"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Sunday, 29 March 2015

"Wanita solehah awak kat mana?"

Muslimah itu KITA.
Solehah itu..belum tentu kita,selagi mana kita tak memcapai piawaian yang Tuhan gariskan.

Tapi,siapa yang tak mahu jadi solehah?

Ada yang segan digelar 'solehah',
Malah ada yang mempermainkan istilah 'solehah'.Terkekek ketawa memperlekehkan.
Ada yang masih kabur,apa itu 'solehah'?

Ada yang masih bermain tarik tali,sebenarnya layakkah diri ini digelar 'solehah'?

Bagaimana nak jadi 'solehah'?

Susah atau senangkah jadi 'solehah'?

Allahu rabbi.
Buat adik-adik,kakak-kakak,sahabat-sahabat,dan para muslimah keseluruhannya,setelah saya tadabburi,selami satu persatu pengisian yang dikongsikan penulis Hikmatul Islam di dalam buku sulung beliau yang bertajuk 'Wanita solehah awak kat mana' saya mendapati buku ini sangat memahami situasi para muslimah di luar sana.Ia tidak berat,tidak juga ringan.Ia sangat santai,namun sangat sarat dengan tips-tips mudah bagaimana sebenarnya kita sebagai muslimah ini harus belajar didik hati kita,agar mampu menampilkan peribadi yang sangat dihajatkan oleh Allah Azza Wajalla.

SubhanAllah.

Itu sudut pandang saya.
Buku ini tidak memaksa kita untuk menjadi solehah.Apa yang ada hanyalah ajakan sang penulis..bukan untuk jadi solehah sepertinya.

Tidak.

Penulis bertegas!
"Saya takut juga menulis buku macam ni.Dikhuatiri,akan ada suara-suara yang mengusik mahupun menyindir..'solehah sangat dah ke diri tu,sampai ada hati nak ajar orang lain jadi solehah..'"

Penulis tidak mengajar bagaimana menjadi solehah,melainkan mengajak hati-hati para pembaca agar sama-sama berusaha untuk solehah seperti yang Allah mahukan.

Sebagai orang yang dah baca buku ni..sudah pasti saya dapat letak kedudukan saya sekarang ada kat mana.Sangat banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari.

Maka,saya sangat berbesar hati untuk menyeru,para muslimah kesemuanya..dapatkanlah buku ni.

Bukan promosi.
Anda beli,anda bacalah kerana Allah.
Sama-sama kita ambil pengajaran dan usaha sedaya mungkin untuk melayakkan diri solehah di sisi Allah.

:)

Ikhlas,
Travelogdakwah.

Saturday, 28 March 2015

TAHNIAH HATI!

Tahniah hati!
Awak ada rasa nak berubah.
Ada rasa nak mendalami lebih dalam lagi ilmu pengetahuan.
Ada rasa nak keluar dari kepompong kejahilan.

Tahniah buat awak!
Sebab apa kena tahniah?
Sebab..tak semua orang ada kekuatan nak berubah.
Tak semua orang ada semangat nak belajar.
Tak semua orang sedar dirinya 'jahil' dan perlu belajar.

Tak semua.

Semoga kekuatan nak berubah,hasrat nak perdalamkan ilmu itu,dilakukan semata-mata kerana Allah Azza Wajalla.

Bila kita bawa Allah dalam setiap urusan kehidupan kita,apa jua tindakan kita,kita jalankan dengan ikhlas,dengan lapang dada,dengan tenang..dan sentiasa bersangka baik ataupun positif.

Kita punya adab dalam menuntut ilmu.
Kita juga punya adab dalam menyampaikan ilmu.

Perlu kita ingatkan diri kita,agar tidak sewenangnya mengulas mahupun mengupas isu-isu mahupun persoalan yang kita sendiri tidak mengetahui kebenarannya.

