"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Wednesday, 5 October 2016

Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya!

"Gagal sekali, bukan bermakna gagal selama-lamanya," - kata peribahasa

"Haa yelah. Jadi aku ni yang dah berkali-kali gagal ni macam mana?!" -aku,sambil menangis huduh

.

Betul. Paling tak sukalah peribahasa tu. ��
Saya yakin, kita semua pernah rasa apa tu 'gagal', apa tu 'lulus' atau 'berjaya'. Kan kan. Pernah kan? Entahlah korang mungkin pandai dan hebat belaka kut...mungkin tak pernah rasa gagal. Tapi, saya pernah rasa. Hee.

Okay. Beginilah.Tujuan menulis ni, bukanlah nak highlight diri kononnya dah berjaya sekarang. Tak...bukan begitu. Kalau kau fikir begitu, baik padam serta-merta apa yang kau fikir tu. Tujuan menulis kali ini, adalah untuk berkongsi kepada sahabat-sahabat yang tengah down, asyik dibelasah dengan ujian berupa kegagalan etc. Kebetulan, ada sahabat baru meluahkan rasa hatinya, 'kenapa ek Allah uji aku begini? Orang yang tak menyungguh boleh dapat. Aku yang duk sungguh-sungguh dan berharap sangat ni..tak dapat pula.Sedih...sedihh sangat...,' sambil nangis-nangis.

Kasihan dia.Hmm.
Memikirkan kita yang makhluk ni pun ada rasa belas kasihan pada sahabat kita ni, tanpa kita sedar betapa Allah itu sebenarnya lagi kaya dengan sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim. Allah faham kondisi kita. Allah tahu kita perlu apa, kita patut dapat apa, kita mampu apa. Allah lebih tahu.

Bagi memujuk sahabat yang sedang bersedih ni, saya tak adalah terus potpet menasihati pada masa tu. Saya faham, pada waktu ini dia mahu dirinya 'didengarkan' lebih daripada dirinya mendengar. Dia mahu seseorang 'masuk' ke dalam kasutnya dan merasai tempat dia berdiri. Rasa apa yang dia rasa. Bagi memujuk rajuknya, saya adalah berkongsi kisah sedih, kisah gagal saya juga kat dia. Iyalah kan, nak nasihat orang bersabar dan bertabah bukan sesuatu yang mudah. Kita kena yakinkan dirinya dulu yang kita ni faham situasi dia. Dengan itu, dia akan lebih yakin dengan kita. Barulah, andai kita nak selit nasihat pun insyaAllah lebih mudah dia nak terima.

.

Nak cerita pasal gagal ni...errr..banyak kali gagal saya ni.Haha. Tapi, saya nak share cerita kegagalan saya, yang saya kira, ada ibrah dan pengajaran. Agaknya sebab tu sampai sekarang saya ingat. Hehe.

Masa belajar kat kolej dulu, saya ni bukanlah seorang pelajar yang serius benar menjadi pelajar. Malah, saya rasa saya ni jadi 'pelajar' sebab tak tahu nak jadi apa. (Tapi kalau cikgu tanya cita-cita nak jadi apa, banyak pula option saya kasi.Haha.) Maka, bila seorang pelajar tak tahu apa matlamatnya sebagai seorang pelajar, jadilah saya pelajar yang serupa manusia hilang identiti. Pergi kelas, tak happy. Balik dari kelas pun tak happy. Saya happy dengan dunia saya sendiri. Malam hari, kawan-kawan dok study giler hard saya tengah layan game plant vs zombies. Haha. Dok fikir strategi nak tanam sayur-sayur ni kat celah mana supaya tak diserang dek zombi. Aduhai laa~

Sampailah malam esok nak exam, saya bertambah stress lihat kawan-kawan study dengan buku-buku tebal. Ouh ya. Saya belajar jurusan kejururawatan. Bila saya stress, adalah sesekali saya terfikir nak belek medical surgical text book tu. Tapi, memandangkan saya tak tahu nak mula study kat mana, saya pun mengambil keputusan untuk tenangkan diri dan pergi clearkan fikiran saya dengan cara berperang melawan zombi-zombi yang nak makan sayur saya, nak masuk rumah saya, dan makan otak saya! Haaha. (Adeh..maaflah banyak cite pasal game plant vs zombies pula)

Dan, dipendekkan cerita...saya pun menjalani exam dengan penuh berserah dan tawakkal. (Siap doa bagai...tapi usaha kurang.Teruknya!)
Dah boleh agak kan result saya teruk macam mana. Huhu. Masih segar diingatan. Masa tu kejap hujan lebat, kejap renyai-renyai. Keadaan sekeliling pun nampak agak gelap. Hari tu, lecturer janji nak release result. Entahlah kenapa, saya tahu saya tak usaha tapi excited nak terima result tu tetap ada. Haaha. Satu persatu daripada kami bertemu secara personal dengan lecturer incharge. Mata saya tak lepas memerhati wajah rakan-rakan yang keluar dari bilik lecturer. Ada yang keluar dengan senyuman, ada yang menangis gembira sebab dapat dekan, ada yang bersyukur seadanya dengan pencapaian diri. Tiba giliran saya, saya dah tak sedap hati. Miss W mempersilakan saya duduk mendepaninya. Dia menyerahkan slip keputusan saya bagi semester itu. Tak berkelip mata. Ngeee...sikitnya saya dapat?!

'Hani, do you have any problem? I mean, with the subject, lecturer etc?' - Miss W

Saya me 'No No No' kan ajelah. Ya, masa tu sayalah yang bersalah. Bukan salah soalan yang susah. Bukan salah lecturer yang tak pandai mengajar. Tapi salah saya yang tak belajar. Salah saya yang tak ada matlamat sebagai seorang pelajar. Bila 'diusya-usya' kiri kanan depan belakang..tahulah saya result saya yang paling rendah, paling teruk semester tu. Kena dengan cuaca yang mendung. Air mata penyesalan tu dah tak mampu dibendung. Tambahan, bila parents tanya 'result macam mana? Pointer dapat berapa?'...Menangislah daku dalam hujan yang lebat. Huuu. ��

Ok, pengajaran yang saya dapat. Saya nak capai sesuatu, saya kena ada keikhlasan nak melaksanakan. Saya kena ada matlamat. Kena ada usaha. Nak mengharapkan magis doa dan tawakkal semata-mata...ingat Allah tak nampak hati kita ke? Keikhlasan tu selalunya terzahir dengan pakej usaha, doa dan tawakkal. Alhamdulillah, Allah beri saya gagal semester ni rupanya nak ajar saya. Nak betulkan cara fikir saya. Walaupun sedih, tapi saya dapat kegembiraan yang sangat bermakna bila saya bangkit memperbaiki diri. Saya belajar untuk belajar dan belajar untuk usaha. Sepanjang tiga tahun study, rasalah pahit manis seorang student. Hihi.

.

Okay..situasi pertama tadi saya tak usaha dan saya gagal. Padan tak muka saya? Padan muka kan? ��
Lain pula kisahnya cerita gagal saya yang kedua ni.

Alkisahnya~
Masa ni saya belajar lagi.Tahun ketiga semester akhir. Dengan duit poket yang saya kumpul sikit-sikit dapatlah saya melaksanakan hasrat hati nak ambil lesen kenderaan. Kononnya takut tercampak ke negeri orang bila kerja nanti. Yang jauh daripada keluarga, nanti kena berdikari hidup sendiri. Lesen kereta atau motosikal ni adalah satu keperluan nak memudahkan kita ke hulu ke hilir kan.(Perhh..positiflah masa tu)

Dan, dipendekkan cerita lagi...saya gagal ujian dalam trek. Tang parking tu. Eee. Naik bukit yang ramai orang kata susah tu boleh pula saya lepas. Parking failed. Ujian jalan raya bersama cik abang jpj tu pun nyaris-nyaris saya failed sebab nervous sangat dok tekan minyak nak cium kereta orang. Erk.
Kesimpulannya, ujian kali ini saya kena ulang balik untuk bahagian trek. Saya masih mampu tersenyum masa tu. Salah satu sebab, ada peneman. Kawan saya pun failed. Haha.

