[Cerita tentang sedekah]
A:
"Macam mana ya kita nak istiqamah bersedekah?Saya ni kadang-kadang malas nak derma atau sedekah.Sebab entahlah.Feeling tu takde.Saya tahu pahalanya banyak.Tapi saya pun tak faham diri saya.Saya takut saya tersalah beri kat orang.(Yelah kut orang tu tipu atau saja ada-adakan cite kan).Lagi pula,zaman sekarang ni kita tak tahu siapa yang betul-betul,the right people that need our help.Disebabkan saya tak yakin tu saya just ignore je.."
B:
"Hmm.Saya tak kisah nak beri sedekah kat orang.Saya suka je nak beri kalau saya ada lebih.Tapi,masalah saya adalah saya rasa 'bahagian' saya pun cukup-cukup.Kadang macam tak cukup.Jadi,macam mana saya nak berbagi dengan orang?,"
C:
"Kalau saya,saya tengok jugalah.Kalau saya ada tu saya bagilah.Tapi tengok orang juga.Yang selalu mengemis kat pasar malam tu sejuta kali juga saya fikir nak beri atau tak.Pastu,saya memang allergik sangat orang yang dok 'attack' kita depan bank atau atm.Entahlah.Saya tak yakin.Jadi saya malas nak ambil tahu.Cukuplah saya beri kat orang yang saya rasa saya nak beri.."
. . .
Dalam kehidupan seharian,mungkin ada dalam kalangan kita yang sependapat dengan A,B atau C.
Ok takpe.Mungkin kita boleh muhasabah bersama saat ini fikirkan maslahah dan hikmah sedekah ni.
.
Kenapa kita nak bersedekah?
Pernah tertanya-tanya?
Adakah betul sebenarnya kita 'tolong' orang,atau kita tolong diri kita sendiri?
Hu hu
Yess betul.Kita memang nak tolong orang.Tapi,tanpa kita sedar tujuan utama ibadah bersedekah ni sebenarnya adalah nak tolong diri kita.Kita nak bantu naikkan saham pahala kita,nak bantu diri kita dekat dengan redha Allah.
SubhanAllah.Banyak betul cara nak dapatkan syurga!
Tapi.
Tapi..
Sedihnya nak cakap..kita ni makin terhalang nak buat kerja kebajikan macam sedekah ni sebab tertipu dengan fikiran-fikiran macam A,B,C nilah.
Tapi takpe.
Mungkin ada cadangan untuk bantu mereka?
Bantu awak?
Bantu saye? (Huu~)
.
A,B,C..
A..awak tanya macam mana nak istiqamah nak sedekah kan?
Sebenarnya,bila awak dah terfikir macam mana nak istiqamah sedekah ni,hati awak tu ya Allah.Baik sangat A.Awak tahu kebaikan sedekah tu.Sebab tu awak tertanya-tanya macam mana nak istiqamah.
Tahniah.
Adapun Allah tu menilai apa jua perlakuan atau tindakan kita daripada niat kita terlebih dahulu.Kalau kita ikhlas,nak tolong orang kerana Allah,Allah akan mudahkan.
Nak istiqamah, tak susah kalau ada usaha.Kat 'usaha' itu sendiri yang kena istiqamah baru dapat istiqamah.(Ho ho paham dok ni )
Kalau tak mampu beri banyak,tak mengapa beri sedikit.
Jangan susahkan diri.Buat semampu kau.
Istiqamah ni disiplin.Buat target.Kau nak sedekah setiap hari.
Kau ada makanan sikit,beri kat kawan.Niat sedekah.Kau ada duit sikit,singgah masjid masuk tabung masjid.Kalau rasa susah sangatlah kan.Kau buat satu tabung khas kat rumah kau untuk kau niat sedekah ke,niat nak wakaf ke.Dan bila sampai satu tempoh nanti kau serahkanlah pada orang atau badan kebajikan etc.(kau tetapkanlah sendiri)
.
"Zaman sekarang ramai yang suka meminta-minta.Pemalas tak nak usaha!Menipu je banyak.Macam mana kita ni nak ikhlas beri sumbangan kalau kita was-was?"
A dan C.
Saya tahu perasaan tu.Kadang rasa marah,'diganggu','diserang' kan.Pastu kalau kita hilang sabar,kita hulur jugalah sikit tapi dalam keadaan hati yang takde ihsan dan keikhlasan langsung.Kita beri sebab malas nak dengar 'text' ucapan dia yang kita sangka untuk meraih simpati daripada kita.
Namun,jauh di sudut hati kita pada masa tu..tak wujud langsung ketenteraman atau rasa bahagia sebab dapat buat 'sesuatu'.
Alangkah tak bestnya perasaan macam tu.Kalaulah berterusan begitu,apa yang dapat kita kumpul?
Tak ada apa.Sia-sia belaka.
Sebab tu,dalam setiap keadaan saya rasa penting sangat untuk empati kat orang.Tak kisahlah orang tu baik ke jahat ke.Pemalas ke.Rajin ke.
Empati ni menjemput ketenangan.Serius cakap.
Empati ni kita letak diri kita ni kat tempat orang tu.
Orang tu.
Ala..orang yang dok meminta-minta tu.
Senang ke perbuatan 'meminta-minta' ni pada korang?Best ke duduk dengan pakaian tak terurus di atas jalan tar beralaskan kotak ni pada korang?Best ke feeling berdiri pegang kotak besar depan bank,atm ni minta sumbangan kat orang tiap hari berjam-jam pada korang?