Dalam hal begini,sangat perlu..kita rujuk kepada yang arif ataupun yang ahlinya.
Jangan main kupas kalau rasa tak sohih,apalagi waswas.

Jangan malu mengaku tak tahu.
Bila tak tahu,ambil tahu,cari tahu.

Jangan ada ilmu sikit,sudah rasa diri hebat,dan tahu semua.Perlu kita tegur diri kita selalu,supaya tak mudah tergoda dengan sanjungan manusia.
Bila selalu disanjung,kemungkinan diri takut untuk dikritik.Maka,kita jadi malu mengungkapkan kata 'maaf saya tak tahu'.
Kalau rasa diri tak tahu.Elok segera tanyakan kepada yang arif,barulah kongsikan.

Selalulah merendah diri,belajar dan belajar lagi.
Parah kesudahan bagi diri kita,bilamana bertegas mengeluarkan hujah yang tiada kebenaran,dan menyimpang daripada landasan syarak.

#peringatanbersama
#universitikehidupan
#yukbelajarhidup

Thursday, 26 March 2015

Cinta dia vs cinta DIA

1 tahun lepas,

A:

''Awak!Sebenarnya, dia dah lama mengaku dia suka saya..dia ikhlas cintakan saya kerana Allah dan akan menyunting saya sebagai isterinya..bila dia berkemampuan dan bersedia kelak!!''

B:

''Siapa?Arjunakah?..,''

A:

''Ya awk.Awak jangan risau awak..Dia bnyk mengingatkan saya kepada Allah.Malah,sejak bercinta dengan dia..saya sering bangkit malam bertahajjud,dan macam-macam lagi.Tu yg buat saya makin cinta kepada dia.Saya rasa memang dialah jodoh saya.Saya yakin!

Sekarang..

A:

''Awak..dah hampir setahun kami bercinta kerana Allah..tapi kenapa ya..sy rasa saya makin LUPA..makin JAUH  daripada Allah?Dalam solatpun asyik terbayang muka dia..asyik nak jeling handph0ne je..
Kenapa saya smakin lalai pula?Padahal cinta sy..suci..''

B:

''Apa pengisian cinta awk selama bercinta kerana Allah dengannya?''

A:

''Kami jaga pergaulan kami.Kami jarang jumpa.Cuma mesej-mesej.Kadang dia kejut saya bngun malam..b'tahajjud kpd Allah..,kadang dia call saya..kami juga saling bertukar password fb..malah kami ada buat 1 fb khas untk kami berdua..,fb yg kami khaskn untk dakwah-dakwah.Nak ajak orang jadi baik dan berkongsi ilmu..,''

B:

''Sayangku,jatuh cinta tu fitrah..di luar kawalan kita.Taaruf,risik,tunang...pun boleh!Tapi kena dgn adab-adabnya ya.
Kata imam Hassan al-Banna,bercinta secara Halal itu Halal.Bercinta secara Haram itu Haram.
Sekarang,awk rasa awak bercinta Halal ke Haram?jelas tak halal dan haram dalam cinta awak?
Bercinta secara syubhah itu syubhah.Syubhah itulah pkara yang tak jelas.Mahukah cinta kita penuh KERAGUAN??Banyak leka dan alpa.Bnyk ingat si 'dia' berbanding 'DIA'???

:D
Jomlah,cari cinta yang gerenti dapat restu Allah.Bukan cinta redah segala,redha Allah tiada.

"Allah sedang mengkaji,hambaNya yang mana paling kuat mujahadahnya.."-nenek-

"Allahu akhbar!
Betapa sukar benar menelan kepahitan ujian...

Lepas satu,satu lagi,
Satu tak habis,datang lagi sepuluh..
Sepuluh tak habis,datang lagi berpuluh-puluh!

Ada sahaja dugaan..
Bila nak bahagia ni?

(Hati sayunya berkata-kata)

Yalah kan..
Bila nak bahagia ni..
Asyik diuji memanjang.
Namun,adakah hamba Allah yang tak diuji?
Bagaimana nak memandang ujian ini dengan lapang dada,dengan tenang?

