"Selamat menyambut bulan puasa,Misi..,"
Seorang uncle berbangsa hindu menghadiahkan ucapan yang cukup membungakan hatiku.Seiring dengan ucapan dia turut tersengih hingga menampakkan barisan gigi yang bersih.
"Ya uncle..banyak terima kasih uncle..,"aku tersenyum kepadanya.
"Uncle datang 'ambil darah' kan..ini darah puasa ya uncle.Uncle puasa tak?," aku bertanya sopan.
"Ya misi..ya ya..puasa dari pukul sepuluh malam takda makan sampai ini pagi..," laju uncle menjawab.
"Ok uncle..saya nak cucuk sikit ya..nak ambil darah..uncle relax ya..," aku memulakan prosedur pengambilan darah.
"Misi..saya banyak kagum sama u orang la..dari pagi sampai malam takda makan,itu pukul tujuh baru makan..itu budak-budak banyak 'kici' pun sudah pandai puasa..banyak bagus oooo...
Saya pun banyak hairan sama u orang..boleh tahan..saya baru tak ambil itu sarapan sudah rasa maw pengsan..,"
Senyumannya mati.Raut wajah bertukar serta-merta.Penuh semangat berkata-kata.Bola mata masih tak lari, memandangku teruja menanti jawapan.
"Hmm..macam ni uncle..dari kecil,kami yang beragama islam memang sudah dididik untuk berpuasa.Dalam islam,berpuasa adalah wajib..kerana ianya sebahagian daripada suruhan Tuhan.Banyak hikmah puasa ni uncle..kalau daripada segi sainsnya,penyakit banyak datang dpd perut..jadi,bila berpuasa..dapat merehatkan sebentar sistam pencernaan dalam badan.Malah,banyak lagi kesan positif yang lain..,"
Aku bercerita sekadar yang perlu.Masa agak tidak mengizinkan aku untuk berbual panjang dengan uncle tersebut.
"Ouh..banyak bagus la misi..u orang memang banyak bagus..saya pun ramai kawan melayu,jiran melayu..semua memang bagus-bagus..Ok la misi..lain hari cerita..u pun maw kerja kan?," uncle mulai bangkit daripada tempat duduknya.
"Ya uncle..jaga diri baik-baik ya..terima kasih banyak uncle..,"
"Ya misi..ya sama-sama terima kasih juga..,"
#baiknya hati uncle.
#moga Allah buka pintu hati uncle untuk islam
(Info: darah puasa/fasting blood sugar-darah yang diambil dlm keadaan pesakit berpuasa mengikut kadar waktu yg tertentu.Biasanya semalaman berpuasa(last makan pukul 10),keesokan harinya(8am) dtg klinik untuk pengambilan darah)
No comments:
Post a Comment