"Baiknya awak ni kan..sejuk mata memandang.Dah serupa 'ustazah pilihan'.Bertuah mak ayah awak ada anak baik macam awak..tak macam remaja-remaja zaman sekarang..tak tahu nak kata apa.Teruk.Tutup aurat pun tak,solat pun entah solat entah tak..haih.."
~~~~~~~~
"Hello..baik atau jahat,jangan nak judge melalui pakaian.Mentang-mentang kita ni pakai tudung singkat,mentang-mentang kita ni kejap pakai tudung kejap bukak tudung,suka hati dia je nak cakap orang macam kita ni tak baik la?Sekarang ni,berlambaklah 'ustazah pilihan' kat luar sana yang harap je pakai tutup-tutup labuh-labuh bagai..tapi perangai hampeh..lagi teruk lagi dasyat dari orang-orang macam kita ni taw.."
~~~~~~~
"Saya memilih untuk tak nak hipokrit.Bukankah lebih baik kita menjadi diri kita sendiri?Kalau Tuhan berkehendak kebaikan untuk saya,sampai masa nanti,saya pasti akan jadi baik juga..dapat hidayah dan akan beribadat banyak-banyak,pergi mekah dan sebagainya."
¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥
Sahabat-sahabatku yang sentiasa berhajatkan kebaikan,
Sebaik-baik pakaian,adalah pakaian takwa.Sebaik-baik hamba,adalah hamba yang sedar diri dan tahu hakikat penciptaannya ke dunia ini.Sebaik-baik hamba,adalah hamba yang menurut perintah Allah tanpa mempersoalkan,apalagi melawan hujah-hujahNya.Sebaik-baik hamba,adalah hamba yang tahu batas-batasnya sebagai hamba terhadap Penciptanya.
Ya..TAK SEMUA yang memakai serupa 'ustazah' (bak kata kamu) itu baik..dan TAK SEMUA juga yang berpakaian tak menepati piawaian Allah itu jahat.(tidak dari konteks pemikiran kita)..
Adapun,segala-gala baik atau jahat itu bertenggek pada sekeping hati.Tanyalah hati.
"Betul ke aku yang masih tak ikut peraturan Allah ni jahat?Kalau tak jahat,baikkah aku ni kalau mengkhianati suruhan Allah?"
Kalau kita rasakan diri kita ni masih baik,masih lebih baik daripada orang lain..sedangkan kita ada jawapan untuk soalan yang kita tanyakan pada diri kita tadi,jelaslah..kita hamba Allah yang sombong.Kita tak mahu kalah kepada hukum Allah.
Segeralah bertaubat.Mohon pada Allah,dikurniakan pengampunan.
Syukur ke hadrat Allah.Lebih ramai antara kita,para muslimah pada hari ini bersemangat melaksanakan 'hijrah'.Masing-masing berhijrah dengan cara tertentu.Sudah ramai yang menutup aurat sempurna,ramai yang sedar kewajipan melaksanakan solat..semakin ramai yang sedar kebaikan berinfak.Dan macam-macam lagi.MasyaAllah.
Namun,ingatan buat aku dan kita kita kita semua..
Buktikanlah iman kita dalam bentuk amalan.Dan hanya amalan kebaikan yang betul-betul diniat dilakukan kerana Allah saja Allah akan terima.Ingat juga..hidup kita ini pentas ujian dan dugaan.Selagi kita hidup,selagi itu ada ujian tertentu untuk kita.Kita berpenat-penat usaha berhijrah hati untuk melamar redha Ilahi..ada juga makhluk yang sentiasa bersemangat,tak putus asa malah tak penat berkudrat nak lamar nafsu kita.Nak musnahkan kita!Nak menggoda dan menjahanamkan kita.Sebab tu..banyak pada hari ini..kita lihat kebaikan individu itu terserlah pada luaran..sedangkan dalam hati penuh dosa dan noda.Tutup aurat tapi tak solat.Solat tapi tak tutup aurat.Solat,tutup aurat tapi tak jaga ikhtilat.Kadang-kadang ada juga yang dirasuk penyakit hati..merasakan dirinya sudah baik..dan tak makan saman nasihat orang lain.Ingat ingat..ingat..
Mudah-mudahan kita ini,Allah sudi pilih untuk layak menerima pengampunanNya.Dihidupkan dalam iman,dimatikan dalam iman.Sentiasa sedar..rendah hati.Insyaallah, kebaikan buat kita kita yang masih sedang usaha jadi baik ni..di dunia di akhirat.
Insyaallah. Sama-sama perbaiki diri,dan saling prihatin antara satu sama lain.
:')
2 muharram 1437H
Hijrah hati.
Travelogdakwah_
No comments:
Post a Comment