"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Monday, 31 August 2015

Cantik!

Cantik
~~~~~

Si kawan yang sibuk menelaah majalah lama.

"Eh ini artis yang berlakon cerita blabla tu kan?Cantiknya dia..tapi suaminya tak berapa hensem kan?,"

"Dan..kalau kau perasanlah.Kebanyakan orang yang cantik-cantik ni pasangannya mesti tak berapa hensem kan?,"

"Kau tengok aku..cantik tak?,"

Setelah potpet tak habis-habis dari tadi,akhirnya dia berhenti menanti jawapan pada soalannya yang terakhir.

"Kalau kau nak tahu..kau cantik atau tak,tunggu kau kawen nanti..hihi.Kalau pasangan kau hensem,maknanya..kau buruk la!Kalau pasangan kau buruk..of course kau cantik..haha," akhirnya aku membalas dengan jawapan bernada gurauan.

~~~~~~~~~~~~

Cantik itu sangat subjektif.
Lain orang,lain pendapat dan sudut pandang.
Ada orang kata..si lalalala tu cantik.Dan ada juga berpendapat si lalalala tu biasa-biasa.Malah,ada yang terus-terang kata si lalalala tu tak cantik langsung!(amboi suka hati dia je kan)

Namun..
Itulah manusia.
Memang selalu berbeza sudut pandang dalam apa jua situasi dan keadaan.
Namun,terciptanya manusia ini suka akan keindahan.Suka sangat.Akan tetapi..manusia itu sendiri juga yang menjadi pemusnah keindahan!

Oklah.
Tak kisahlah cantik atau buruk rupa kita.Itu cuma sifat.
Sifat itu juga kurniaan Tuhan,yang wajib kita terima dengan redha.Sifat itu juga 'alat' Allah menguji kita.
Hanya seorang manusia yang berakhlak baik,berpekerti mulia dan bersederhana dalam segala hal menjadi tercantik pada pandangan Allah.

Apa guna cantik,
tapi hati buruk?

Dan..
Kalau diuji dengan ketidaksempurnaan pada wajah,janganlah patah hati..janganlah menyalahkan takdir Tuhan..
Fikirlah dari sudut hati yang paling dalam.
Bersangka baik atas apa jua pemberian Tuhan.

"Mungkin..Allah nak jaga hati aku agar tak riak dengan paras rupa..,"

Usahalah untuk cantikkan hati,perindahkan akhlak.

Segala di dunia ini..tak kekal.
Kecantikan fizikal tak menjamin apa-apa.
Di syurga kelak..tiada yang buruk.
Semuanya cantik belaka.

Tak kisahlah paras rupa si pemilik hati yang cantik itu cantik,sederhana atau tak cantik langsung..
Allah akan nilai hatinya.Hanya hati yang cantik,layak sampai ke syurga.

Jom jelitakan akhlak!

^_^

Saturday, 29 August 2015

Allah Pendengar Paling Setia!MasyaAllah~

"Saya putus tunang.....,"

"Saya gagal exam lagi...,"

"Kawan baik saya tipu saya!,"

"Bos saya..pecat saya tanpa alasan yang logik!,"

"Kenapa semua orang tak faham saya?
Kenapa semua nak cari pasal dengan saya?!!,"