"Kita cuba lagi! Tak apa. Jangan putus asa. Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya!," -kami bersorak memujuk hati masing-masing. Kepala duk risau juga fikir nak godek duit tang mana lagi kalau tak cukup nak bayar yuran repeat test.

Kali kedua, dipendekkan cerita lagi....saya gagal sekali lagi! Ya Allah. Dah la datang daripada jauh (untuk seorang student), kena bayar mahal lagi nak repeat test...(untuk seorang student), kena spend masa lagi...(untuk seorang student yang busy macam saya ��).
Masa tu menangis jugalah. Dah tak tahan. Walaupun sambil gelak-gelak rasa kelakar dengan kesilapan tak masuk akal hingga boleh gagal. Bagai tangki bocor, air mata tu keluar non-stop. Huhu.

Kawan yang dah lulus tu tak henti bagi saya kata-kata semangat supaya tak sedih dan berputus asa.

'Awak...ingat. Bukankah gagal sekali itu bukan bermakna gagal selama-lamanya?' -cubaan si kawan memujuk semangat saya

'Yelaaa awak..tapi saya dah gagal dua kali ni....huarghh,' -menangis semahu-mahunya. Rasa takut nak ambil test dah. Takut gagal.

Syukur, lapan bulan berlalu...saya tampil semula dengan imej semangat yang baru ambil test kereta buat kali ketiga. Masa ni guna duit gaji pertama. Wuuu.
Ujian dan cabaran jugalah. Ya Allah...dah lama tak jumpa kereta manual ni. Nak belajar daripada awal balik. Stress dan tekanan datang semula. Syukur syukur sangat-sangat...Alhamdulillah dipermudahkan. Lulus juga saya akhirnya. ����

Hikmah dan pengajaran yang saya dapat melalui ujian kecil daripada Allah dalam kisah yang kedua ni adalah...

Allah akan menguji kita untuk menguatkan kita. Allah akan beri apa yang kita perlu pada waktu yang tepat. Allah didik hati ini bersabar, positif, dan jangan putus asa. Allah didik diri ini bagaimana nak kreatif dan jadi manusia yang berinisiatif. Allah...baiknya Allah.

.

Cerita saya ni apalah sangat nak dibandingkan kisah orang-orang hebat yang lebih hebat ujiannya di luar sana. Sekadar berkongsi, hidup kita ni tak semuanya yang kita nak, kita akan dapat. Sesekali ada ujian dan cabaran.

Saya kagum dengan seorang sahabat. Dia saya kira, mempunyai semangat dan kesabaran yang sangat kuat. Dia melalui sembilan kali sesi temuduga. Seperti rakan-rakan lain saya turut memberikan kata-kata semangat kepadanya setiap kali keputusan temuduga dikeluarkan agar dia tidak terkesan, tak putus asa dan teruskan mencuba. Sempat juga saya berfikir..'kalaulah saya kat tempat dia, agaknya macam mana?'

Sekali dua...mungkin bolehlah bersabar. Tapi kalau dah hampir ke sepuluh kali bukankah sangat-sangat menguji perasaan dan emosi kita? Entahlah daripada mana kekuatan dia datang. Positif betul! Saya kagum dengan semangatnya. Alhamdulillah, berkat kesabarannya, berkat semangatnya yang tak sudah...dia akhirnya berjaya dalam sesi temuduganya yang kesepuluh.

Dengan saya saya sekali nak nangis sebab terharu. Alhamdulillah.

.

Oleh itu, ingatan untuk kita bersama..jangan cepat berputus asa. Usaha, doa, tawakkal. Dah usaha, dah doa, dah tawakkal...pastikan momentum pada pakej tersebut berterusan walaupun sudah berjaya kelak!

Yakin pada Allah selalu.
Orang yang usaha,doa,tawakkal ni adalah orang yang yakin pada Allah. Dia yakin, Allah akan beri pada masa yang tepat. Dia yakin, Allah tahu bila nak beri. Dia yakin, Allah tahu bila nak kabul. Dia yakin, Allah tahu keperluannya apa sekarang dan akan datang.

Tugas kita?

Jangan berhenti berusaha. Jangan berputus asa. Gagallah banyak kali pun takpe, selagi kita dah beri sebaik; semampu kita. Tapi, jangan berputus asa.
Jangannnn!

Semangat~

AR@TD

Tuesday, 30 August 2016

Tentang 'cemburu'

"Kak..salahkah saya ni cepat cemburu dengan orang.Saya cemburu lihat orang lain macam takde masalah.Bahagia..senyum memanjang.Saya cemburu tengok orang lain bijak mengurus kehidupan dia.Saya cemburu...! Saya cemburu sampai satu masa tu saya benci.Saya tak naklah penyakit hati ni bertambah parah.Macam mana saya nak buang ya?Saya rasa tambah stress bila tak dapat kawal emosi saya sendiri.."

.

Cemburu tu fitrah.
Siapa tak pernah experience cemburu tu mesti ada bau-bau bacang dengan alien planet marikh nun ��

Tapi,kalau manusia pure..cemburu tu biasa.Lumrah.Fitrah.
Bukan sesuatu yang pelik.

Tapi,kita naklah juga..cemburu tu cemburu yang Allah redha kan.

Macam mana cemburu yang Allah redha tu?

.

Contoh.
Kau tengok hidup si A tu perfect.Kaya pun kaya.Family pun baik-baik.Pandai pun pandai.Yang empunya badan pun lawa dan cantik molek.Agamanya...peribadinya..masyaAllah!Tak terkata nak describe macam mana.

'Kenapalah Allah beri dia macam-macam? '-hati yang cemburu ni mula tertanya-tanya.

'Aku ni serba serbi kurang.Tak ada tu.Ada family pula bermasalah.Ada rupa tak cantik!Pergi belajar tak memberansangkan!Kenapalah Allah macam tak adil aje dengan aku..' - si empunya hati bertambah sedih dan mula merasakan Allah tak adil.

.

Dalam hidup kita,jangan BANDINGKAN apa yang orang ada dengan apa yang kita tiada.
Allah tak pernah tak adil.Allah beri sama rata dengan 'cara'Nya..dengan nisbah dan ukuranNya.Bukan guna formular matematik kita.

Ingat tu.

Sebelum menyebokkan diri nak lihat orang,tanam kat dalam hati tu rasa SYUKUR dan rasa YAKIN terhadap Allah.

Kalau kau bawa rasa syukur,rasa yakin,rasa redha kau tu kat mana-mana..jumpalah dengan makhluk hebat macam mana pun,perfect tahap mana pun..kau akan kekal terkawal dengan sifat syukur kau tu.

Ya..tak mudah kut.Saya tahu tu.Saya sendiri pernah bertemu dengan orang-orang spesis hebat nan beruntung ni depan mata!Giler la kalau tak terdetik dalam hati rasa cemburu tu.Malah yang tak boleh bla boleh terberangan nak jadi si hebat nan beruntung ni! (Hahaha)

Ok.
Cemburu tu bukan pelik ok.
Itu biasa.

Berbalik pada point atas nun,macam mana kita nak cemburu kita ni diredhai Allah?Tak bertunas menjadi penyakit hati!Macam manaaaa?

Saya pun pernah menderita penyakit cemburu ni.Pernahh kut.Sebab tu saya banyak bertanya kat asatizah.

'Ustazah..macam mana nak betulkan hati?Macam mana nak bagi kita tak cemburu tengok hidup orang happy..?macam mana?,'

.

Dan,
jawapan yang saya terima pada masa tu..lagi-lagi mengkonfiussssskan saya!

