Mencuri dengar bicara alam yg giat bertasbih kepadaNya..
Terdiam sebentar,lantas berfikir..tak susah mana pun menzahir kesyukuran ke hadratNya..
Manusia saja yang angkuh..lupa asal-usul..tenggelam dalam lautan leka dan urusan duniawi..
Dunia ini umpama titian ataupun jambatan untuk ke seberang sana..yakni akhirat yang nyata nan abadi..
Namun,agaknya mengapa ramai yang sibuk membina pembangunan di atas titian ini..seolah-olah di situlah pengakhiran sesebuah tamadun..?
Hai la manusia~
titian dunia sangat rapuh!
Tak kuat mana..
andai kalian berlumba-lumba membina empayar di atasnya..
Ia bisa roboh..!
Jatuhlah kalian...!
Segeralah sedar jangan berterusan tersasar..
Kata-kata bijak pandai,
Dunia ini tercipta untuk manusia..
Namun,terciptanya manusia bukan untuk dunia..!
Manusia diciptakan untuk akhirat..
Kita ini akan menuju terminal terakhir,satu-satunya kampung halaman yang tak pernah kita lawati..
Yang bakal kita lewati,dan duduki selama-lamanya..
Abadi!
Tiada travelog selepas itu.
Negeri akhirat.
Jannah idaman!
Mari menuju redhaNya!
No comments:
Post a Comment