"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Thursday, 28 January 2016

Pulanglah hati..Allah menanti!

"Saya rasa sekarang ni macam saya sudah jauh dengan Allah.Saya asyik sibuk..bila sibuk saya letih.Tak campur lagi dengan masalah itu ini.

Ya.Saya perasan,saya sudah kurang
hayati solat saya.Saya tahu itu kunci utama nak rapat pada Allah.Jaga solat bukan sahaja kuantiti,namun perkualitikan juga!Saya tahu tu.Saya sedih..adakala saya macam tak kisah tentang solat saya..yang penting cukup 5 waktu.Baca pun laju,tiap gerak pun macam tiada ikhlasnya sebab dalam kepala ada yang dok bertenggek sampai hilang fokus terhadap solat;hilang fokus kepada Allah.

Saya sedih..kenapa diri saya jadi macam ni??

Saya tak terarah.Saya sedih...saya nak kembali rapat pada Allah..tapi saya tak kuat.Saya nak menangis pun air mata rasa berat nak jatuh.Saya nak feeling-feeling rasa berdosa,rasa bersalah pada Allah pun sekejap cuma..bila ada 'perkara' lain yang melalaikan saya dan akhirnya saya kecundang lagi.

Saya sedih..apa nak jadi dengan saya ni?Saya nak jadi hamba Allah yang baik..saya nak jadi hamba Allah yang layak dapat redhaNya..saya nak hidup saya ni dihabiskan;difokuskan untuk mentaati Allah..saya nak saya mati pun dalam keadaan saya mentaati Allah;dalam keadaan saya bertaubat pada Allah..

Saya nak sangat..nak sangat...!

Saya rindukan Quran saya..saya rindu nak meluangkan masa dengannya tanpa gangguan siapa-siapa..

Bila membacanya saya rasa seolah-olah Allah sedang berkata-kata kepada saya..

Bila menghayatinya..adakala saya tersenyum..kerana Allah banyak bercerita tentang bukti cinta dan kasih sayangNya terhadap para hambaNya..

Bila saya membacanya,adakala air mata saya mengalir tanpa sedar..namun yang peliknya ,saya bahagia dan saya sangat lega..sebab ayat tu begitu memujuk dan tersangat memahami situasi hati saya..

Adakala pula saya rasa takut sebab peringatan-peringatan Allah sangat tegas..saya rasa semakin mahu berpegang teguh pada suruhan Allah dan menjauh dari apa yang dilarangNya agar saya terselamat dari peringatan-peringatan yang menggerunkan..

Allahu Allah..

Saya tak nak lalai..
saya nak jadi saya yang dulu..
saya yang selalu nak cari Allah dahulu,
saya yang selalu utamakan Allah..dan saya yang selalu takut pada Allah..saya yang penuh berharap pada Allah..

Saya nak..saya nak kembali rapat pada Allah.."

~~~~

'Saya' yang mungkin saya.Yang mungkin kau.Yang mungkin kita.

Tanya hati.

Sejauh mana 'hidupnya' hubungan kita dengan Allah saat ini?

Kenal pasti.

Apa yang menganggu hubungan itu hinggakan hilang rasa manis;hilang rasa bahagia dan indahnya?

Ketahui satu..
Saat kau rasa kau sedih..kerana kau rasa kau dah jauh daripadaNya..,
Tahukah kau?
Allah sebenarnya 'memanggil' kau pulang.
Kau 'pergi' sudah terlalu lama..hingga kau lupa ada DIA yang paling UTAMA antara semua.

Syukurilah diri..
Allah masih sayang kau.
Sebab tu Allah hadirkan rasa berdosa,rasa sedih,rasa nak jadi baik..

Hargailah hidayah ini.
Pulanglah!Allah menanti.

Cari semula keikhlasan yang hilang.
Hidupkan semula hubungan cinta antara hamba dan PENCIPTA!

Allahu Allah..
Segala puji bagiNya..

Alhamdulillah..

AR@TD

Saturday, 23 January 2016

Tentang Hutang

Senario 1

A:

"Apa patut saya buat dengan manusia yang tahu pinjam(berhutang)tapi tak tahu nak bayar balik 'apa' yang dipinjam?"

B:

"Orang ini ada berhutang dengan saya,ada berjanji dengan saya nak bayar sekian-sekian hari..tapi sampai sekarang tak dilunaskan.Saya marah.Saya rasa tertipu.Saya rasa kepercayaan saya dikhianati.Tapi..saya pula yang dok segan dan serba salah nak minta orang ni bayar balik hutang dia.Sampai sekarang,memang saya susah juga nak maafkan dia.Adakah saya ni baik sangat..bila setiap kali ada orang berhutang..saya tutup mulut dan 'halalkan' saja?Sampai bila?Dia pula makin hanyut..makin bermewah-mewah.Adakah dia lupa?Saya sudah ingatkan sekali dua.Saya pula naik segan.Allah...,"

C:

"Hmm..dia ni dah banyak berjasa dan buat kebaikan kat saya.Tapi..adakala dia suka 'pinjam-pinjam' kat saya.Sekarang bila saya senang sikit,atas dasar nak balas kebaikan dia dulu..saya berilah dia pinjam.Sekali dua,saya niatkan untuk sedekah saja walaupun dia kata nak 'pinjam'.Tapi..kalau dah banyak kali asyik pinjam..saya pula rasa tak sedap hati.Bukan saya tak sudi bagi pinjam.Tapi saya sedih,sebab dia tak ambil berat langsung hal ehwal hutang ni..."