'Kita nampak orang kaya.Doakan orang tu bertambah kaya.Kita lihat orang tu sihat,bahagia,pandai..doakan mereka terus dirahmatiNya.Doakan..doakan..doakan..,' -syarah ustazah.

.

Haha.

Mesti kita akan respon,

Err..dah kenapa pula nak kena doakan?
Baik saya doa saya yang jadi kaya,senang,pandai..kan?!

Orang tu dah cukup macam-macam kut.Buat apa kita nak susah-susah??

.

Tapi..cantiknya nabi ajar kita.Indahnya cara Allah didik kita.

SubhanAllah..wa sollu 'ala nabi.

Allah suruh kita bersyukur.Allah minta kita yakin padaNya.Dengan itu,kita akan lebih positif menangani apa jua ujian hati.Contohnya kes cemburu nilah.

Pernah bayang tak..kita yang sederhana ini..boleh jadi terlalu 'cantik' dan menarik di sisi Allah dengan adanya adab dan peribadi yang unik begini.Sudahlah diuji macam-macam..hebat pula mengatasi ujian-ujian Allah. (Cehhh..ni cara nak beri motivasi pada diri)

Haa.
Nak cemburu dipersilakan.
Jangan lupa semai elemen-elemen yang Allah redha.

Kalau orang tu soleh solehah..
Kalau orang tu baik dan peramah..
Kalau orang tu kaya dan pemurah..

Cemburulah kepada mereka dengan menjadikan mereka teladan!

Tolak diri,latih diri untuk jadi lebih soleh solehah,lebih pemurah,lebih ramah..lebih baik hati daripada mereka!

But always..tajdid again your niat.
Everything lillahitaala!
Kejar mardhatillah!

Wallahu'allam.

AR@TD

If there's guy falling for you...

If there's a guy falling for you.
Don't rush to take him to come into.

Because sometimes, he is easy to fall.
He is also easy to leave.

Play it hard then.
If he wants to come in. Let him break your walls. Let him bleed. Don't immediately respond to it.

Pull him,
But don't let him in.

See how does he reacts to your idiocy. Look at his patience with your brainless attitude during your period and see how does he handles your bullshit.

Make him mad.
Make him take out his real colour. Get to know him along this time.

If he can bear with it. And he could stay with it. He is the one that worth to keep.

Let him dive.
Let him drown.

Let him come deeper and deeper.
Sooner, he couldn't find the way out.

That is when he is all into you.
That is when he could hardly leave you,
That is when he is all belong to you.

If you are being too easy.
He wouldn't find it's worth. He would also easy to leave for another.

Make him fight.
Make him bleeds.

As Taylor Swift said, boys only want love if it's torture, don't say I didn't say I didn't warn you. Haha.

By Luqman San_

.

Worth to read.

Minta maaf (2)

A:

Saya ada terbaca pasal post minta maaf dan memaafkan tu.
Saya ni bukanlah manusia yang kuat,asyik positif memanjang.Saya ada buat salah kat seseorang.Saya bukan tak cuba minta maaf kat orang yang saya buat salah tu.Saya buat.Saya ikhlas pergi kepada dia..mohon maaf kat dia.

Tapi dia? Dia tak endah pun saya.
Dia tak pandang pun maaf saya.Bila saya bercakap nak slow talk dengan dia..dia tak tengok pun muka saya.Dan yang menyedihkan dia macam nak larikan diri daripada saya.

Bila jadi begitu..saya malu.Malu sangat.Bila apa yang cuba saya usahakan nak pulihkan keadaan kembali seakan sia-sia belaka.
Sebab tu sekarang ni..saya rasa berat nak minta maaf.Saya malu diperlakukan begitu.Sampai hati dia...

.
.

Jom kita lihat kembali kepentingan minta maaf ni.

Kenapa kena didik diri biasakan meminta maaf?

Kita manusia biasa.Banyak kelemahan dan kekurangan.Disebabkan kelemahan dan kekurangan inilah adakala kita terlanjur kata atau perbuatan yang boleh mengguris hati orang lain.Sebab tu,kena ikhlas minta maaf.

.

"Tapi..adakala saya tak nampak pun salah saya.Dia serang saya dengan 'berdiam' diri buat saya ni macam orang bodoh je.Kita bukanlah main nak buat macam biasa,tapi dia memilih untuk bermasam muka.Macam mana tu?"

Hati manusia ni kita sukar nak ramal.Tambahan pula,kita tak mampu nak 'baca' personaliti setiap orang tu macam mana.Mungkin kita bergurau tapi dia tak berkenan dengan cara gurauan kita.Mungkin ada keadaan kita rasa tak nak berkongsi masalah kita kat dia dengan niat tak nak buat dia risau.Tapi,dia rasa dipinggirkan dan tidak dianggap penting oleh kita.Mulalah bawa hati yang merajuk.Kita pula rasa..'eee..dia ni dah kenapa?masam muka ngan aku.Tak nak cakap ngan aku.Aku ada buat salah ke?'

Kalau kita tak hadapi dengan lapang dada.Kita pun naik menyampah.Maka,berlarutanlah masalah begini.Jangan tak percaya..disebabkan benda remeh begini boleh buat manusia bersangka-sangka yang tak baik,bermusuhan,berdendam dan banyak lagilah.

Jadi wahai diri,jangan letakkan prinsip terasa diri buat salah baru nak minta maaf.Jadilah manusia yang sentiasa positif.Tak semestinya kita minta maaf kita salah.Kadang pun kita sebenarnya tak aware kita dah terbuat salah.So,ajar,didik,latih diri kita jadi seorang yang mudah nak minta maaf.

.

.

A.
Sebelum kau meminta maaf,kau kena ikhlaskan diri.Macam mana kau nak tahu hati kau ikhlas minta maaf?

Pertama,kau akan jadi seorang yang sangat bersangka baik.Pada Allah,pada manusia.Sangka baik kat Allah.Fikir, yang sekarang ni Allah sedang uji kau melalui kawan kau yang kau terbuat salah tu.Sangka baik juga kat kawan kau.Apa pun respon dia setelah kau minta maaf,jangan harap terjadi satu magik yang boleh mengembalikan keadaan baik dengan pantas dan serta merta.

Semuanya perlu masa.Kau kena teruskan bersangka baik dan jangan putus asa.
Berdoalah Allah ikhlaskan hati kau.Berdoa juga Allah lembutkan hati si kawan tadi.Berdoa ukhuwwah yang terbina kembali pulih.

Jangan cicirkan Allah.Kena letak DIA utama sentiasa.Adu,rayu,tanyakan Allah apa patut kau buat.Yakin Allah akan bagi kau jawapan.

Berkorban rasa.Ya..bila nak buat sesuatu yang mencabar begini,kau kena ada kekuatan.Kau kena bertahan.Jangan sesekali menyampah atau meluat terhadap respon orang bila kau minta maaf.Kau kena belajar letak diri kau kat tempat dia.Kalau kau jadi dia..mesti kau pun mungkin susah nak memaafkan terus.Tak pun,dia sebenarnya dah maafkan..tapi dia perlu masa.Kena korban rasalah.Jangan pula terasa,nak merajuk.Selalu macam tulah.Niat nak minta maaf,tapi disebabkan tak puas hati dengan feedback orang tu..kita pula naik angin dan cakap pelik-pelik.

Macam mana nak ok?

Hmm.

Cukup sekali kau suarakan kau minta maaf,kau buang ego kau,kau akui kesilapan kau,kau maksudkannya dengan keikhlasan.Tak perlu kisah respon dia.Diri kau yang perlu berterusan positif.Buat perkara yang dia senangi.Zahirkan kat dia betapa kau sangat-sangat sedar kesilapan dan takkan ulangi lagi.

Ingat.

Sangka baik.
Doa.
Sabar.

Ketenangan akan datang.Keadaan akan kembali pulih.Yakini Allah.

