"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Thursday, 20 August 2015

H.I.J.R.A.H

Defini 'Hijrah' bagi setiap orang itu mungkin berbeza-beza.

Ada orang,bila sebut mahu berhijrah,dalam kepalanya sudah terbayang mahu membuktikan hijrahnya dengan mengubah cara pemakaian.
Kalau dulu pakai ketat-ketat,sekarang mahu pekena jubah,tudung labuh dan sewaktu dengannya.
Hijrahnya mahu dibuktikan segera!

Ada orang yang lain,berpendapat..hijrah itu,biar perlahan-lahan.Tak perlu gopoh.Biarlah dengan menjadi diri sendiri.Tak mengapa,tak pakai menutup aurat lagi..asalkan niat dalam hati mahu berhijrah itu ada.Yang penting niat tu!Jangan hipokrit nak tukar external appearance sedangkan dalam hati belum tentu lagi baik atau tak.

Ada golongan yang lain pula berpegang teguh pada hujah..

Segerakan yang baik.Nak jadi baik,nak ubah diri untuk bertambah-tambah baik,tak perlu tunda.Segerakan.Meniatkan sesuatu yang baik,sudah diganjarkan pahala apatah lagi jika dilaksanakan segera atas dasar mahu mentaati perintah Allah.Mahu segera menjadi hamba Allah yang bertaubat.

Segalanya bermula daripada niat.
Kalau betul niat,betul juga tindakan dan cara pelaksanaan.

Hijrah sebenar-benar hijrah adalah menghijrahkan hati.Kalau dulu,hati ini bergelumang dengan maksiat,bermandi hasad, iri dan sebagainya..

Kini,mahu segera dibersihkan dengan istighfar,dengan taubat nasuha.
Kalau dulu,hati ini kurang matang dalam menangani apa jua situasi dan kondisi..kini ia matang.Bertambah terbuka,lapang dada dan sangat positif terhadap apa jua ujian yang mendatang,aral yang melintang.

Saya tiada halangan,bila melihat ramai sahabat-sahabat berkobar semangatnya mahu hijrah.Saya bersyukur kerana akhirnya ramai dan bertambah ramai teruja mahu patuh syariat.

Ada yang teruja mahu bertudung labuh,mahu memakai niqab,mahu 24 jam pakai jubah.MasyaAllah! Penangan hijrah belaka.Namun,selidiki dan teliti semula hati kita..apakah kita benar-benar sedang berhijrah demi maslahah diri dan agama..atau sebaliknya?

Ingatlah..
Hati kita sifatnya berubah-ubah.
Ibarat suhu badan yang tidak tetap ukurannya.Berubah mengikut kondisi dan cuaca persekitaran.

Jangan kita terpengaruh dengan suhu persekitaran kita kini..yang sedang 'demam fesyen' ,'demam populariti',.'demam ana anta', 'demam tulang rusuk' dan 'demam blavblavvblavv'.

Seterusnya,kepada  yang masih bertegas,berpendapat bahawasannya yang terpenting itu sekadar niat hati...

"Tak mengapa tak solat lagi..
Tak mengapa tak tutup aurat lagi..
Tak mengapa langgar perintah Allah lagi..
Asalkan niat nak solat tu ada.
Asalkan niat nak tutup aurat tu ada.
Asalkan niat nak menurut perintah Allah itu ada...
Yang penting niat.....,"

Dimana betulnya niatmu itu?
Hujah tak mahu hipokrit tu dah basi.
Jangan disebabkan tak nak hipokrit,kau terhalang berbuat kebaikan.
Selamanya kau akan kasihan.

Akhir kalam,

Wahai diriku dan semua!
Selalulah letak Allah sebagai prioritimu!
Selalu ambil pandangan Allah sebagai nombor satu!
Jadikan hujah Allah bagi membina mujahadah dalam dirimu!

Ayuh belajar,
Ayuh selalu perbaiki diri.
Insyaallah..

Rabbi yassir!

No comments:

Post a Comment