"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Wednesday, 5 October 2016

Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya!

"Gagal sekali, bukan bermakna gagal selama-lamanya," - kata peribahasa

"Haa yelah. Jadi aku ni yang dah berkali-kali gagal ni macam mana?!" -aku,sambil menangis huduh

.

Betul. Paling tak sukalah peribahasa tu. ��
Saya yakin, kita semua pernah rasa apa tu 'gagal', apa tu 'lulus' atau 'berjaya'. Kan kan. Pernah kan? Entahlah korang mungkin pandai dan hebat belaka kut...mungkin tak pernah rasa gagal. Tapi, saya pernah rasa. Hee.

Okay. Beginilah.Tujuan menulis ni, bukanlah nak highlight diri kononnya dah berjaya sekarang. Tak...bukan begitu. Kalau kau fikir begitu, baik padam serta-merta apa yang kau fikir tu. Tujuan menulis kali ini, adalah untuk berkongsi kepada sahabat-sahabat yang tengah down, asyik dibelasah dengan ujian berupa kegagalan etc. Kebetulan, ada sahabat baru meluahkan rasa hatinya, 'kenapa ek Allah uji aku begini? Orang yang tak menyungguh boleh dapat. Aku yang duk sungguh-sungguh dan berharap sangat ni..tak dapat pula.Sedih...sedihh sangat...,' sambil nangis-nangis.

Kasihan dia.Hmm.
Memikirkan kita yang makhluk ni pun ada rasa belas kasihan pada sahabat kita ni, tanpa kita sedar betapa Allah itu sebenarnya lagi kaya dengan sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim. Allah faham kondisi kita. Allah tahu kita perlu apa, kita patut dapat apa, kita mampu apa. Allah lebih tahu.

Bagi memujuk sahabat yang sedang bersedih ni, saya tak adalah terus potpet menasihati pada masa tu. Saya faham, pada waktu ini dia mahu dirinya 'didengarkan' lebih daripada dirinya mendengar. Dia mahu seseorang 'masuk' ke dalam kasutnya dan merasai tempat dia berdiri. Rasa apa yang dia rasa. Bagi memujuk rajuknya, saya adalah berkongsi kisah sedih, kisah gagal saya juga kat dia. Iyalah kan, nak nasihat orang bersabar dan bertabah bukan sesuatu yang mudah. Kita kena yakinkan dirinya dulu yang kita ni faham situasi dia. Dengan itu, dia akan lebih yakin dengan kita. Barulah, andai kita nak selit nasihat pun insyaAllah lebih mudah dia nak terima.

.

Nak cerita pasal gagal ni...errr..banyak kali gagal saya ni.Haha. Tapi, saya nak share cerita kegagalan saya, yang saya kira, ada ibrah dan pengajaran. Agaknya sebab tu sampai sekarang saya ingat. Hehe.

Masa belajar kat kolej dulu, saya ni bukanlah seorang pelajar yang serius benar menjadi pelajar. Malah, saya rasa saya ni jadi 'pelajar' sebab tak tahu nak jadi apa. (Tapi kalau cikgu tanya cita-cita nak jadi apa, banyak pula option saya kasi.Haha.) Maka, bila seorang pelajar tak tahu apa matlamatnya sebagai seorang pelajar, jadilah saya pelajar yang serupa manusia hilang identiti. Pergi kelas, tak happy. Balik dari kelas pun tak happy. Saya happy dengan dunia saya sendiri. Malam hari, kawan-kawan dok study giler hard saya tengah layan game plant vs zombies. Haha. Dok fikir strategi nak tanam sayur-sayur ni kat celah mana supaya tak diserang dek zombi. Aduhai laa~

Sampailah malam esok nak exam, saya bertambah stress lihat kawan-kawan study dengan buku-buku tebal. Ouh ya. Saya belajar jurusan kejururawatan. Bila saya stress, adalah sesekali saya terfikir nak belek medical surgical text book tu. Tapi, memandangkan saya tak tahu nak mula study kat mana, saya pun mengambil keputusan untuk tenangkan diri dan pergi clearkan fikiran saya dengan cara berperang melawan zombi-zombi yang nak makan sayur saya, nak masuk rumah saya, dan makan otak saya! Haaha. (Adeh..maaflah banyak cite pasal game plant vs zombies pula)