Ingatan bersama,

AR@TD

[Minta maaf vs memaafkan]

[Minta maaf vs memaafkan]

Pada sayalah kan..
Meminta maaf dan memaafkan ni 'susah' dan 'mudah' dia sama 'naik'.

Haha.

Yelah.
Ada orang dia mudah nak memaafkan orang,tapi dia susah nak minta maaf.Ada pula yang senang je nak minta maaf tapi susah nak memaafkan.

Kalau tanya diri saya sendiri saya ni kategori mana?

Huuu.Entahlah labu~ ��

Depends juga kut apa situasi dan kondisinya.Benda kecik-kecik,remeh-temeh bolehlah nak just let it go gitu aje.Tapi kalau benda-benda besar..its not that easy to just let it go.

Susahh beb.Bak kata orang..walaupun dah kata 'kosong-kosong' antara kita..'memori' luka itu masih terasa.Parutnya masih membekassss.Acewah!

Tapi!

Tapi...

Tapi...kan..

Benda-benda remeh ni lah yang selalu jadi isu persengketaan taw!Disebabkan miscommunication, tersalah faham dan tersilap mentafsir situasi boleh buat benda-benda kecik cuit ni jadi kacau sebesar-besar alam!

Tu yang boleh buat hati makin teruji tu.
Dilema siapa salah siapa betul.Siapa kena MULA minta maaf dan siapa yang kena WAIT AND SEE nak memaafkan atau tak.

Allahu..

Alangkah tak bestnya atmosfera begini.Rasa tak tenteram.
Kalaulah berterusan begini boleh bayang tak macam mana Allah S.W.T tu pandang kita?

Allah pun Maha Memaafkan.Kita?
Allah je yang Maha Layak nak mewujudkan 'rasa' bahawa DIA lah Maha Segala.
Tapi kita pula mahu meMAHA EGOkan diri.

Tsk tsk

Hmm.

.

Diri,
selagi kau berurusan dengan manusia sesama kau.Kau takkan jumpa yang betul-betul 'kena' dengan jiwa kau. Yang ngam sepanjang masa.Akan ada episod terasa hati sesekali,persengketaan kecil sesekala dan salah faham besar mungkin seepisod dua.

Kenapa Allah uji begitu?

.

Diri,
kau kena aware lagi satu benda taw.Tak semua orang akan suka cara dan peribadi kau. Berkelakuanlah baik mana pun,tapi kalau memang ada orang tak berkenan..itu sesuatu yang memang di luar kawalan diri kita.Kita tak boleh benci orang yang tak suka diri kita.Mungkin 'ketidaksukaan' mereka kat kita tu adalah 'TEGURAN' Allah nak kita improved diri jadi lebih baik,tak pun..supaya kita sedar kesalahan-kesalahan kita yang kita tak nampak selama ni.

Bersangka baiklah ya. (Hmm point ni aku pun tak tahu ada kaitan ke tak haha)

.

Pengalaman saya.
Bila bertemu ramai orang hebat kat luar sana..

Orang yang mudah meminta maaf ni lazimnya akan mudah juga nak memaafkan.

Agak-agak kenapa?

Rasa best kan kalau dapat kenal atau jumpa individu macam ni?

Positif sangat.Jinak je hatinya.
Entah macam mana cara dia pandang senario kehidupan kat dunia ni sehingga dia dapat jadi seseorang yang awesomenyelah!

Teruja nak jadi macam mereka ni.

Macam awaklah! �� (ye macam awak yang baca ni..)

.

Orang yang mudah meminta maaf adalah orang yang sentiasa 'sedar diri' dia manusia biasa yang serba tak sempurna.Dia sedar dia banyak kekurangan dan kelemahan.Dia sedar dia ni kadang leka,hingga tak perasan mungkin kata-kata atau aksi dia ada mengguris hati orang.Jadi,bila dia minta maaf dia kan betul-betul zahirkannya dengan keikhlasan.Dia tak sengaja.Kalau dia sengaja..itu dia akui kesalahan dia.

.

Bagaimana pula insan yang hatinya jinak ini mudah MEMAAFKAN orang?

Sama juga macam tadi.Atas sebab rasa kesedaran dalam diri dia yang tinggi tentang sifat manusia yang memang tak perfect ni..dia pujuk diri dia memaafkan orang.Dia yakin dosa dia lagilah banyak yang banyak diampunkan Allah.Takkanlah di hadapan Allah yang Maha Besar tu dia nak 'besarkan' diri pula.Selain tu,dia ni empati.Dia letak diri dia kat tempat si kawan yang minta maaf tadi.Si kawan tu usaha tundukkan ego dia,rendahkan hati dia..ikhlaskan jiwa dia pergi memohon maaf kepada dia.So,kenapa dia pula nak merajuk lama-lama?sengaja nak beri peluang kat syaitan berpesta suka.Suka ukhuwwah manusia yang terbina makin rengang.Anak cucu adam saling menanam benci antara satu sama lain.Disemainya benih-benih dendam dalam hati.

Dan kita?

Kesedihan.
Tak tenang.
Serba tak terarah.

Allah.

.

Diri..kuat please.Jangan biar syaitan kawal kau.

Walau sakit...marilah kita sama-sama usaha jadi someone yang jinak hati.

Mudah meminta maaf,senang pula memaafkan orang lain!
Manusia limited edition!

Semangat selalu!
Positif!

Yoshhhhhhhh!

AR@TD

Aku dan menulis~

Kau suka menulis? -orang tanya

Suka. -saya (dengan terujanya mata efek blink blink)

Pernah bosan menulis?rasa macam nak berhenti menulis? -orang tu tanya lagi.

Pernah.Bila tak tahu nak tulis apa.Takde idea.Malas nak fikir.Serabut. -saya (sambil mengimbas kembali berapa kali tah rasa boring tu datang)

Hmm.Tapi kenapa boleh teruskan menulis juga? -orang tu masih tanya dan tanya.

Sebab tiba-tiba rasa menulis tu datang balik.Rindu.Rasa teruja sangat nak menulis.Masa tu..ya Allah..feeling dia macam sekuntum bunga yang sedang 'memekarkan' dirinya. (Lol analogi )  -saya

Ouhh.Sebab tu sampai sekarang menulis sampai benda yang tah ape-ape pun boleh jadi cerita kan? -dia

Errr..agaknya kut...- garu kepala

.

Menulis ni 'kebaikan' untuk diri saya.
Bila saya menulis,saya cuba nak sampaikan kebaikan.Saya 'usaha' nak jadikan diri saya baik.

Jadi,bila saya diuji dengan kemalasan dan kebosanan menulis,saya rasa saya jauh daripada kebaikan.Saya berpotensi untuk 'diubah' oleh persekitaran.

Sebab tu saya kena 'kembali'.
Mujur...Allah kirimkan ilham.
Syukur Allah hantar rindu menulis itu datang.
Kebaikan adalah kebahagiaan pada hati.
Hati jadi rindu kepada kebaikan.
Hati jadi teruja berbahagi kebahagiaan.

.

Sebagaimana saya boleh sesekali 'terbosan' nak menulis..

begitu saya andaikan

betapa manusia ni akan diuji dengan rasa bosan dan lelah mengerjakan 'ketaatan' kepada-Nya.

Kita akan rasa ujian Allah ni terlalu banyak,terlalu berat dan melampau.
Lepas satu,satu lagi datang.
Tak selesai satu,sepuluh lagi masalah datang.
Berterusan berlangsung.Bilalah nak berhenti.

Walau hakikat hati ini cintakan apa yang DIA redhai,bila diuji hati ini akan melemah juga. Mulalah cari alasan untuk berhenti.

Allah..

Tapi Allah lagikan mengetahui keperluan hati ini.DIA tak biarkan kita.DIA 'panggil' kita datang mentaatiNya dengan cara yang kita tak mungkin akan faham.

DIA akan uji hati kita dengan kekosongan.
DIA akan uji dengan kesedihan.
DIA akan uji dengan kesusahan.
Dan penawar bagi segala itu adalah kembali mentaatiNya..