(Suara hati yang lain laju mencelah)

"Jangan gundah wahai jiwa.
Bukan kamu seorang diuji..!
Sebagaimana Allah menjanjikan bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati,
Sebagaimana Allah menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan,
Begitu jua janjiNya..
Bahawa,setiap mukmin tidak akan dibiarkan berkata bahawasannya mereka telah beriman selagi tak diuji..
Suka atau tak..
Kita pasti diuji!
Allah sedang mengkaji..
HambaNya yang mana paling hebat mujahadahnya..
Semangat dan kesabarannya..!," nenek dengan bersemangatnya menyampaikan tazkirah di hadapan cucunya.Lagaknya sahaja umpama pendakwah bebas yang aktif memberikan tazkirah dan ceramah di kaca tv.

"Huargghhh!," Mustika menguap panjang.Panjang benar syarah neneknya kali ini.

"Nek...doakan Mus ya..,minta-mintalah Allah sudi,kuatkan hati Mus..nak bersabar dengan segala bentuk ujianNya..ya nek?,"

Nenek tersenyum manis.Sangat bermakna senyuman itu.

"Dalam apa jua keadaan,ingat!Kita ada Allah!Cari Allah..," kata nenek perlahan.

Insyaallah nek.
Insyaallah..
Benar kata nenek..
Bukan ketika sedih dan susah saja kena cari Allah..
Tiap masa sewajarnya..!

(Mustika tersenyum bersemangat)

Kalau sudah bertaubat,Allah buka tak aib kita di akhirat kelak?

Cucu:

"Nek..kalau kita ini telah banyak berdosa..
Apakah setelah kita bertaubat,Allah akan tetap dedahkan dosa kita di akhirat kelak?"

Nenek:

"Hmm..nak dengar nenek bercerita?"

Cucu:

"Nak nek..nak nak..,"


Nenek:

"Pada zaman Nabi Musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi Musa bersama 70 ribu lain umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa a.s. digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi Musa berbicara dengan Allah:

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab..

"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat.."

Sejurus itu bertanya Nabi Musa kepada ummatnya:

"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah didepan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun mohon agar Allah mengampunkan dosanya dan menyesal diatas dosa-dosanya itu.

Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa a.s. kehairanan.

Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.

Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah:

"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"

Lalu, ALLAH menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.

Nabi Musa bertanya kepada Allah: "Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?"

Allah menjawab: "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?"

Nenek harap daripada kisah ini..
Cucu-cucu nenek dapat pengajarannya.

Allah jaga kita..tutup aib kita.Maka,syukurilah rahmat Allah itu.
Malulah pada Allah..
Pertingkatkan darjat kehambaan dalam diri..
Biar kita senantiasa beringat..
Kita hamba Allah.."

Allahu akhbar.

Kita ada Allah!

A:

"Kau ni macam takde masalah je.Happy memanjang.Senyum gelak ketawa memanjang.Tak pernah dengar kau bercerita masalah kau kat orang lain.."

B:

"Alhamdulillah,Allah banyak beri kekuatan.'Benda' kalau kita tafsirkan ia sebagai masalah,memang jadi masalahlah.Makin kita fikir,makin ia rumit,makin serabut.Hehe.
Belajarlah berkongsi,mengadu rasa dengan Allah.Letakkan prioriti kpd Allah.Percaya Allah lebih. Insyaallah, Allah beri ruang solusi kpd kita. "

A:

"Habis tu..tak boleh ke kita cite masalah kita kat orang lain dan macam mana kita nak tahu Allah dah beri kita solusi kpd masalah yg kita alami?"

