dan suruhanNya..

SubhanAllah..
Hati yang kosong..
Sedang 'sedar' dan 'belajar'..
Tak mahu kosong lagi.
Meronta-ronta diisi selalu..
Hati yang kosong,
Sedang mensyukuri..
Kerana Allah sudi..
Sudi pilihnya lagi.

Segala puji bagi Allah.
Alhamdulillah..."

Panjang pesan nenek..
Huraian 'simple'.
Almaklum saja,nenek cakap dari hati.
Nenek ngaji tak sampai universiti.
Wallahuallam.

:')

Pesan nenek: 'Tips atasi marah'

"Nek..macam mana nenek boleh 'masuk' dengan semua orang?Jarang nampak nenek marah-marah.Best je tengok.Share la tips nek.Eh nek?Bley?"

~~~~

Tipuuu le kalau ada manusia kat dunia ni yang tak pernah marah.Marah ni sebahagian daripada fitrah kita.Semua orang boleh ada perasaan marah,tapi..Allah kata perlu dikawal supaya tak 'menelan' kita dikemudian hari.

Nenek ni jenis orang yang tak suka marah.Jadiknye..sebelum nenek terrmarah..nenek akan usaha untuk cegah perasaan marah itu singgah di benak nenek.

"Cegah kan better than rawat.."

Kita semua aware sangat penangan atau implikasi marah yang tak terkawal.Bila marah mendominasi,kita akan lupa dan tidak terarah.Rational akal kita dicuri.Syaitan pula suka sangat jadi batu api.Ditiup-tiup perasaan amarah kita hingga hampir terbakar sisa iman yang ada.

Dah..masa tula..kita lupa siapa kita,dengan siapa kita bercakap,lisan kita yang tak terjaga adabnya..habis segala vocab yang pelik- pelik keluar dari mulut kita.Nada suara meninggi,menggarau,nyaring,terjerit,terlolong,termeroyan tak semena.Allahu akhbar.Masa itulah syaitan tergelak terkekeh melihat kita yang 'kesian'.

Ya.Ada komentar mengatakan..seronok lepas marah orang.Rasa lega katanya.Baru puassss hati aku katanya.Hamek ko,ko ingat aku lembik seperti yang kau sangka..katanya.
Dirinya merasakan kemenangan berpihak kepadanya.Sedang dia sebenarnya terlupa..kesan selepas itu.

Pernah dengar quote "luka memang boleh sembuh,tapi parut selalunya akan kekal lama".Mungkin setelah kita minta maaf, akan ada orang yang terbuka memaafkan kita.Tapi..nak kembali seperti sediakala,seperti tidak ada apa yang berlaku sangatlah payah.Payah beb..

Oleh itu,nenek nak pesan..ambillah pendekatan.Fikirkanlah bagaimana cara dan strategi nak mengelakkan diri daripada marah yang tak terkawal.

Faham..kita ni manusia biasa.Tak lepas daripada melakukan kesalahan.Yaa..tapi itulah.Pandai-pandai sendirilah macam mana nak cari ketenangan.

Kalau nenek,nenek tak suka hidup bermasam muka.Bermusuh-musuhan.Allah..terasa tidak tenang yang amat.Macam mana nak teruskan pekerjaan hari demi hari?
Kan?

Nenek pernah terbacalah cara nak bebaskan diri daripada amarah yang melampau ni.Nenek pun dah buat eksperimen..dan alhamdulillah memang berhasil.Anak-anak cucu boleh try test tengok.

Mula-mula kalau kita marahhh sangat-sangat..orang yang kat depan kita tu pun marahhhhh sangat-sangat.Eloklah kita diam.Api kalau dibalas dengan api jawabnya rentung.So..diam.Syyy!Diam je.Kalau orang tu nak ajak perang mulut atau gaduh ke apa,dipersilakan bawa diri ke zon selamat.Nak lagi cool sambil berlalu dari tempat tu,istighfar kuat-kuat...

"Astaghfirullahaladzim.. Astaghfirullahaladzim.."

"Ampunkan aku ya rabb..ampunkan aku ya rabb..."

Dulu-dulu nenek pernah la juga ada pengalaman marah tak terkawal ni.Nak dijadikan cerita,kawan-kawan memang membantu meleraikan kekusutan.

Nenek setuju sangat kalau 'ubah posisi' bila dirasuk marah.Kalau sedang duduk..bangkit.Kalau dah berdiri,pergilah cari angin ketenangan..jalan-jalan sambil memandang alam.Gi ambil wudhu' ke.. ia juga satu cara yang diajarkan nabi kita.Air sifatnya sejuk dan mendamaikan.Kita nak padamkan api amarah iblis ni,ambillah wudhu'.Ce buat nanti.

"Berikan masa dan ruang untuk diri kita"
Maknanya,berikan ruang dan peluang untuk  diri kita bersendirian.Bila kita sendiri,kita akan lebih senang nak ingat Allah.Kita mulai nak timbang-tara baik buruk dan berfikir.Itulah ruang untuk muhasabah.Orang yang mampu muhasabah diri,adalah orang yang bijak mengendalikan emosinya.

