"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Sunday, 18 October 2015

Buat renungan: <Berkongsi rasa>

"Aku peliklah.Orang zaman sekarang ni,tak kenal kita pun berani betul berkongsi cerita aib dirinya dan sebagainya.Bukanlah..ada someone ni.Orangnya beragama serasa aku.Kenapa nak kena cerita masalah dia kepada manusia?Bukan sepatutnya dia lebih tahu,segala masalah tu kena adukan kepada Tuhan?Hmm..pelik.."

~~~~~~~~

Kawan,
bila ada seseorang sudi berkongsi cerita tentang dirinya;sudi berhadapan denganmu bertebal muka;sudi letak tepi aib diri hanya semata-mata mahu meluahkan perasaannya yang terbuku saat itu..

dengarkanlah dia.
Tak salah pun mendengar.
Soal perlu atau tidak dia bercerita,itu kemudiankan.
Kita sedang tidak berada di tempatnya saat itu.
Kalau kita mahu berkongsi rasa,apalagi yang melibatkan aib diri,adakah kita suka-suki bercerita pada sesiapa saja?
Dengan siapa kita akan memilih untuk bercerita?
Tentu sekali dengan orang yang kita PERCAYA.

dengarkan dia dengan empati.
dengarkan dia dengan simpati.
dengarkan dia dengan rasa hormat dan mahu memahami.Seterusnya berilah kata-kata nasihat agar dia kembali bersemangat.

Benar,dalam apa jua situasi dan keadaan;sedang dilanda masalah atau dipeluk kegembiraan,kita sewajarnya suarakan; kongsikan segalanya pada Tuhan.Itulah prioriti kita sebelum kita kongsikan kepada makhluk.

Namun,ingatlah kawan.
Tak semua orang ada kesedaran tentang itu. Tiada kesedaran kerana kurang ilmu.Jangan letak anggapan bahawa semua orang di sekeliling kita berfikir sama macam kita.Jangan..!
Kita pun masih banyak lagi kekurangan dan kelemahan sana sini.

Berbanggalah,ada hikmah jua kenapa si 'dia' sudi berkongsi.
Tidakkah kita mengambil ibrah dan mengintai hikmah dari tabir kisahnya dia??

Orang dah percaya kita,syukuri.Jangan pula sesekali menjadi agen syaitan menyebarkan aibnya,memperlekehkan dirinya.

Renung-renungkan.

:)

Friday, 16 October 2015

Syukurilah kerana itu kamu..

Wahai pemilik-pemilik hati yang rindukan redha Ilahi,

beringatlah..jangan cepat berpuas hati dengan kelebihan diri yang kita ada pada hari ini.

Dan,jangan cepat melatah menyalahkan takdir atas kekurangan atau kelemahan diri yang sedang kita alami saat ini.

Dengan kelebihanmu,boleh jadi ia bakal menjadi kelemahanmu.Dengan kekuranganmu,boleh jadi ia sumber kekuatanmu.

Maha suci Allah,
Pemilik segala kecantikan,keindahan dan kesempurnaan.

Selalu ingatkan hati kita tentang ini..tiada yang lebih sempurna melainkan Allah.

Selamat berfikir.

:)

Sabar..

Bagaimana nak atasi masalah 'tidak tahan' untuk bersabar,setelah dirasakan sedaya mungkin sudah diusaha bermati-matian untuk bersabar?

~~~~~~

Sabar adalah sifat mulia.
Siapa sabar,dia mulia.
Siapa paling sabar,dialah yang paling mulia.

Bila kena bersabar?

Setiap masa,kena latih diri bersabar.

Semasa Allah duga dengan kesenangan,
dengan kesusahan,dengan kesedihan,dengan kegagalan,dengan kejayaan,dengan kemarahan,dengan kegembiraan.
Dalam apa jua situasi dan keadaan,ingatkan diri untuk bersabar.

