"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Friday, 16 October 2015

Sabar..

Bagaimana nak atasi masalah 'tidak tahan' untuk bersabar,setelah dirasakan sedaya mungkin sudah diusaha bermati-matian untuk bersabar?

~~~~~~

Sabar adalah sifat mulia.
Siapa sabar,dia mulia.
Siapa paling sabar,dialah yang paling mulia.

Bila kena bersabar?

Setiap masa,kena latih diri bersabar.

Semasa Allah duga dengan kesenangan,
dengan kesusahan,dengan kesedihan,dengan kegagalan,dengan kejayaan,dengan kemarahan,dengan kegembiraan.
Dalam apa jua situasi dan keadaan,ingatkan diri untuk bersabar.

Orang yang sabar,selalunya rajin berfikir.Rajin berfikir yang positif.Suka mengingatkan diri agar 'berpada-pada' dan berjaga-jaga.Tidak suka dirinya 'dimanjakan' dengan keadaan.Tidak rela dirinya 'dimanipulasikan' persekitaran.

Dan yang paling penting,si dia yang penyabar itu sudah 'persiapkan' mental, fizikal,rohani,jasmaninya untuk diuji Tuhan!Sentiasa mahu mengeluarkan hikmah dan ibrah daripada setiap kejadian yang Allah izin berlaku ke atasnya.

MasyaAllah.

'Tidak tahan' lagi mahu bersabar..

Kita tidak tahan,kerana kita kurang persiapan menghadapi cabaran Tuhan.

Kita kurang fikir.

Bila kita kurang berfikir,kita hanya ada soalan tanpa jawapan.Orang yang rajin berfikir,akan rajin mengkaji dan meneliti apa jua 'persoalan' yang diajukan Tuhan.
Disitulah titik temu jalan-jalan menuju perkenalan kepada Tuhan.
Akhirnya,kita akan hanya ada Allah sebagai jawapan kepada segala persoalan.

Allah yang Maha Kuat.
Allah yang Maha Penyabar.
Allah yang Maha bijaksana.

Kerana Allah,aku kena bertahan.
Kerana Allah,aku kena bersabar.

Kerana Allah!

#sabarlahwahaihati
Travelogdakwah_

No comments:

Post a Comment