Jadikan DIA sandaran utama.
Satu-satunya tempat kita berharap dan menyuarakan segala hajat kita.
Satu-satunya tempat kita 'merehatkan' hati kita.

.

Diri,
jangan letih menulis.
Jangan letih mengerjakan kebaikan.

Muhasabah,

AR@TD                   

[Cerita tentang sedekah]

[Cerita tentang sedekah]

A:

"Macam mana ya kita nak istiqamah bersedekah?Saya ni kadang-kadang malas nak derma atau sedekah.Sebab entahlah.Feeling tu takde.Saya tahu pahalanya banyak.Tapi saya pun tak faham diri saya.Saya takut saya tersalah beri kat orang.(Yelah kut orang tu tipu atau saja ada-adakan cite kan).Lagi pula,zaman sekarang ni kita tak tahu siapa yang betul-betul,the right people that need our help.Disebabkan saya tak yakin tu saya just ignore je.."

B:

"Hmm.Saya tak kisah nak beri sedekah kat orang.Saya suka je nak beri kalau saya ada lebih.Tapi,masalah saya adalah saya rasa 'bahagian' saya pun cukup-cukup.Kadang macam tak cukup.Jadi,macam mana saya nak berbagi dengan orang?,"

C:

"Kalau saya,saya tengok jugalah.Kalau saya ada tu saya bagilah.Tapi tengok orang juga.Yang selalu mengemis kat pasar malam tu sejuta kali juga saya fikir nak beri atau tak.Pastu,saya memang allergik sangat orang yang dok 'attack' kita depan bank atau atm.Entahlah.Saya tak yakin.Jadi saya malas nak ambil tahu.Cukuplah saya beri kat orang yang saya rasa saya nak beri.."

. . .

Dalam kehidupan seharian,mungkin ada dalam kalangan kita yang sependapat dengan A,B atau C.

Ok takpe.Mungkin kita boleh muhasabah bersama saat ini fikirkan maslahah dan hikmah sedekah ni.

.

Kenapa kita nak bersedekah?
Pernah tertanya-tanya?

Adakah betul sebenarnya kita 'tolong' orang,atau kita tolong diri kita sendiri?

Hu hu

Yess betul.Kita memang nak tolong orang.Tapi,tanpa kita sedar tujuan utama ibadah bersedekah ni sebenarnya adalah nak tolong diri kita.Kita nak bantu naikkan saham pahala kita,nak bantu diri kita dekat dengan redha Allah.

SubhanAllah.Banyak betul cara nak dapatkan syurga!

Tapi.

Tapi..

Sedihnya nak cakap..kita ni makin terhalang nak buat kerja kebajikan macam sedekah ni sebab tertipu dengan fikiran-fikiran macam A,B,C nilah.

Tapi takpe.
Mungkin ada cadangan untuk bantu mereka?
Bantu awak?
Bantu saye? (Huu~)

.

A,B,C..

A..awak tanya macam mana nak istiqamah nak sedekah kan?
Sebenarnya,bila awak dah terfikir macam mana nak istiqamah sedekah ni,hati awak tu ya Allah.Baik sangat A.Awak tahu kebaikan sedekah tu.Sebab tu awak tertanya-tanya macam mana nak istiqamah.

Tahniah.
Adapun Allah tu menilai apa jua perlakuan atau tindakan kita daripada niat kita terlebih dahulu.Kalau kita ikhlas,nak tolong orang kerana Allah,Allah akan mudahkan.

Nak istiqamah, tak susah kalau ada usaha.Kat 'usaha' itu sendiri yang kena istiqamah baru dapat istiqamah.(Ho ho paham dok ni ��)

Kalau tak mampu beri banyak,tak mengapa beri sedikit.
Jangan susahkan diri.Buat semampu kau.
Istiqamah ni disiplin.Buat target.Kau nak sedekah setiap hari.

Kau ada makanan sikit,beri kat kawan.Niat sedekah.Kau ada duit sikit,singgah masjid masuk tabung masjid.Kalau rasa susah sangatlah kan.Kau buat satu tabung khas kat rumah kau untuk kau niat sedekah ke,niat nak wakaf ke.Dan bila sampai satu tempoh nanti kau serahkanlah pada orang atau badan kebajikan etc.(kau tetapkanlah sendiri)

.

"Zaman sekarang ramai yang suka meminta-minta.Pemalas tak nak usaha!Menipu je banyak.Macam mana kita ni nak ikhlas beri sumbangan kalau kita was-was?"

A dan C.

Saya tahu perasaan tu.Kadang rasa marah,'diganggu','diserang' kan.Pastu kalau kita hilang sabar,kita hulur jugalah sikit tapi dalam keadaan hati yang takde ihsan dan keikhlasan langsung.Kita beri sebab malas nak dengar 'text' ucapan dia yang kita sangka untuk meraih simpati daripada kita.
Namun,jauh di sudut hati kita pada masa tu..tak wujud langsung ketenteraman atau rasa bahagia sebab dapat buat 'sesuatu'.

Alangkah tak bestnya perasaan macam tu.Kalaulah berterusan begitu,apa yang dapat kita kumpul?
Tak ada apa.Sia-sia belaka.
Sebab tu,dalam setiap keadaan saya rasa penting sangat untuk empati kat orang.Tak kisahlah orang tu baik ke jahat ke.Pemalas ke.Rajin ke.

Empati ni menjemput ketenangan.Serius cakap.

Empati ni kita letak diri kita ni kat tempat orang tu.

Orang tu.
Ala..orang yang dok meminta-minta tu.

Senang ke perbuatan 'meminta-minta' ni pada korang?Best ke duduk dengan pakaian tak terurus di atas jalan tar beralaskan kotak ni pada korang?Best ke feeling berdiri pegang kotak besar depan bank,atm ni minta sumbangan kat orang tiap hari berjam-jam pada korang?

"Ala!
Tapi kita tak tahu diorang ni betul atau tak.Entah-entah penipu!Aku tak nak tolong penipu."

Hmm.Tak tahulah pendapat korang macam mana.Pada saya,manusia ni semua sama.Asalnya baik belaka.Kut yang menjadikan dia penipu tu sebenarnya adalah keadaan yang memaksa.
Kita tak tahu apa yang dia alami.Kalau dia menipu,'pengorbanan' dia untuk menipu tu terlalu besar dan menyakitkan dirinya sendiri.

Setiap hari kena tunjuk muka kat orang.Meminta-minta.Bertemu pula dengan yang 'kaki sumpah','kaki menyampah'.Bernasib baik,jumpalah juga dengan mereka yang 'kaki serba salah' kalau tak bagi,'kaki kasihan' lalu bagi dan 'kaki tak kisah'.Buat tak layan aje.
Apa yang saya nak kata,terpulang pada diri masing-masing nak jadi 'kaki' apa.

Tapi,saya ni akan lagi rasa serba salah..kalaulah orang tu betul susah dan memerlukan.Kalaulah orang tu sebenarnya tak menipu pun.
Kalaulah...hmm.Tak terkatalah.
Dan kebetulan pula bertemu dengan kita ni yang jenis 'kaki tak tahan'.Habis kita leteri dia!Dah leter bukannya nak beri.Berlalu begitu saja tanpa rasa serba salah langsung.

Allah. ��

Percayalah awak.Kalaulah manusia macam ni ada pilihan yang lebih baik ,kalaulah mereka ni ada bimbingan dan kekuatan nak cari rezeki dengan cara yang lebih proper..mesti mereka akan buat.Mereka akan buat.Mereka akan  cuba buat!

Jarang sekali ada yang sanggup malukan diri,korbankan diri menelan caci-maki orang lain demi nak cari kesenangan hidup.

Jarang.

