"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Friday, 10 July 2015

Berhenti mengeluh,belajar bersyukur !

Kita selalu mengeluh bila nampak orang lain ada apa yang kita tiada,
Jarang kita nak mengucap syukur apa yang Allah sudah 'ada'kan khas teruntuk kita.

Belum tentu yang indah pada orang lain itu,akan tampak indah juga pada diri kita.
Belum tentu jua apa yang kita punya pada hari ini,turut dipunyai oleh mereka.

Dan mungkin jua..
Apa yang kita keluhkan hari ini,menjadi keluhan juga di benak mereka..
Mungkin mereka mahu jadi seperti kita?
Seperti mana kita mahu menjadi seperti mereka..

Cukuplah mempersoalkan tiap aturan dan perancangan Tuhan ke atasmu wahai diri..
Bangkitlah positif dan bersangka baik.
Syukuri apa jua bentuk kurniaan Tuhan yang mendatang.
Hadapi dengan bijak.Sedarkan diri bahawasannya ianya ujian dan dugaan belaka.

Allah Maha Bijaksana..
Tak menjadikan sesuatu tanpa sebab.
Berhenti mempersoalkan.Mulakan pencarian jawapan.

:)

No comments:

Post a Comment