B:

"Bila kita dah serahkan sepenuh kepercayaan kita kat Allah,kita mengadu,kita berdoa..kita akan lebih yakin pada Allah.Allah akan melapangkan hati kita,dan mencampakkan rasa redha dengan segala ketentuanNya.Tiada masalah nak cite kat orang,citelah kat orang yg awak percaya.Adapun,kalau sy..sy selesa bercerita dengan Allah.Salah satu jalan menuju solusi,mungkin Allah akan gerakkan hati kita utk bkongsi masalah kita dengan orang yg tepat.Yakni,orang yang boleh membantu kita dengan izin Allah.hmm.."

# diri,yakinlah pada Allah..Penciptamu,Pencipta masalahmu,Pencipta solusimu,Pencipta ujian.

:)

Kata hatiku..

Menyoroti kisah semalam..
Lembaran sirah ku selak perlahan..
Tak mahu terlepas pandang..
Satu pun momen yang pernah dilakon-layar di atas pentas kehidupan..
Detik terang-benderang yang mengusik lensa ia tersilau..
Saat gelap-gelita yang memaksa diri untuk matang dalam langkah sepanjang penelusuran..

Ada orang berkata..
"Benda lepas tak usah dikenang-kenang.."
Mungkin,benda buruk tak baik dikenang?
atau mungkin,dosa semalam tak perlu diingati lagi?
Golongan manusiawi punya ketuntasan idea masing-masing dalam berhujah soal ini..
Tak perlu dihingar-bingarkan..

Pada diri ini,
Ku pilih untuk tegar mengenang..
Tiada hujah untuk ditegaskan,
Cumanya..,diri ini lebih senang dan bahagia dengan mengenang..

Ku hadiahkan sebuah anologi,
Untuk jiwa yang dalam renungkan..

"Kita tidak mengizinkan lidah merasakan pahit saat meneguk air tatkala demam..
Namun,Tuhan memilih untuk mengurniakan itu..
Kita tak mahu merasakan 'masam' saat menikmati merah epal yang sedang ranum..
Namun,tetap jua terasa kemasamannya jika Allah mengkehendakinya begitu.."

Ianya di luar kawal upaya kita..
Pastinya Tuhan punya hujah yang tak mampu dibidas dek kementar golongan hamba-hambaNya..
Allah Maha Besar..!

Sirah semalam penyumbang tebal buku kehidupan,
Tatkala bergelap-gelita,
Kita belajar untuk menyalakan lilin..
Tatkala terang menyilaukan,
Kita hadang ia agar tak memudaratkan..
Segala yang terjadi itu ada hujah yang kuat mengapa ia ditakdirkan begitu..

Baik atau buruk masa lalu..
Kebijaksanaan hari ini menentukan maslahah masa depan...

Banyak sungguh panduan,
Banyak cabang pilihan,
Banyak pedoman,
Banyak pengajaran,
Banyak teladan,
Banyak benda yang boleh dimuhasabahkan!

Baik atau buruk masa silam..
Sangat indah untuk direnungkan,
Gali,koreksi,keluarkan..berlian yang dinamakan 'Hikmah kehidupan'..

Wallahuallam.
Sekadar bingkisan yang lahir daripada benak yang dalam.
<3

Coretan hati,

Anarohaniilhamnasuha@travelogdakwah

Wednesday, 25 March 2015

Puisi hati ;')

Aku cemburu dan mengagumi..
Golongan manusiawi yang hidupnya  bererti..
Ke mana melangkah ada 'Ilahi'..
Disuburkan hidup dalam sanubari..

Aku cemburu dan makin iri..
Mengapa mereka tampak tenang dan berseri-seri..
Ke mana-mana bersahaja bersenang hati..
Agaknya petua apa yang diwarisi?

Aku cemburu tak mahu dengki..
Aku bertekad mahu mempelajari..
Watak hamba cuba ku selami..
Kekuasaan Ilahi satu-satu aku amati..