Oklah!
Masing-masing ada sudut pandang tersendiri dalam hal ini.Jadilah manusia yang boleh memberi manfaat kat orang lain.Tak rugi pun buat baik kat orang.Sedangkan kita memang lagi dituntut buat baik dan TETAP berbuat baik meski orang tu aniaya kita.Cadangan saya,tetaplah memberi atau berbagi kepada sesiapa pun di sekitar kita tanpa mengambil tahu status 'kelayakan' dia nak menerima sedekah daripada kita.

Ingat janji Allah.
'The more we give,the more we get'.
'What we give,we will get it back'.

Not now maybe.But very soon.
Cepat atau lambat,kebaikan tu kita akan dapat balik.

Kelebihannya banyak kat kita yang memberi.Bukan pada mereka yang menerima.
Percayalah.

.

B,
kau rasa nak beri.Tapi kau tak yakin untuk kau sendiri tu pun cukup atau tak kan?Sebab tu kau berkira-kira sekaligus melupakan hasrat kau nak sedekah kan?

Takpe.Saya pun pernah alami juga macam tu.Mujur,Allah hantar ramai manusia hebat di sekeliling.Yang asalnya tak kaya tapi makin kaya kerana sifatnya yang pemurah.Siapa-siapa yang rajin dan istiqamah bersedekah mesti dapat rasa punyalah feeling macam ni.

Kebanyakan mereka mengatakan,tiba-tiba rasa duit yang tak cukup tadi macam terlebih pula.Best wuuu!Kalau nak rasa perasaan tu,kenalah latih diri sedekah dengan ikhlas.Kau akan dapat rasa bagaimana Allah tenangkan hati kau,cukupkan kau seadanya.

Ingat ya.Jangan pula nak buat eksperimen punya pasal..pergi derma semua duit kau.Bersedekahlah dengan hati yang ikhlas,dengan bijaksana,semampu kau.

.

Kesimpulannya,

bersedekah ni banyak sangat kebaikan.Hanya orang yang pernah bersedekah dengan ikhlas,akan merasai bagaimana specialnya amalan ni.

Tak ada nak rasa diri disusahkan atau dibebankan.

.

Sedekahlah kat siapa pun.
Tak semestinya kat pengemis je.
Kat kawan-kawan, adik-beradik atau saudara-mara.

.

Ok last..

"Macam mana nak tahu hati ni ikhlas ke tak sedekah?"

Kalau kau ikhlas beri pinjam,beri derma atau sedekah,sebelum kau hulur tu kau memang dah pasang niat yang baik punyer!

Disebabkan niat kau yang betul,yang baik tu..mendorong hati kau lembut,sejuk,dan mudah je menghulurkan sumbangan tanpa rasa menyampah atau terpaksa kat orang.

MasyaAllah..masa tu feeling dia macam rama-rama yang indah terbang riang gembira di taman bunga.

Weee~ (over pula ��)

Haha.

Percaya atau tak.Cuba buat.
Tapi,kau kenalah buang dulu segala sangka buruk yang bersarang kat kepala,kat hati tu.Sangka-sangka buruk tu yang buat kau tak ikhlas dan tak seronok bersedekah.

Lepas memberi tu,bisikkan DOA dalam hati.

Doakan orang tu,Allah mudahkan urusannya.Beri dia kehidupan yang lebih baik.

InsyaAllah.. kalau kita baik kat orang,doa doa tu akan balik semula kat kita.

Yakin je.

Moga bermanfaat

AR@TD

Tuesday, 12 July 2016

Kau perlukan Allah!

Adakah Allah perlukan aku atau aku yang perlukan Allah?

Agama ni perlukan aku kah?
Atau aku yang tersangat perlukannya?

-monolog hati

.

Manusia dan nikmat tak dapat dipisahkan.
Diizin hidup juga sudah nikmat.
Dilahirkan sebagai islam juga nikmat.
Dididik untuk mengimani Allah juga adalah nikmat.
Diuji dengan pelbagai ujian juga adalah nikmat.

Tapi..
kita tidak melihat nikmat itu sebagai nikmat.

Tsk tsk.

.

Diriku,

berakhlak dan beradablah seperti yang sepatutnya.

Kau yang perlukan Allah,bukan Allah yang perlukan kau.
Kau yang perlukan Islam,tapi kau tidak menggambarkan demikian.

Kau rasa agama ini akan rugi tanpa kau?
Kaulah yang akan rugi,bila nikmat terbesar ini kau persiakan.

Ingat diri..
jangan biarkan usia kau berlangsung sia-sia,hanya kerana keangkuhan kau yang tak sudah-sudah.

Kita ini hamba.
Kita tiada apa.
Didiklah hati buat sesuatu yang DIA redha.

Muhasabah buat hati yang selalu leka,

AR@TD

Tuesday, 29 March 2016

Ubat cemburu ☺

Cemburu kan bila tengok orang lain asyik senyum,asyik tertawa seolah-olah takdak masalah?

��

Apa nak buat kat hati yang dok dengki lihat orang lain bahagia ya?

��

Sebenarnya,tak nak jeless pun la!Tapi tipulah tak jeless.Ya Allah,tak naklah jadi watak jahat dalam sinetron indon tu.

��

Depan baik,belakang jahat.
Berlagak bidadari padahal syaitan.
Astaghfirullah...

��

Acane nak buat nih..
hati,tolong jangan jahat plis...
ko kan nak jadi Cinderella bukan nenek sihir.(fantasiii sangat!)

��

. . . . .

Bila lihat orang bahagia,senyum suka ketawa memanjang..katalah kat hati kita..

mungkin si dia ini sedang 'menghibur' hatinya yang gundah.Mungkin dia ini ada masalah namun sengaja disembunyikannya.

Doakan dia.
Ya.Doakan.

Kita nampak orang dok hepy-hepy macam dia sorang je ada life(huhuhu),ikhlaskan hati untuk mendoakan.
Doakan dia makin bertambah bahagia dan dijauhi dari musibah dan bencana.

Ha!
Giler tak giler.
Now,awak dah boleh imagine.Awak adalah srikandi mujahidah terdahulu.
Bukan Cinderella dengan kasut kacanya.Tapi bak khadijah,aisyah,fatimah..yang kaya pekerti dan keindahan akhlaknya.

SubhanAllah.

Sumpah!Memang macam ape je kan nak doakan orang yang dah kaya tambah kaya,orang yang dok hepy bertambah hepy sedang hati kita sendiri sedih macam ape kan..huhuuu..

Apapun,doa adalah doa.
Ajar hati untuk berbaik dengan orang kerana Allah.
Allah akan berbaik-baik dengan kita sejuta kali lemon lemon lemon.

Kbai.

Gud nite.(memandangkan dah larut malam)

AR@TD

Mengata orang..

Macam mana nak buat,agar sehari kau jangan langsung terpanggil nak mengata kat orang wahai diri?

Ya yaa..
Tahu.Geram kan bila jumpa spesis makhluk mulut jahat camni.
Rasa tak betah selagi tak serang-balas kan kan?

Tapi,kut ye betul dia tu memang 'hati busuk' ,talam dua muka,hati jahat,mulut jahat,mulut sokmo cakap buruk-buruk kat orang,suka mengata orang,depan kau baik tapi belakang kau 'menganji**',apa bezanya dia dan kau kalau kau pun dok buat benda yang sama?

Canang keburukan dia kat bff kau kononnyer.Canang perihal dia kat semua orang biar semua orang tahu the true colour of her kononnyer.

Tsk.

Mungkin kau terlupa realiti.
Kalau orang beri tahi,jangan kau buat benda yang sama..dengan 'bermain' tahi juga.

Buat sesuatu yang bijak.Even Rasulullah kita pun diuji dengan tentangan dan serangan bukan seorang manusia dari masyarakat jahiliah tapi ramai.Mereka baling tahi,seksa fizikal mental nabi kita..tapi nabi tak buat benda yang sama seperti mereka.Nabi beri mereka 'bunga' islam yang indah.Nabi tahu..mereka sedang tak tahu,sebab tu baginda sabar.Baginda mendoakan.Bukan buat seperti apa yang mereka buat.