> "kalau awak jadi saya..awak buat apa?"<

~~~~~~~~~~~

Lumrah.

Bila kita ada masalah,
Kita teringin meluahkan.
Kita mahukan seseorang untuk 'ada' dan sedia mendengar apa jua yang mahu kita bicarakan.

Ya,
walaupun kita sedia tahu..
kalau cerita pun,belum tentu masalah yang berat ini jadi ringan.
Tiada jaminan masalah yang semak serabut ini jadi lapang.
Malah,mungkin tiada harapan langsung untuk masalah ini bertemu jalan penyelesaian.

Kita tahu hakikat itu.
Tapi kita berdegil juga untuk bercerita apa yang sedang dialami oleh sekeping hati saat itu.
Kita rasa itulah keperluan utama mental dan emosi kita!
Kita cuma mahu meluahkannnnnnnn,tanpa mencari ruang untuk tenang dan berfikir dalam-dalam;berfikir panjang.

Mungkin..
nasib kita baik..andai orang yang kita pilih untuk menjadi pendengar suara hati kita itu..seorang yang mahu faham,mahu empati..mahu usaha sarankan solusi.

Namun..lain pula ceritanya,andai kita tersalah pilih.Habis aib diri sendiri kita selak.Kelemahan,kekurangan,segala keterlanjuran kata angkara emosi tak terkawal bakal menjadi hujahnya untuk mempersendakan kita kelak.Habis dijaja sifat dan peribadi kita yang serba tak terjaga tatkala itu.

Hmm..
Mahukah kita ubah sesuatu pada yang 'lumrah' ini menjadi..'masih lumrah..tapi bijak dan berstrategi'..?

Bagaimana?

Kita aware sentiasa bukan?
Yang Allah Maha Melihat..Maha Mendengar..Mahu tahu segala apa luar dan dalam hati kita..
Malah,masalah yang sedang kita tanggung itu juga adalah tempias ujian daripadaNya..

Kita tahu..
Allah Menguji.Tapi kita tak mahu berfikir begitu.Kita lagi senang memberontak,dan mendahulukan emosi dalam segala hal.
Kasihan diri kita.

Allah yang rekakan ujian,ciptakan masalah untuk kita.
Jika Allah mampu memberi kita masalah untuk menguji tahap iman kita,
Allah juga mampu ciptakan penawar kepada masalah kita.
Allah Maha Berkuasa untuk menyembuhkan luka di hati kita;meniupkan semangat dalam jiwa kita.

Allah Maha Mampu.

Andai saja..
Kita dahulukan Allah dalam setiap hal..
Pasti kitalah hamba yang paling mendapat tempat di sisiNya.
Ini tidak..
Kita selalu letak Allah yang kedua.
Yang terakhir.
Kadang,langsung tiada ruang untuk Allah dalam hati kita.

Kita tak sudi berdoa dan mengadu rasa kepadaNya..
Kita lagi percaya dan meyakini kudrat makhluk sebagai tempat sandaran.Tempat menumpahkan segala isi hati.

Kasihannya kita.

Janjilah pada diri..

'Mulai saat ini..aku akan cari Allah dahulu.
Allah yang mencipta hatiku,Allah yang mengujiku,Allah yang mencipta masalahku..;Allah pasti cipta jua solusi untukku..,"

Dan..
luar biasa sungguh kuasa doa,untuk orang yang mahu meyakiniNya.
Bila kita berdoa,berdialog sungguh-sungguh dengan Allah..
Allah salurkan kekuatan kepada jasad kita yang melemah..
Allah pujuk emosi kita yang dilanda derita..
Allah lapangkan hati kita..sejukkan..
Allah hadiahkan sebuah perasaan yang berbeza..

MasyaAllah!

Ada orang..bila dirujuk masalahnya kepada Allah terlebih dahulu,dirasakan sudah tidak perlu untuk dikongsi kepada yang makhluk.
Sebab..Allah sudah ilhamkan 'solusi' buatnya.

Namun..
Ada juga yang lain..
Bila hatinya sudah lebih tenang,
Sudah stabil daripada segi emosi dan perasaannya..
Allah ilhamkan untuk berkongsi rasa itu kepada yang makhluk.
Insyaallah.. lebih terarah.Dan sudah tentu..sang makhluk yang terpilih untuk menjadi pendengar itu,bukan calang-calang orang.

Specialnya dia..kerana dia adalah seseorang yang Allah ilhamkan untuk kita berkongsi rasa dengannya.
Allah pilihkan dia untuk kita!
Pasti nasihat,saranan dan pendapat daripadanya juga lebih positif dan membuahkan solusi.

Dengan izinNya.
Yakin saja.
Letak Allah selalu yang utama,dalam apa jua cuaca jiwa.
Walau dimana-mana dan bila-bila masa.
Allah sentiasa ada,untuk kita bercerita.

Allah-lah Pendengar Paling Setia!

Segala puji bagiMu ya Rabb..
Alhamdulillah!

Anarohani@travelogdakwah290815

Thursday, 20 August 2015

H.I.J.R.A.H

Defini 'Hijrah' bagi setiap orang itu mungkin berbeza-beza.

Ada orang,bila sebut mahu berhijrah,dalam kepalanya sudah terbayang mahu membuktikan hijrahnya dengan mengubah cara pemakaian.
Kalau dulu pakai ketat-ketat,sekarang mahu pekena jubah,tudung labuh dan sewaktu dengannya.
