"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Sunday, 22 March 2015

Inikah permulaan?

::22 Mac 2015 bersamaan 1 jamadilakhir 1436H::

Sengaja aku pilih tarikh penuh makna ini untuk aku  abadikan sebuah catatan ringkas permulaan travelog penulisanku dalam ruangan maya ini.

Tarikh penuh makna?

Ya.
Alhamdulillah.Tak bermakna untuk orang lain.Tapi punya makna untuk aku.

:)

Ianya hari kelahiranku.Tarikh Allah izinkan aku 'melihat' dunia buat pertama kalinya.

Segala puji bagi Allah,
Terima kasih Allah.

Kerana hingga ke saat ini,
Kau masih mengizinkan jasad ini bertapak di bumiMu,
Kau masih sudi mengujiku dengan qada dan qadarMu..
Kau masih memberikan apa yang aku perlu,
Kau masih sentiasa setia membuka pintu taubatMu untukku..
Kau masih menungguku..
Masih sentiasa setia ada untukku..

Terima kasih atas segalanya duhai Tuhan yang sentiasa memahami dan menjaga hatiku..

:')

"Hari semalam,
Mungkin agak kelam,
Kentalku terpukul suram,
Rona jiwaku muram,
Sampai bila hasrat jiwa ini terpendam,
Dimana pergi azam semalam?"

Jiwa bersenandung.

Entri pertama yang ku beri nama,

"Inikah permulaan?"

Ku ambil aura rasa hari kelahiranku.Azam baru.Mahu menjadi lebih baik daripada hari-hari semalam.Angan-angan semalam,harus dijadikan cita-cita,barulah jiwa berkobar-kobar menyusun strategi bagaimana mencapai matlamat yang dihasratkan.

Ana rohani,
Hidupkan travelogdakwahmu!
Menulislah lillahitaala,
Menulislah untuk ummah!

Sebelum ini,rajin 'update status' di facebook.Atas perkenan Allah,sangat tak sangka..penulisan ringkas yang mengandungi nasihat dan peringatan buat renungan diri sendiri secara tak langsung turut  memberi kesan kepada orang lain.Ada yang mulai mengikuti tiap post daripadaku.Ada yang terus pm inbox,bertanyakan soalan,meminta pendapat,tak kurang juga yang mengajak untuk berkenalan.

Allahu rabbi.
Sedia diri ini maklumkan,
Aku  ini manusia belajar.Sangat banyak yang perlu dipelajari.Mana yang tahu dek akal,dikongsikan.Insyaallah.

Aku telah lama mencintai bidang penulisan.Gemar menulis dan berkarya.Malah,tak putus angan-angan untuk menjadi seorang penulis!

Namun..itulah.
Nak memulakan memang sangat sukar!
Apatah lagi setiap kali semangat marak,ada sahaja aral yang melintang.
Tertangguh lagi!
Semangat kembali kendur.

Alhamdulillah,
Keluarga dan sahabat jugalah yang banyak memberi sokongan dan suara pandangan.

"Menulislah dalam blog..," syor para sahabat.

Aku hanya mampu tersenyum sambil tersengih.

Memerhatikan kejayaan beberapa orang sahabat yang Allah izin akhirnya berjaya menghasilkan buku sendiri sangat menginspirasikanku.

Insyaallah,

Inikah permulaan?

Siapa tahu.
Hati telah mahu.
Usaha kena padu.
Moga Allah beri ilham selalu.
Allahumma aameen.

'Sanah helwah,ana rohani.
Selamat lahir travelogdakwah!'

:)




6 comments:

  1. Tahniah hani! Kerana berjaya juga buat blog ini adalah satu momentum yang cukup baik utk hani melonjakkan lagi tinta pena untuk ummah :) kak sentiasa sokong dan doakan hani moga istiqamah. Maaf lambat wish, salam sanah helwah dear!! ♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah akk..Allah permudahkn akhirnya.Tak sangka jadi pula.Syukur.berkat doa,dan bantuan shbt2 juga..
      T.kasih akk.doakan hani ya.
      ^_^

      Delete
  2. Cantik bahasa
    Sungguh indah susunan nada tinta

    Keep it up! >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis..banyak lagi yang perlu diperbaiki.Mohon tunjuk ajar.Doakan sy ya.
      <3

      Delete
  3. Cantik bahasa
    Sungguh indah susunan nada tinta

    Keep it up! >_<

    ReplyDelete
  4. Cantik bahasa
    Sungguh indah susunan nada tinta

    Keep it up! >_<

    ReplyDelete