Dan banyak lagilah cara nak ubat hati kita ni..kalau kita nak,pasti Allah bantu.

Kita kena selalu sedarkan diri,hakikat..bila kita terlanjur mengucap kata;tak jaga bahasa dan  nada bicara;tiada hormat apatah lagi rasa ihsan dan cinta;tiada teraplikasinya adab yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita..kita akan terbuang ke lembah yang hina.Hidup kita jadi hilang arah.

Jadiknye,memang perlu sangat-sangat kita belajar kemahiran menguruskan emosi dan mengawal perasaan marah ini agar tidak memberi kesan buruk dan mudarat kepada kita di kemudian hari.

Diam adalah bahasa terindah bila kita sedang marah.Kita diam bukan bermakna kita salah.Bukan juga bermakna kita kalah.
Diam selalu menyelamatkan kita daripada rasa berdosa dan bersalah di kemudian-kemudian hari.

Insyaallah.. "

#notahati
#Travelogdakwah_

Nota hati: 'Pekerja Allah'

Apa jua yang kita lakukan di atas muka bumi Allah ini,akan Allah nilaikan sebagai ibadah selagimana kita niat melaksanakannya kerana Allah.

Tidak berbangga-bangga dengan status dan pangkat;
tidak merasa hina dipilih oleh Allah untuk mengerjakan pekerjaan yang dipandang hina dek manusia;
tidak merasa terbeban dengan pekerjaan yang berat dan memerlukan kudrat yang lebih;
tidak bermegah-megah bekerja dalam persekitaran selesa dan penuh kemudahan.

Siapa pun kita hari ini,apa pun pekerjaan kita hari ini,pastikan kita berada di landasan yang benar.

Susah dan letih tak mengapa..asalkan rezeki yang kita cari halal.
Jangan hanya mencari yang senang;yang mudah..tetapi kita sendiri tidak jelas halal haram pekerjaan kita.

Jadilah pekerja Allah.
Pekerja yang mengharapkan redhaNya.

Insyaallah.
Selamat bekerja lillahitaala.

:)

Nota hati: Tak malukah kau diri??

Diri,

kau selamanya takkan pernah merasai betapa manis dan bahagianya rasa ikhlas,selagi mana kau masih 'berkira' dalam segala hal.

Merasa diri sudah banyak memberi,menyumbang dan berbakti.
Merasa diri paling banyak berbuat baik mengatasi orang lain.
Merasa diri sudah 'besar' di hadapan Tuhan.

Allahu..

Tak malukah kau diri?
Janganlah persiakan amalmu.Allah nilai hatimu,bukan baktimu.Allah nilai kualiti amalmu,bukan kuantiti.

Percaya atau tidak??

Percaya atau tidak,
kita semua sebenarnya memang sukakan kebaikan.Hati terlalu berhajatkan keindahan,kelembutan,kedamaian dan ketenangan dalam atmosfera kebaikan.

Percaya atau tidak,
kita juga  terlalu suka dan mudah dipengaruhi persekitaran dan situasi sesebuah keadaan.Positif atau negatif pastinya membuatkan kita terkesan.

Makanya,kreatiflah menguruskan hidupmu.Kerana Allah tak pernah diam daripada menguji kita,para hamba-hambaNya.

Mengapa kita lebih suka mendengar 'apa orang kata' daripada 'apa Allah akan kata..'?

Kita juga sering tersalah.Kita buat endah apa orang kata dan memilih untuk 'ikut kepala' kita saja..

Lalu apakah jalan yang wajar?

"Selalulah utamakan apa Allah kata,apa Allah arah.."

Adakala,kita perlu dengar kata orang.Mendengarkan mereka,bukan bererti menurutkan kehendak mereka atau mengiakan perkataan mereka.
Kitakan punya akal yang bijak laksana?Mana yang baik,ambil dan serap..terjemahkan ia dalam bentuk amal ibadah.Mana yang buruk,telan dan cerna.Insyaallah, pasti ada manfaatnya untuk kita.

Akal tolong jangan buta.
Hati tolonglah jangan membuta.
Akal dan hati harus bersatu bergerak seiring sehaluan.
Andai berlaku percanggahan,maka di situlah bermulanya kemusnahan.

Dengarkanlah fatwa dari hatimu yang dalam.Suluhlah akal dan hatimu dengan ilmu wahyu.Keluarkan dirimu dari kepompong kejahilan.Koreksi diri selalu dan merapatlah pada Tuhan.

Segalanya bermula dari niat hati yang mahu patuh pada Tuhan.
Orang yang hidupnya bertuhan,ladang hatinya tidak diganggu dek serangga kesombongan.Ladang hatinya subur dek tanaman iman dan takwa.

Friday, 6 November 2015

Buat renungan: <Baiknya dia..aku?>

"Hmm..baiknya dia.Adakah harapan untuk orang macam aku ini jadi baik macam dia??.."