Hijrahnya mahu dibuktikan segera!

Ada orang yang lain,berpendapat..hijrah itu,biar perlahan-lahan.Tak perlu gopoh.Biarlah dengan menjadi diri sendiri.Tak mengapa,tak pakai menutup aurat lagi..asalkan niat dalam hati mahu berhijrah itu ada.Yang penting niat tu!Jangan hipokrit nak tukar external appearance sedangkan dalam hati belum tentu lagi baik atau tak.

Ada golongan yang lain pula berpegang teguh pada hujah..

Segerakan yang baik.Nak jadi baik,nak ubah diri untuk bertambah-tambah baik,tak perlu tunda.Segerakan.Meniatkan sesuatu yang baik,sudah diganjarkan pahala apatah lagi jika dilaksanakan segera atas dasar mahu mentaati perintah Allah.Mahu segera menjadi hamba Allah yang bertaubat.

Segalanya bermula daripada niat.
Kalau betul niat,betul juga tindakan dan cara pelaksanaan.

Hijrah sebenar-benar hijrah adalah menghijrahkan hati.Kalau dulu,hati ini bergelumang dengan maksiat,bermandi hasad, iri dan sebagainya..

Kini,mahu segera dibersihkan dengan istighfar,dengan taubat nasuha.
Kalau dulu,hati ini kurang matang dalam menangani apa jua situasi dan kondisi..kini ia matang.Bertambah terbuka,lapang dada dan sangat positif terhadap apa jua ujian yang mendatang,aral yang melintang.

Saya tiada halangan,bila melihat ramai sahabat-sahabat berkobar semangatnya mahu hijrah.Saya bersyukur kerana akhirnya ramai dan bertambah ramai teruja mahu patuh syariat.

Ada yang teruja mahu bertudung labuh,mahu memakai niqab,mahu 24 jam pakai jubah.MasyaAllah! Penangan hijrah belaka.Namun,selidiki dan teliti semula hati kita..apakah kita benar-benar sedang berhijrah demi maslahah diri dan agama..atau sebaliknya?

Ingatlah..
Hati kita sifatnya berubah-ubah.
Ibarat suhu badan yang tidak tetap ukurannya.Berubah mengikut kondisi dan cuaca persekitaran.

Jangan kita terpengaruh dengan suhu persekitaran kita kini..yang sedang 'demam fesyen' ,'demam populariti',.'demam ana anta', 'demam tulang rusuk' dan 'demam blavblavvblavv'.

Seterusnya,kepada  yang masih bertegas,berpendapat bahawasannya yang terpenting itu sekadar niat hati...

"Tak mengapa tak solat lagi..
Tak mengapa tak tutup aurat lagi..
Tak mengapa langgar perintah Allah lagi..
Asalkan niat nak solat tu ada.
Asalkan niat nak tutup aurat tu ada.
Asalkan niat nak menurut perintah Allah itu ada...
Yang penting niat.....,"

Dimana betulnya niatmu itu?
Hujah tak mahu hipokrit tu dah basi.
Jangan disebabkan tak nak hipokrit,kau terhalang berbuat kebaikan.
Selamanya kau akan kasihan.

Akhir kalam,

Wahai diriku dan semua!
Selalulah letak Allah sebagai prioritimu!
Selalu ambil pandangan Allah sebagai nombor satu!
Jadikan hujah Allah bagi membina mujahadah dalam dirimu!

Ayuh belajar,
Ayuh selalu perbaiki diri.
Insyaallah..

Rabbi yassir!

Tuesday, 4 August 2015

Jadilah baik untuk baik!

Kadang-kadang rasa malu,rasa segan kan  nak bercakap yang baik-baik..

Bila orang akan melihat dan menilai bukan apa yang kita cakap..tapi mereka akan meneliti sejauh mana kita aplikasi apa yang kita cakap.

"Cakap, biar serupa bikin"

Sangat setuju.
Jangan bicara saja kencang,tapi satu pun tidak diamalkan.

Kadang-kadang ia bagai amaran..

"Kau jangan bercakap yang baik-baik..,kalau kau pun jahat..perangai tak serupa orang..selagi kau tak baik,jangan nak pandai-pandai bercakap.."

Nah!
Gertakan apakah itu?

Jadi,
Apa langkah yang harus diambil?

Buat baik dulu,
Baru cakap yang baik-baik?
Atau tunjuk diri kita baik dulu,baru ajak orang buat baik?

~~~~~~~~~~~

Diri,
Jangan tunggu sempurna.
Bercakap hal-hal kebaikan tak kiralah menyampaikan ilmu atau memberi kalam nasihat sudah dinilai kebaikan.
Ia bukan sahaja bermanfaat buat si pendengar,malah ia umpama motivasi buat diri kita yang bercakap ni..supaya mengamalkan apa yang kita perkatakan.

Jangan dengarkan sangat bisikan dan hasutan syaitan yang mematikan nadi kebaikan.
Jangan sampai takut sangat diri hipokrit dalam melakukan kebaikan,lantas ditinggalkan kebaikan.Jika begitulah..selamanya kita terhalang melakukan kebaikan.
Tiadalah wujud amar makruf.Kemungkaran pula bermaharajalela.

Nauzubillahiminzalik!

Maka dengan itu..
Usahalah jadi baik..untuk bertambah baik.

Insyaallah.

:)