Allahu.
Cantik indahnya akhlak Rasulullah.
Wajar sekali untuk kita ambil dan teladani.

Sollu 'ala nabi.

Ingatlah wahai diri..
manusia boleh berubah.Doakan.Tahan marahmu,tahan rasa meluatmu.Leburkan segala kejahatan jiwa dengan keindahan kasih sayang.

. . . . . .

Peringatan buat kita yang sering lupa.

Allah murka pada hambaNya yang suka berbicara buruk tentang orang lain.

Kalau betul orang tu jahat,kita pula bercakap buruk tentang dirinya di belakangnya,ia dinamakan mengumpat.Nak tahu mengumpat atau tak,kalau orang tu terdengar,dan dia tak suka atau marah.Ha.Mengumpatlah tu.

Allah mengingatkan,dosa mengumpat ni dosa besar.Umpama memakan daging saudara sendiri.Tak terampunkan selagi kita tak minta maaf kat orang yang kita dok kata ni.Sanggup nak cari balik orang-orang yang kita pernah umpat?ingat lagi siapa dan siapa?Haa.

Dan,

kalau kita dok canang benda-benda yang tak benar tentang seseorang,itu namanya apa?

Fitnah!

Janganlah jadi pemfitnah.
Allahu.

Istighfar selalu.
Muhasabah selalu diri..
Buat sesuatu untuk maslahahmu.

Moga Allah pelihara kita selalu.

AR@TD

Menjemput tenang..

Rasa down giler.
Celaru.

'Ingatlah dengan mengingati Allah,hati kan tenang'

terngiang-ngiang pesanan murobbi.

Acane nak tenang macam ni?-monolog.

Satu je cara.

Buka Quran.

Kat situ segalanya datang daripada Allah.Membacanya,mentaddaburinya seolah-olah Tuhan sedang 'bercakap' dengan kita.

Dan secara random,

buka Quran.

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.."

(2:153)

Ayat pertama yang berjaya mencuri fokus lensa ini.

Dan..

huuuuu...

touching.

Allah seolah-olah tahu.
Ouh tak tak..
DIA memang Maha Mengetahui dan DIA sedang memujuk hati ini.

Sobsob..

T_T

. . . . .

Allah kata,
nak pertolongaNya,kena sabar..kena sabar..kena sabar..kena solat..kena solat.

Kau sabar,kau solat.Kau akan dapat pertolonganNya insyaAllah.

Namun,persoalannya di mana taraf kesabaran dan kualiti solat kita hingga melayakkan pertolongan Allah itu tiba..??

Terjeda.

Allahu Allah.

:'(

. . . . . .

Allah itu ketenangan.
MengingatiNya,kesenangan yang mententeramkan.

MengingatiNya..
bahagia yang menyembuhkan.
dingin yang mendamaikan.
hangat yang selesa.

SubhanAllah.

AR@TD

Kawal diri!

Perasaan adalah antara nikmat yang Allah beri kepada kita.

Bayangkan kita ini tiada perasaan.Pasti terasa hidup ini tiada warna.
Hambar dan bosan.

Tiada rasa gembira atau sedih.
Tiada ekspresi.Serupa robot jadinya.
Allahu Allah.
Bersyukurlah Allah beri kita perasaan atau emosi.

Oleh itu,
seharusnya sebagai tanda menzahirkan syukur,kita kenalah bijak mengawal perasaan ini agar tak mengundang masalah atau murka Allah ke atas kita.

Banyak hikmahnya kenapa nabi kita ajar dan menyeru kita umatnya agar jangan berlebih-lebih atau over sangat terhadap sesuatu perkara.

Ambil titik tengah.
Bersederhana.

Jangan slow sangat hingga sering ketinggalan dan terbelakang.
Jangan laju sangat tergopoh-gopoh hingga terbabas.

Kalau suka,jangan suka sangat mengatasi hadnya.
Kalau sedih,jangan bersedih-sedih hingga menderita putus asa.

Ini tidak.
Lihatlah kita hari ini.
Bila benci,bersungguh-sungguh hingga tak sedar telah menyalahi apa yang ditekankan oleh Allah.

Kalau suka,suka keterlaluan hingga mengundang masalah jiwa di hari kemudian.

Ada betulnya kata orang tua-tua..

'jangan dok suka sangat..pahni kang ada yang menangis pula..'

Maknanya apa?

Kena pandai kawal diri.
Tujuannya agar kita ada ruang untuk berfikir secara rasional,logikal,masuk dek akal,kena pada syariat dan peluang untuk muhasabah selalu.

Pause sekejap.
Untuk renungkan..agar,Allah punya tempat di mata,di akal,di lidah,di hati,di setiap ucapan dan lintasan pemikiran.

Bila Allah ada,
diri lebih terpelihara.
Lebih beradab dan kena pada cara.

Ambil titik tengah.
Bersederhanalah.
Kita takkan rugi ape.

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan,
Rasulullah saw.

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.

Muhasabah,

AR@TD

Thursday, 28 January 2016

Pulanglah hati..Allah menanti!

"Saya rasa sekarang ni macam saya sudah jauh dengan Allah.Saya asyik sibuk..bila sibuk saya letih.Tak campur lagi dengan masalah itu ini.

Ya.Saya perasan,saya sudah kurang
hayati solat saya.Saya tahu itu kunci utama nak rapat pada Allah.Jaga solat bukan sahaja kuantiti,namun perkualitikan juga!Saya tahu tu.Saya sedih..adakala saya macam tak kisah tentang solat saya..yang penting cukup 5 waktu.Baca pun laju,tiap gerak pun macam tiada ikhlasnya sebab dalam kepala ada yang dok bertenggek sampai hilang fokus terhadap solat;hilang fokus kepada Allah.

Saya sedih..kenapa diri saya jadi macam ni??

Saya tak terarah.Saya sedih...saya nak kembali rapat pada Allah..tapi saya tak kuat.Saya nak menangis pun air mata rasa berat nak jatuh.Saya nak feeling-feeling rasa berdosa,rasa bersalah pada Allah pun sekejap cuma..bila ada 'perkara' lain yang melalaikan saya dan akhirnya saya kecundang lagi.

Saya sedih..apa nak jadi dengan saya ni?Saya nak jadi hamba Allah yang baik..saya nak jadi hamba Allah yang layak dapat redhaNya..saya nak hidup saya ni dihabiskan;difokuskan untuk mentaati Allah..saya nak saya mati pun dalam keadaan saya mentaati Allah;dalam keadaan saya bertaubat pada Allah..

Saya nak sangat..nak sangat...!

Saya rindukan Quran saya..saya rindu nak meluangkan masa dengannya tanpa gangguan siapa-siapa..

Bila membacanya saya rasa seolah-olah Allah sedang berkata-kata kepada saya..

Bila menghayatinya..adakala saya tersenyum..kerana Allah banyak bercerita tentang bukti cinta dan kasih sayangNya terhadap para hambaNya..

Bila saya membacanya,adakala air mata saya mengalir tanpa sedar..namun yang peliknya ,saya bahagia dan saya sangat lega..sebab ayat tu begitu memujuk dan tersangat memahami situasi hati saya..

Adakala pula saya rasa takut sebab peringatan-peringatan Allah sangat tegas..saya rasa semakin mahu berpegang teguh pada suruhan Allah dan menjauh dari apa yang dilarangNya agar saya terselamat dari peringatan-peringatan yang menggerunkan..

Allahu Allah..

Saya tak nak lalai..
saya nak jadi saya yang dulu..
saya yang selalu nak cari Allah dahulu,
saya yang selalu utamakan Allah..dan saya yang selalu takut pada Allah..saya yang penuh berharap pada Allah..