Dan, dipendekkan cerita...saya pun menjalani exam dengan penuh berserah dan tawakkal. (Siap doa bagai...tapi usaha kurang.Teruknya!)
Dah boleh agak kan result saya teruk macam mana. Huhu. Masih segar diingatan. Masa tu kejap hujan lebat, kejap renyai-renyai. Keadaan sekeliling pun nampak agak gelap. Hari tu, lecturer janji nak release result. Entahlah kenapa, saya tahu saya tak usaha tapi excited nak terima result tu tetap ada. Haaha. Satu persatu daripada kami bertemu secara personal dengan lecturer incharge. Mata saya tak lepas memerhati wajah rakan-rakan yang keluar dari bilik lecturer. Ada yang keluar dengan senyuman, ada yang menangis gembira sebab dapat dekan, ada yang bersyukur seadanya dengan pencapaian diri. Tiba giliran saya, saya dah tak sedap hati. Miss W mempersilakan saya duduk mendepaninya. Dia menyerahkan slip keputusan saya bagi semester itu. Tak berkelip mata. Ngeee...sikitnya saya dapat?!

'Hani, do you have any problem? I mean, with the subject, lecturer etc?' - Miss W

Saya me 'No No No' kan ajelah. Ya, masa tu sayalah yang bersalah. Bukan salah soalan yang susah. Bukan salah lecturer yang tak pandai mengajar. Tapi salah saya yang tak belajar. Salah saya yang tak ada matlamat sebagai seorang pelajar. Bila 'diusya-usya' kiri kanan depan belakang..tahulah saya result saya yang paling rendah, paling teruk semester tu. Kena dengan cuaca yang mendung. Air mata penyesalan tu dah tak mampu dibendung. Tambahan, bila parents tanya 'result macam mana? Pointer dapat berapa?'...Menangislah daku dalam hujan yang lebat. Huuu. ��

Ok, pengajaran yang saya dapat. Saya nak capai sesuatu, saya kena ada keikhlasan nak melaksanakan. Saya kena ada matlamat. Kena ada usaha. Nak mengharapkan magis doa dan tawakkal semata-mata...ingat Allah tak nampak hati kita ke? Keikhlasan tu selalunya terzahir dengan pakej usaha, doa dan tawakkal. Alhamdulillah, Allah beri saya gagal semester ni rupanya nak ajar saya. Nak betulkan cara fikir saya. Walaupun sedih, tapi saya dapat kegembiraan yang sangat bermakna bila saya bangkit memperbaiki diri. Saya belajar untuk belajar dan belajar untuk usaha. Sepanjang tiga tahun study, rasalah pahit manis seorang student. Hihi.

.

Okay..situasi pertama tadi saya tak usaha dan saya gagal. Padan tak muka saya? Padan muka kan? ��
Lain pula kisahnya cerita gagal saya yang kedua ni.

Alkisahnya~
Masa ni saya belajar lagi.Tahun ketiga semester akhir. Dengan duit poket yang saya kumpul sikit-sikit dapatlah saya melaksanakan hasrat hati nak ambil lesen kenderaan. Kononnya takut tercampak ke negeri orang bila kerja nanti. Yang jauh daripada keluarga, nanti kena berdikari hidup sendiri. Lesen kereta atau motosikal ni adalah satu keperluan nak memudahkan kita ke hulu ke hilir kan.(Perhh..positiflah masa tu)

Dan, dipendekkan cerita lagi...saya gagal ujian dalam trek. Tang parking tu. Eee. Naik bukit yang ramai orang kata susah tu boleh pula saya lepas. Parking failed. Ujian jalan raya bersama cik abang jpj tu pun nyaris-nyaris saya failed sebab nervous sangat dok tekan minyak nak cium kereta orang. Erk.
Kesimpulannya, ujian kali ini saya kena ulang balik untuk bahagian trek. Saya masih mampu tersenyum masa tu. Salah satu sebab, ada peneman. Kawan saya pun failed. Haha.

"Kita cuba lagi! Tak apa. Jangan putus asa. Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya!," -kami bersorak memujuk hati masing-masing. Kepala duk risau juga fikir nak godek duit tang mana lagi kalau tak cukup nak bayar yuran repeat test.

