Alkisahnya..
Amir:
"Adam,kau ni..sampai bila nak menyetan macam ni!Kau tahu tak..merokok ni haram!Memang dah jelas,fatwa pun dah keluar!Aku memang dah tak tahan nak duduk menyewa serumah dengan kau ni.Perokok!Entah-entah dalam diam air kencing syaitan tu pun kau teguk kan?!,"
Adam:
"Eh Mir..apa kau cakap ni bro..apsal bahasa kau teruk sangat hah?Kau ni cakap tak serupa bikin..kau nak nasihat aku atau kau nak maki aku??Aku tahulah kau ni ex-sekolah agama ,tolonglah perangai tu macam orang belajar jurusan agama!Suka hati kau je panggil aku setan pastu nak tuduh-tuduh aku pula!Aku memang perokok..aku cuba kot nak berubah..aku memang cuba..tapi aku ni manusia biasa juga..ada masa ada ketika aku terlanjur cari benda tu balik!,"
Amir:
"Dahlaa Adam..perkataan yang sama ko cakap tiga tahun lepas..malas aku nak layan kau lagi!Aku dah tak tahan nak duduk dengan orang ingkar perintah Allah macam kau ni!Kang tak pasal-pasal aku pulak kena penyakit radang peparu la..parah lagi kalau dapat kanser paru-paru dek disebabkan dok terhidu asap rokok kau ni!!Berambuslahhh!perosak agama!!,
Adam:
"Melampauuuu kau Mir!Cakap serupa orang tak solat kau ni!Kau jangan riak sangat Mir..kau jangan nak membongkak..!Kau tengoklah kata-kata kau tu akan makan kau semula suatu hari nanti..aku takkan maafkan penghinaan kau ke atas aku!Aku pun tak inginlah berkawan dengan orang berlagak alim macam kau ni!!Kau tu yang perosak agama!Tak sedar diriiii!,"
¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥
Aina:
"Eh wati..kau nak pergi mana lawa-lawa ni..cantik semacam aku tengok..,"
Wati:
"Nak dating ngan pakwe aku la sayang oi..nak pergi mana lagi..,"
Aina:
"Ouh..Kau nak keluar dengan Amir ek..sweet je aku tengok korang berdua ni..betul-betul sejolilah!Amir tu pun baik orangnya..belajar agama pun bagus..nikah jelah korang cepat-cepat..,"
Wati:
"Ishh ko ni..tak habis-habis nak suruh nikah..letih aku dengar taw..nak nikah apanyer..study pun tak habis..bukan apa wey..kita ni perlukan teman supaya tak bosan,thats why perlu ada courple juga..hmm release tension kan..kau carik la sorang..,"
Aina:
"Hahaha..tak payahlah..bukan cara aku cari pasangan nak release stress bagai..dahlah aku nak tidooo..lagi bagus..lagi bahagia..lagi release stress aku ni..,"
Wati:
"Eiikk makcik tengok jam..dah nak asar.Baik kau solat dulu..nabi tak ngaku umat tahu tinggal-tinggal solat,nanti mati jasad berat tak terangkat!Penting solat ni..,"
Aina:
"Alaa..hidayah tak datang lagi kat aku..kau solat jelah..nabi faham..Allah pun faham kenapa hati aku tak terbuka lagi nak solat..Allah Maha Mengetahui..ko je yang tak tahu..huhuhu..Kau pergilah solat,pastu doakan Allah bagi aku hidayah..,"
Wati:
"Banyakkk la..dahlah aku dah lambat.Aku qada jelah solat aku kang.Islam itu mudah.Jangan kita susahkan.Aku keluar dulu,Amir mesti dah tunggu aku kat bawah tu..ok bai..,"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa pendapat anda mengenai kisah di atas?
Tajuk entri yang saya ketengahkan kali ini adalah..
"Kenapa separuh-separuh?
Mengapa tidak menyeluruh?"
Dapat tangkap tak apa yang cuba saya sampaikan?
:)
Ilham ini tercetus saat dihurung beberapa persoalan yang berlegar di kepala.Ditambah pula dengan pelbagai bentuk drama dunia nyata yang sememangnya memberikan seribu satu pengajaran dan teladan untuk direnungkan.
Islam merupakan sebuah agama yang tersangatlah sempurna.Tiada cacat,tiada cela.Yang mencacatkan itu adalah kita.Kita yang serba tak sempurna.Serba tak tahu dan terbatas benar kudrat upaya.