Orang yang sabar,selalunya rajin berfikir.Rajin berfikir yang positif.Suka mengingatkan diri agar 'berpada-pada' dan berjaga-jaga.Tidak suka dirinya 'dimanjakan' dengan keadaan.Tidak rela dirinya 'dimanipulasikan' persekitaran.

Dan yang paling penting,si dia yang penyabar itu sudah 'persiapkan' mental, fizikal,rohani,jasmaninya untuk diuji Tuhan!Sentiasa mahu mengeluarkan hikmah dan ibrah daripada setiap kejadian yang Allah izin berlaku ke atasnya.

MasyaAllah.

'Tidak tahan' lagi mahu bersabar..

Kita tidak tahan,kerana kita kurang persiapan menghadapi cabaran Tuhan.

Kita kurang fikir.

Bila kita kurang berfikir,kita hanya ada soalan tanpa jawapan.Orang yang rajin berfikir,akan rajin mengkaji dan meneliti apa jua 'persoalan' yang diajukan Tuhan.
Disitulah titik temu jalan-jalan menuju perkenalan kepada Tuhan.
Akhirnya,kita akan hanya ada Allah sebagai jawapan kepada segala persoalan.

Allah yang Maha Kuat.
Allah yang Maha Penyabar.
Allah yang Maha bijaksana.

Kerana Allah,aku kena bertahan.
Kerana Allah,aku kena bersabar.

Kerana Allah!

#sabarlahwahaihati
Travelogdakwah_

Buat renungan: < Mak suka bebel>

"Kak..mak saya selalu membebel.Selalu lebihkan kakak saya dari saya.Saya ni macam tak disayangi.Asyik saya je kena berkorban perasaan.."

~~~~~~~

"Bila kamu jadi seorang ibu nanti,baru kamu akan faham,apa makna 'bebelan' daripada seorang yang bergelar ibu."-nenek.

"Mak-mak ni,biar dia membebel.Jangan satu masa,kamu harapkan bebelan daripada dia, tapi dia memilih untuk diam.Diamnya bukan diam biasa.Diamnya mungkin memendam rasa.Ingat..selagi dia mak-mak,membebel itu normal."-nenek juga.

"Sabarlah.Tahu..semua anak-anak mengharapkan kasih-sayang yang sama rata daripada ibubapanya.Tak mahu wujud istilah pilih kasih dan sebagainya.Namun,selalulah beringat,mak ayah juga manusia biasa sama macam kita,yang sedang diuji Allah.Yang Maha Adil itu Allah.Daripada merajuk,memendam rasa hingga membenci mak ayah..eloklah banyakkan istighfar dan panjatkan doa.Mohonlah agar Allah kurniakan jiwa yang sabar,yang bersyukur..mintalah Allah kurniakan sebuah keluarga yang bahagia beroleh kebaikan dunia juga akhirat.."-masih nenek juga.

:')

Ya rabb..
Kurniakan kebaikan buat ayah ibu kami di dunia juga di akhirat.
Sayangi mereka,kasihi mereka.

Travelogdakwah_

Buat renungan: <hijrah hati>

"Baiknya awak ni kan..sejuk mata memandang.Dah serupa 'ustazah pilihan'.Bertuah mak ayah awak ada anak baik macam awak..tak macam remaja-remaja zaman sekarang..tak tahu nak kata apa.Teruk.Tutup aurat pun tak,solat pun entah solat entah tak..haih.."