"Ala!
Tapi kita tak tahu diorang ni betul atau tak.Entah-entah penipu!Aku tak nak tolong penipu."
Hmm.Tak tahulah pendapat korang macam mana.Pada saya,manusia ni semua sama.Asalnya baik belaka.Kut yang menjadikan dia penipu tu sebenarnya adalah keadaan yang memaksa.
Kita tak tahu apa yang dia alami.Kalau dia menipu,'pengorbanan' dia untuk menipu tu terlalu besar dan menyakitkan dirinya sendiri.
Setiap hari kena tunjuk muka kat orang.Meminta-minta.Bertemu pula dengan yang 'kaki sumpah','kaki menyampah'.Bernasib baik,jumpalah juga dengan mereka yang 'kaki serba salah' kalau tak bagi,'kaki kasihan' lalu bagi dan 'kaki tak kisah'.Buat tak layan aje.
Apa yang saya nak kata,terpulang pada diri masing-masing nak jadi 'kaki' apa.
Tapi,saya ni akan lagi rasa serba salah..kalaulah orang tu betul susah dan memerlukan.Kalaulah orang tu sebenarnya tak menipu pun.
Kalaulah...hmm.Tak terkatalah.
Dan kebetulan pula bertemu dengan kita ni yang jenis 'kaki tak tahan'.Habis kita leteri dia!Dah leter bukannya nak beri.Berlalu begitu saja tanpa rasa serba salah langsung.
Allah.
Percayalah awak.Kalaulah manusia macam ni ada pilihan yang lebih baik ,kalaulah mereka ni ada bimbingan dan kekuatan nak cari rezeki dengan cara yang lebih proper..mesti mereka akan buat.Mereka akan buat.Mereka akan cuba buat!
Jarang sekali ada yang sanggup malukan diri,korbankan diri menelan caci-maki orang lain demi nak cari kesenangan hidup.
Jarang.
Oklah!
Masing-masing ada sudut pandang tersendiri dalam hal ini.Jadilah manusia yang boleh memberi manfaat kat orang lain.Tak rugi pun buat baik kat orang.Sedangkan kita memang lagi dituntut buat baik dan TETAP berbuat baik meski orang tu aniaya kita.Cadangan saya,tetaplah memberi atau berbagi kepada sesiapa pun di sekitar kita tanpa mengambil tahu status 'kelayakan' dia nak menerima sedekah daripada kita.
Ingat janji Allah.
'The more we give,the more we get'.
'What we give,we will get it back'.
Not now maybe.But very soon.
Cepat atau lambat,kebaikan tu kita akan dapat balik.
Kelebihannya banyak kat kita yang memberi.Bukan pada mereka yang menerima.
Percayalah.
.
B,
kau rasa nak beri.Tapi kau tak yakin untuk kau sendiri tu pun cukup atau tak kan?Sebab tu kau berkira-kira sekaligus melupakan hasrat kau nak sedekah kan?
Takpe.Saya pun pernah alami juga macam tu.Mujur,Allah hantar ramai manusia hebat di sekeliling.Yang asalnya tak kaya tapi makin kaya kerana sifatnya yang pemurah.Siapa-siapa yang rajin dan istiqamah bersedekah mesti dapat rasa punyalah feeling macam ni.
Kebanyakan mereka mengatakan,tiba-tiba rasa duit yang tak cukup tadi macam terlebih pula.Best wuuu!Kalau nak rasa perasaan tu,kenalah latih diri sedekah dengan ikhlas.Kau akan dapat rasa bagaimana Allah tenangkan hati kau,cukupkan kau seadanya.
Ingat ya.Jangan pula nak buat eksperimen punya pasal..pergi derma semua duit kau.Bersedekahlah dengan hati yang ikhlas,dengan bijaksana,semampu kau.
.
Kesimpulannya,
bersedekah ni banyak sangat kebaikan.Hanya orang yang pernah bersedekah dengan ikhlas,akan merasai bagaimana specialnya amalan ni.
Tak ada nak rasa diri disusahkan atau dibebankan.
.
Sedekahlah kat siapa pun.
Tak semestinya kat pengemis je.
Kat kawan-kawan, adik-beradik atau saudara-mara.
.
Ok last..
"Macam mana nak tahu hati ni ikhlas ke tak sedekah?"
Kalau kau ikhlas beri pinjam,beri derma atau sedekah,sebelum kau hulur tu kau memang dah pasang niat yang baik punyer!
Disebabkan niat kau yang betul,yang baik tu..mendorong hati kau lembut,sejuk,dan mudah je menghulurkan sumbangan tanpa rasa menyampah atau terpaksa kat orang.
MasyaAllah..masa tu feeling dia macam rama-rama yang indah terbang riang gembira di taman bunga.
Weee~ (over pula )
Haha.
Percaya atau tak.Cuba buat.
Tapi,kau kenalah buang dulu segala sangka buruk yang bersarang kat kepala,kat hati tu.Sangka-sangka buruk tu yang buat kau tak ikhlas dan tak seronok bersedekah.
Lepas memberi tu,bisikkan DOA dalam hati.
Doakan orang tu,Allah mudahkan urusannya.Beri dia kehidupan yang lebih baik.
InsyaAllah.. kalau kita baik kat orang,doa doa tu akan balik semula kat kita.
Yakin je.
Moga bermanfaat
AR@TD
No comments:
Post a Comment