Aku tak sempurna aku serba serbi..
Diri kerdil namun memasang angan nan tinggi..
Aku mahu dipandang Ilahi..
Maka dengan itu..aku ikrar dalam hati..
Aku akan mujahadah merapat mendekat kepadaNya..
Kini..selamanya..sampai mati..

Aku insan dilema cinta Ilahi..
Allah..terimalah hati yang selalu sakit ini..

:')

Anarohaniilhamnasuha@travelogdakwah

# jomjomjom audit hati!

Sunday, 22 March 2015

Inikah permulaan?

::22 Mac 2015 bersamaan 1 jamadilakhir 1436H::

Sengaja aku pilih tarikh penuh makna ini untuk aku  abadikan sebuah catatan ringkas permulaan travelog penulisanku dalam ruangan maya ini.

Tarikh penuh makna?

Ya.
Alhamdulillah.Tak bermakna untuk orang lain.Tapi punya makna untuk aku.

:)

Ianya hari kelahiranku.Tarikh Allah izinkan aku 'melihat' dunia buat pertama kalinya.

Segala puji bagi Allah,
Terima kasih Allah.

Kerana hingga ke saat ini,
Kau masih mengizinkan jasad ini bertapak di bumiMu,
Kau masih sudi mengujiku dengan qada dan qadarMu..
Kau masih memberikan apa yang aku perlu,
Kau masih sentiasa setia membuka pintu taubatMu untukku..
Kau masih menungguku..
Masih sentiasa setia ada untukku..

Terima kasih atas segalanya duhai Tuhan yang sentiasa memahami dan menjaga hatiku..

:')

"Hari semalam,
Mungkin agak kelam,
Kentalku terpukul suram,
Rona jiwaku muram,
Sampai bila hasrat jiwa ini terpendam,
Dimana pergi azam semalam?"

Jiwa bersenandung.

Entri pertama yang ku beri nama,

"Inikah permulaan?"

Ku ambil aura rasa hari kelahiranku.Azam baru.Mahu menjadi lebih baik daripada hari-hari semalam.Angan-angan semalam,harus dijadikan cita-cita,barulah jiwa berkobar-kobar menyusun strategi bagaimana mencapai matlamat yang dihasratkan.

Ana rohani,
Hidupkan travelogdakwahmu!
Menulislah lillahitaala,
Menulislah untuk ummah!

Sebelum ini,rajin 'update status' di facebook.Atas perkenan Allah,sangat tak sangka..penulisan ringkas yang mengandungi nasihat dan peringatan buat renungan diri sendiri secara tak langsung turut  memberi kesan kepada orang lain.Ada yang mulai mengikuti tiap post daripadaku.Ada yang terus pm inbox,bertanyakan soalan,meminta pendapat,tak kurang juga yang mengajak untuk berkenalan.

Allahu rabbi.
Sedia diri ini maklumkan,
Aku  ini manusia belajar.Sangat banyak yang perlu dipelajari.Mana yang tahu dek akal,dikongsikan.Insyaallah.

Aku telah lama mencintai bidang penulisan.Gemar menulis dan berkarya.Malah,tak putus angan-angan untuk menjadi seorang penulis!

Namun..itulah.
Nak memulakan memang sangat sukar!
Apatah lagi setiap kali semangat marak,ada sahaja aral yang melintang.
Tertangguh lagi!
Semangat kembali kendur.

Alhamdulillah,
Keluarga dan sahabat jugalah yang banyak memberi sokongan dan suara pandangan.

"Menulislah dalam blog..," syor para sahabat.

Aku hanya mampu tersenyum sambil tersengih.

Memerhatikan kejayaan beberapa orang sahabat yang Allah izin akhirnya berjaya menghasilkan buku sendiri sangat menginspirasikanku.

Insyaallah,

Inikah permulaan?

Siapa tahu.
Hati telah mahu.
Usaha kena padu.
Moga Allah beri ilham selalu.
Allahumma aameen.

'Sanah helwah,ana rohani.
Selamat lahir travelogdakwah!'

:)