Kali kedua, dipendekkan cerita lagi....saya gagal sekali lagi! Ya Allah. Dah la datang daripada jauh (untuk seorang student), kena bayar mahal lagi nak repeat test...(untuk seorang student), kena spend masa lagi...(untuk seorang student yang busy macam saya ��).
Masa tu menangis jugalah. Dah tak tahan. Walaupun sambil gelak-gelak rasa kelakar dengan kesilapan tak masuk akal hingga boleh gagal. Bagai tangki bocor, air mata tu keluar non-stop. Huhu.

Kawan yang dah lulus tu tak henti bagi saya kata-kata semangat supaya tak sedih dan berputus asa.

'Awak...ingat. Bukankah gagal sekali itu bukan bermakna gagal selama-lamanya?' -cubaan si kawan memujuk semangat saya

'Yelaaa awak..tapi saya dah gagal dua kali ni....huarghh,' -menangis semahu-mahunya. Rasa takut nak ambil test dah. Takut gagal.

Syukur, lapan bulan berlalu...saya tampil semula dengan imej semangat yang baru ambil test kereta buat kali ketiga. Masa ni guna duit gaji pertama. Wuuu.
Ujian dan cabaran jugalah. Ya Allah...dah lama tak jumpa kereta manual ni. Nak belajar daripada awal balik. Stress dan tekanan datang semula. Syukur syukur sangat-sangat...Alhamdulillah dipermudahkan. Lulus juga saya akhirnya. ����

Hikmah dan pengajaran yang saya dapat melalui ujian kecil daripada Allah dalam kisah yang kedua ni adalah...

Allah akan menguji kita untuk menguatkan kita. Allah akan beri apa yang kita perlu pada waktu yang tepat. Allah didik hati ini bersabar, positif, dan jangan putus asa. Allah didik diri ini bagaimana nak kreatif dan jadi manusia yang berinisiatif. Allah...baiknya Allah.

.

Cerita saya ni apalah sangat nak dibandingkan kisah orang-orang hebat yang lebih hebat ujiannya di luar sana. Sekadar berkongsi, hidup kita ni tak semuanya yang kita nak, kita akan dapat. Sesekali ada ujian dan cabaran.

Saya kagum dengan seorang sahabat. Dia saya kira, mempunyai semangat dan kesabaran yang sangat kuat. Dia melalui sembilan kali sesi temuduga. Seperti rakan-rakan lain saya turut memberikan kata-kata semangat kepadanya setiap kali keputusan temuduga dikeluarkan agar dia tidak terkesan, tak putus asa dan teruskan mencuba. Sempat juga saya berfikir..'kalaulah saya kat tempat dia, agaknya macam mana?'

Sekali dua...mungkin bolehlah bersabar. Tapi kalau dah hampir ke sepuluh kali bukankah sangat-sangat menguji perasaan dan emosi kita? Entahlah daripada mana kekuatan dia datang. Positif betul! Saya kagum dengan semangatnya. Alhamdulillah, berkat kesabarannya, berkat semangatnya yang tak sudah...dia akhirnya berjaya dalam sesi temuduganya yang kesepuluh.

Dengan saya saya sekali nak nangis sebab terharu. Alhamdulillah.

.

Oleh itu, ingatan untuk kita bersama..jangan cepat berputus asa. Usaha, doa, tawakkal. Dah usaha, dah doa, dah tawakkal...pastikan momentum pada pakej tersebut berterusan walaupun sudah berjaya kelak!

Yakin pada Allah selalu.
Orang yang usaha,doa,tawakkal ni adalah orang yang yakin pada Allah. Dia yakin, Allah akan beri pada masa yang tepat. Dia yakin, Allah tahu bila nak beri. Dia yakin, Allah tahu bila nak kabul. Dia yakin, Allah tahu keperluannya apa sekarang dan akan datang.

Tugas kita?

Jangan berhenti berusaha. Jangan berputus asa. Gagallah banyak kali pun takpe, selagi kita dah beri sebaik; semampu kita. Tapi, jangan berputus asa.
Jangannnn!

Semangat~

AR@TD