~~~~~~~~

"Hello..baik atau jahat,jangan nak judge melalui pakaian.Mentang-mentang kita ni  pakai tudung singkat,mentang-mentang kita ni kejap pakai tudung kejap bukak tudung,suka hati dia je nak cakap orang macam kita ni tak baik la?Sekarang ni,berlambaklah 'ustazah pilihan' kat luar sana yang harap je pakai tutup-tutup labuh-labuh bagai..tapi perangai hampeh..lagi teruk lagi dasyat dari orang-orang macam kita ni taw.."

~~~~~~~

"Saya memilih untuk tak nak hipokrit.Bukankah lebih baik kita menjadi diri kita sendiri?Kalau Tuhan berkehendak kebaikan untuk saya,sampai masa nanti,saya pasti akan jadi baik juga..dapat hidayah dan akan beribadat banyak-banyak,pergi mekah dan sebagainya."

¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

Sahabat-sahabatku yang sentiasa berhajatkan kebaikan,

Sebaik-baik pakaian,adalah pakaian takwa.Sebaik-baik hamba,adalah hamba yang sedar diri dan tahu hakikat penciptaannya ke dunia ini.Sebaik-baik hamba,adalah hamba yang menurut perintah Allah tanpa mempersoalkan,apalagi melawan hujah-hujahNya.Sebaik-baik hamba,adalah hamba yang tahu batas-batasnya sebagai hamba terhadap Penciptanya.

Ya..TAK SEMUA yang memakai serupa 'ustazah' (bak kata kamu) itu baik..dan TAK SEMUA juga yang berpakaian tak menepati piawaian Allah itu jahat.(tidak dari konteks pemikiran kita)..

Adapun,segala-gala baik atau jahat itu bertenggek pada sekeping hati.Tanyalah hati.

"Betul ke aku yang masih tak ikut peraturan Allah ni jahat?Kalau tak jahat,baikkah aku ni kalau mengkhianati suruhan Allah?"

Kalau kita rasakan diri kita ni masih baik,masih lebih baik daripada orang lain..sedangkan kita ada jawapan untuk soalan yang kita tanyakan pada diri kita tadi,jelaslah..kita hamba Allah yang sombong.Kita tak mahu kalah kepada hukum Allah.
Segeralah bertaubat.Mohon pada Allah,dikurniakan pengampunan.

Syukur ke hadrat Allah.Lebih ramai antara kita,para muslimah pada hari ini bersemangat melaksanakan 'hijrah'.Masing-masing berhijrah dengan cara tertentu.Sudah ramai yang menutup aurat sempurna,ramai yang sedar kewajipan melaksanakan solat..semakin ramai yang sedar kebaikan berinfak.Dan macam-macam lagi.MasyaAllah.

Namun,ingatan buat aku dan kita kita kita semua..

Buktikanlah iman kita dalam bentuk amalan.Dan hanya amalan kebaikan yang betul-betul diniat dilakukan kerana Allah saja Allah akan terima.Ingat juga..hidup kita ini pentas ujian dan dugaan.Selagi kita hidup,selagi itu ada ujian tertentu untuk kita.Kita berpenat-penat usaha berhijrah hati untuk melamar redha Ilahi..ada juga makhluk yang sentiasa bersemangat,tak putus asa malah tak penat berkudrat nak lamar nafsu kita.Nak musnahkan kita!Nak menggoda dan menjahanamkan kita.Sebab tu..banyak pada hari ini..kita lihat kebaikan individu itu terserlah pada luaran..sedangkan dalam hati penuh dosa dan noda.Tutup aurat tapi tak solat.Solat tapi tak tutup aurat.Solat,tutup aurat tapi tak jaga ikhtilat.Kadang-kadang ada juga yang dirasuk penyakit hati..merasakan dirinya sudah baik..dan tak makan saman nasihat orang lain.Ingat ingat..ingat..

Mudah-mudahan kita ini,Allah sudi pilih untuk layak menerima pengampunanNya.Dihidupkan dalam iman,dimatikan dalam iman.Sentiasa sedar..rendah hati.Insyaallah, kebaikan buat kita kita yang masih sedang usaha jadi baik ni..di dunia di akhirat.
Insyaallah. Sama-sama perbaiki diri,dan saling prihatin antara satu sama lain.

:')

2 muharram 1437H
Hijrah hati.
Travelogdakwah_