Saya nak..saya nak kembali rapat pada Allah.."

~~~~

'Saya' yang mungkin saya.Yang mungkin kau.Yang mungkin kita.

Tanya hati.

Sejauh mana 'hidupnya' hubungan kita dengan Allah saat ini?

Kenal pasti.

Apa yang menganggu hubungan itu hinggakan hilang rasa manis;hilang rasa bahagia dan indahnya?

Ketahui satu..
Saat kau rasa kau sedih..kerana kau rasa kau dah jauh daripadaNya..,
Tahukah kau?
Allah sebenarnya 'memanggil' kau pulang.
Kau 'pergi' sudah terlalu lama..hingga kau lupa ada DIA yang paling UTAMA antara semua.

Syukurilah diri..
Allah masih sayang kau.
Sebab tu Allah hadirkan rasa berdosa,rasa sedih,rasa nak jadi baik..

Hargailah hidayah ini.
Pulanglah!Allah menanti.

Cari semula keikhlasan yang hilang.
Hidupkan semula hubungan cinta antara hamba dan PENCIPTA!

Allahu Allah..
Segala puji bagiNya..

Alhamdulillah..

AR@TD

Saturday, 23 January 2016

Tentang Hutang

Senario 1

A:

"Apa patut saya buat dengan manusia yang tahu pinjam(berhutang)tapi tak tahu nak bayar balik 'apa' yang dipinjam?"

B:

"Orang ini ada berhutang dengan saya,ada berjanji dengan saya nak bayar sekian-sekian hari..tapi sampai sekarang tak dilunaskan.Saya marah.Saya rasa tertipu.Saya rasa kepercayaan saya dikhianati.Tapi..saya pula yang dok segan dan serba salah nak minta orang ni bayar balik hutang dia.Sampai sekarang,memang saya susah juga nak maafkan dia.Adakah saya ni baik sangat..bila setiap kali ada orang berhutang..saya tutup mulut dan 'halalkan' saja?Sampai bila?Dia pula makin hanyut..makin bermewah-mewah.Adakah dia lupa?Saya sudah ingatkan sekali dua.Saya pula naik segan.Allah...,"

C:

"Hmm..dia ni dah banyak berjasa dan buat kebaikan kat saya.Tapi..adakala dia suka 'pinjam-pinjam' kat saya.Sekarang bila saya senang sikit,atas dasar nak balas kebaikan dia dulu..saya berilah dia pinjam.Sekali dua,saya niatkan untuk sedekah saja walaupun dia kata nak 'pinjam'.Tapi..kalau dah banyak kali asyik pinjam..saya pula rasa tak sedap hati.Bukan saya tak sudi bagi pinjam.Tapi saya sedih,sebab dia tak ambil berat langsung hal ehwal hutang ni..."

~~~~~~

Pertanyaan si kawan-kawan.

Hmmph.Betul.

Kenapa ya ramai suka 'pinjam-pinjam' tapi tak pulangkan semula apa yang dipinjam?

Kenapa ramai mudah benar berhutang dan berjanji,tapi tak jujur dan berpaling dari janji?

Kenapa?

Salah satu sebab terbesar adalah JAHIL.

JAHIL tu bukan saja tak tahu.

Tahu,tapi buat-buat tak tahu..itupun JAHIL juga.

Tak tahu,dan tak mahu ambil tahu..itu pun jahil.

Sebab tu,urusan-urusan begini jadi rumit.Telah jelas Allah menggariskan kewajipan membayar hutang walau apa keadaan sekalipun.Namun,masih ramai yang pandang remeh dan mengambil mudah.

Oleh kerana tiada kesedaran nak bayar hutang,hubungan baik antara kedua belah pihak jadi tak harmoni.Berlaku jujur dan amanahlah ketika berjanji.Orang 'beri' kerana orang percaya.Jangan bunuh kepercayaan orang lain.

Terkejut juga.Ada sahabat menceritakan pengalamannya menuntut hutang kepada si dia yang telah berhutang.Punyalah memalukan dan mengecewakan,si sahabat ini pula yang dimarahi dan dilabel macam-macam.

Dilabel 'berkira'.Kedekut..tak ikhlas tolonglah..padahal?!

Allahu akhbar.
Bukankah ini bahana kejahilan?

Janganlah berhutang kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai seorang yang berhutang.

Islam tidak langsung menggalakkan para penganutnya berhutang.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud:

"Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya."

Mereka berkata:

"Apa itu wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda:

'Hutang.'

Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud:

"Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang."

Ya..faham.Adakala keadaan dan situasi diri kita kini 'memaksa' dan 'menekan' kita untuk berhutang.

Islam mengajar cara dan adab untuk setiap 'urusan' di dunia.

Ikutlah.
Jadikan rujukan dan panduan.

Sebagai peringatan hati buat kita-kita ini agar sedar dan tak leka lalai lupa,

renungkan hadis daripada imam muslim,

"Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang."

Maka,jangan lagi pandang sebelah mata isu hutang isu pinjam-pinjam.
Bayarlah hutang.
Kalau boleh,latih dan ajarlah diri jangan suka berhutang.

~~~~~~~~~

Senario 2

"Saya tahu..hutang tu wajib kena bayar.Saya tak tahu macam nak share kat awak.Saya memang ada masalah nak bayar hutang kat orang.Bukan saya tak nak bayar.Tapi saya belum mampu.Salah saya juga pinjam dan berjanji nak bayar 'sekian-sekian' tapi saya tak dapat kotakan janji tersebut.Sudahnya hutang saya tertunggak lama.Orang yang menjadi tempat saya berhutang pula sudah naik negatif terhadap saya.Boleh tolong saya,bagaimana nak mengatasi masalah ini?"

~~~~~~

Adab 'setelah' PINJAM duit orang,tapi TAK MAMPU nak bayar balik pada masa yang ditetapkan.

1) Mohon maaf setulus hati.(kalau kau manusia yang baik,pasti kau tahu cara nak minta maaf cara yang baik,yang ikhlas)

2) BERJANJI untuk bayar balik.(Janji bukan sekadar janji manis.Kotakan..)

3) JANGAN BERJANJI nak bayar sekian-sekian kalau tak yakin dapat bayar pada waktu yang dijanjikan.

4)Tolong BERTINDAK seperti orang yang BERHUTANG.(jangan bermewah-mewah,berhappy-happy sedang kau ada 'beban' yang belum langsai)

5)Tolong faham dan hadam konsep 'bukan aku seorang susah,orang yang bagi pinjam ni pun ada KOMITMEN' dan yang paling penting si dia yang sudi beri pinjam ni bukan COP DUIT.

6)KEEP IN TOUCH dengan orang yang kau pinjam duit ni.(sebab..orang yang bagi pinjam duit kat kau ni manusia,bukan robot.At least,kau bagi tahu perkembangan 'usaha' kau dari masa ke masa dalam proses nak melangsaikan hutang ni.TOLONGLAH jangan menyepi)

7)Jadi manusia yang tahu 'BERADAB' dengan Tuhan.Pasti kau tahu cara 'beradab' dengan makhluk Tuhan.

8)Usaha,kerja keras,usahaaa,usaahaaa,usahaaaaa...seikhlas hati kau,atas rasa tanggungjawab,atas rasa beriman,atas rasa nak patuh aturan Tuhan..

9)Merapat pada Tuhan.Berdoa,perbanyakkan amal ibadah yang sihat.

10)Istighfar banyak-banyak.Baca doa agar dapat bayar hutang dan diselamatkan daripada bebanan hutang pada masa akan datang.

Bantulah diri untuk kebaikan masa akan datang.

Tolong diri kau.Tolong orang lain juga.

Elak menunda atau bertangguh-tangguh dalam membayar hutang.

Kot ye tak mampu dah nak bayar sekaligus,bayar beransur-ansur pun sudah memadai.Paling tidak..tunjukkan yang kamu benar-benar seorang yang amanah,jujur dan bertanggungjawab.

Anarohani@Travelogdakwah