~~~~~~

Baik yang bagaimana kau lihat pada dirinya?

Baik ucapan lisannya?
Baik nukilan tulisannya?
Baik tingkah dan amalannya?
Baik pakej ucapan,lisan,amalan?

Sebenarnya kan..kau yang baik.
Hati kau sangat baik kerana mampu melihat kebaikan dalam diri orang lain.

Tak semua memiliki hati begitu.Ada orang..merasakan dirinyalah yang paling terbaik sehingga tak mampu melihat kekurangan dan kelemahan diri sendiri melainkan hanya tahu mengkoreksi diri orang lain.

Tapi diri kau tidak.Kau memiliki sekeping hati yang sentiasa merendah diri dan suka melihat kebaikan pada diri orang lain.

Namun harus kau sedar wahai diri..sekadar merendah diri tanpa semangat dan keyakinan untuk usaha perbaiki diri tidak meletakkan kedudukanmu pada tempat yang selesa di sisiNya.

Mahukah sekadar merendah diri tanpa muhasabah malah, akhirnya ditelan sifat putus asa?Menyerah kalah dan melemah?

Mula-mula mengagumi kebaikan dan kelebihan  orang lain.. lama-kelamaan merasa diri tak layak nak berubah jadi lebih baik dan akhirnya korbankan diri sendiri untuk menjadi watak paling hina,buruk dan lemah.

Mahukah semakin jauh daripada rahmatNya?

Ingatlah!

Umpamakan dirimu biji benih yang ditanam di dasar tanah.Kau lihat tumbuhan lain di sekelilingmu sedang tumbuh tinggi dengan jayanya..
Masing-masing mengeluarkan pucuk, bunga dan buah.Masing-masing berbakti pada tuan yang menanamnya.

Adakah kau sekadar melihat dan mengagumi  kejayaan itu?Mereka makin tumbuh tinggi dan makin segar berbakti.
Dan kau?Selesa duduk di dalam tanah?malu,segan,takut nak keluar? Tuan tanah yang menanammu ternanti-nanti apa balasanmu terhadap kudratnya menanammu,menyirammu,membajaimu.(sekadar analogi)

Keluarlah dari tempat persembunyianmu.Allah menanti untuk kau bangkit.
Bangkit meraih keredhaanNya.
Bersainglah untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah..

Allah Maha Mengetahui hatimu.
Kuatkan semangat,perbetulkan niat,mulakan perubahan.Perlahan-lahan,sedikit demi sedikit.

Katakan pada diri..

"Aku juga mampu menjadi hamba Allah yang baik.Aku juga mahu membahagiakan Rasulullah di akhirat nanti.Aku juga mahu berdiri di belakang para solihin di sana kelak..Aku juga mahu berkampung bersama mereka yang baik-baik di syurga Allah..Aku akan buktikan...bahawasannya aku benar-benar mahu.."

#notahati
#travelogdakwah