Jika di Syria,di Palestin,di Rohingnya..masyarakat yang beragama islam dianiaya sedemikian rupa.Dan mereka yang diuji hebat di sana sudah sedaya upaya untuk tetap setia di jalan agama,tetap bersemangat di jalan Allah.Namun,lain benar suasananya di negara kita yang sunyi daripada perang.Malah dihujani nikmat pelbagai aneka.
Tak kiralah di mana pun kaki kita menapak,sewajarnya kita usaha sungguh-sungguh untuk mengangkat agama Allah ini agar duduknya stabil dan tidak diperlekehkan.Namun,apa sudah terjadi ke atas kita?Kejahilan sudah mengatasi kebenaran.Masing-masing berhujah kencang,namun tidak ada akar kebenaran,malah ada yang menyimpang ke seberang.
Para asatizah seringkali menekankan,islam kita wajib amalkan,jayakan ia secara keseluruhan bukan ambil separuh-separuh!
Pada permukaan tampak bersih sempurna,namun bila menyelam di bahagian dalam, ia dipenuhi keladak dosa dan maksiat.
Terlalu rapuh.
Allahu Allah..
Moga Allah sudi mengampunkan dosa-dosa kita semua.Ayuhlah kita ingatkan diri sendiri.Usaha sedaya mungkin untuk menjadikan islam sebagai pakaian zahir dan batin.Islam sebagai cara hidup ketika bersendirian dan di tengah orang ramai.
Lihat diri kita sekarang,apakah layak dilihat dengan pandangan baik daripada Allah?atau Allah sedang memandang kita dengan murka?
Sama-samalah kita menjadi generasi yang berkesedaran,sentiasa ada rasa mahu muhasabah..
Sentiasa ada rasa mahu membaik,sentiasa ada kudrat mahu menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut demi memartabatkan agama seperti yang sewajarnya.
Ingatan buat diri,
Banyak kau perlu perbaiki,banyak sangat yang perlu dibuang pergi,banyak yang perlu diundang kembali.
Apa yang kita perlu perbaiki?Apa yang kurang,mana yang banyak kelemahan..Apa yang perlu dibuang pergi?
Segala bentuk 'ancaman' kepada agama.Jika kelakuan kita adalah akar kepada masalah ini,maka buanglah tabiat buruk tersebut.Ikuti apa yang syariat tetapkan.Santuni risalah yang Rasulullah bawakan.
Terlalu banyak kesan buruk,andai kita teruskan perjalanan kehidupan ini 'berkiblatkan' arah yang salah.
Bila menulis begini,bukanlah mahu menyatakan diri ini sudah cukup 'sedar',sudah cukup 'layak',sudah sealiran pemikiran dengan para asatizah kita..
Tidak tidak tidak..
Buatlah sesuatu untuk agama ini!
Lakukan sesuatu terhadap diri yang boleh membawa maslahah kepada agama.Kita ingin mempelawa lebih ramai saudara-saudara kita di luar sana yang masih tak kenal islam..yang masih leka dengan kehidupan dunia..agar kembali kepada agama fitrah ini.Agar kembali mengingati sirah sang roh ikrar taat setia kepada Penciptanya..
Kita tak nak,kitalah yang menjadi kepala masalah!Kitalah yang menjadi punca kekeliruan dan kekacauan.Memetik kata-kata murobbi yang cukup saya kagumi,ustazah norhafizah musa..
"Orang yang ambil agama separuh-separuh,atau amalkan agama pada permukaan saja,namun tidak diikhlaskan di hati,hanya mengundang kekeliruan kepada orang lain.Mungkin ada antara sahabat-sahabat kita,saudara-saudara kita yang nak sangat belajar tentang islam..namun,hasrat mereka jadi mati,kerana melihatkan akhlak kita yang tak serupa bikin..
Mungkin ada yang sudah melihat 'pintu' untuk kembali..namun,di depan pintu tersebut,ada kita yang menghalang jalan.Hinggakan mereka tersadai di pertengahan.Dihurung kekeliruan..
'Nak masuk atau tak..?'.."
Janganlah kita ini menjadi penghalang!
Nukilan-nukilan peringatan seperti ini adalah cara saya mendidik waras akal saya..mendidik hati saya untuk sentiasa beringat, agar sentiasa sedar diri..
Insyaallah .
Sama-sama yuk menuju redha Allah.
Sama-sama usaha baiki diri.
Moga nukilan ini sedikit menyentuh sedar kita.
"Berpesan-pesan kepada kebaikan,dan kesabaran,"
Assalamualaikum.
Anarohani@travelogdakwah