~~~~~~

Pertanyaan si kawan-kawan.

Hmmph.Betul.

Kenapa ya ramai suka 'pinjam-pinjam' tapi tak pulangkan semula apa yang dipinjam?

Kenapa ramai mudah benar berhutang dan berjanji,tapi tak jujur dan berpaling dari janji?

Kenapa?

Salah satu sebab terbesar adalah JAHIL.

JAHIL tu bukan saja tak tahu.

Tahu,tapi buat-buat tak tahu..itupun JAHIL juga.

Tak tahu,dan tak mahu ambil tahu..itu pun jahil.

Sebab tu,urusan-urusan begini jadi rumit.Telah jelas Allah menggariskan kewajipan membayar hutang walau apa keadaan sekalipun.Namun,masih ramai yang pandang remeh dan mengambil mudah.

Oleh kerana tiada kesedaran nak bayar hutang,hubungan baik antara kedua belah pihak jadi tak harmoni.Berlaku jujur dan amanahlah ketika berjanji.Orang 'beri' kerana orang percaya.Jangan bunuh kepercayaan orang lain.

Terkejut juga.Ada sahabat menceritakan pengalamannya menuntut hutang kepada si dia yang telah berhutang.Punyalah memalukan dan mengecewakan,si sahabat ini pula yang dimarahi dan dilabel macam-macam.

Dilabel 'berkira'.Kedekut..tak ikhlas tolonglah..padahal?!

Allahu akhbar.
Bukankah ini bahana kejahilan?

Janganlah berhutang kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai seorang yang berhutang.

Islam tidak langsung menggalakkan para penganutnya berhutang.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud:

"Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya."

Mereka berkata:

"Apa itu wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda:

'Hutang.'

Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud:

"Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang."

Ya..faham.Adakala keadaan dan situasi diri kita kini 'memaksa' dan 'menekan' kita untuk berhutang.

Islam mengajar cara dan adab untuk setiap 'urusan' di dunia.

Ikutlah.
Jadikan rujukan dan panduan.

Sebagai peringatan hati buat kita-kita ini agar sedar dan tak leka lalai lupa,

renungkan hadis daripada imam muslim,

"Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang."

Maka,jangan lagi pandang sebelah mata isu hutang isu pinjam-pinjam.
Bayarlah hutang.
Kalau boleh,latih dan ajarlah diri jangan suka berhutang.

~~~~~~~~~

Senario 2

"Saya tahu..hutang tu wajib kena bayar.Saya tak tahu macam nak share kat awak.Saya memang ada masalah nak bayar hutang kat orang.Bukan saya tak nak bayar.Tapi saya belum mampu.Salah saya juga pinjam dan berjanji nak bayar 'sekian-sekian' tapi saya tak dapat kotakan janji tersebut.Sudahnya hutang saya tertunggak lama.Orang yang menjadi tempat saya berhutang pula sudah naik negatif terhadap saya.Boleh tolong saya,bagaimana nak mengatasi masalah ini?"

~~~~~~

Adab 'setelah' PINJAM duit orang,tapi TAK MAMPU nak bayar balik pada masa yang ditetapkan.

1) Mohon maaf setulus hati.(kalau kau manusia yang baik,pasti kau tahu cara nak minta maaf cara yang baik,yang ikhlas)

2) BERJANJI untuk bayar balik.(Janji bukan sekadar janji manis.Kotakan..)

3) JANGAN BERJANJI nak bayar sekian-sekian kalau tak yakin dapat bayar pada waktu yang dijanjikan.

4)Tolong BERTINDAK seperti orang yang BERHUTANG.(jangan bermewah-mewah,berhappy-happy sedang kau ada 'beban' yang belum langsai)

5)Tolong faham dan hadam konsep 'bukan aku seorang susah,orang yang bagi pinjam ni pun ada KOMITMEN' dan yang paling penting si dia yang sudi beri pinjam ni bukan COP DUIT.

6)KEEP IN TOUCH dengan orang yang kau pinjam duit ni.(sebab..orang yang bagi pinjam duit kat kau ni manusia,bukan robot.At least,kau bagi tahu perkembangan 'usaha' kau dari masa ke masa dalam proses nak melangsaikan hutang ni.TOLONGLAH jangan menyepi)

7)Jadi manusia yang tahu 'BERADAB' dengan Tuhan.Pasti kau tahu cara 'beradab' dengan makhluk Tuhan.

8)Usaha,kerja keras,usahaaa,usaahaaa,usahaaaaa...seikhlas hati kau,atas rasa tanggungjawab,atas rasa beriman,atas rasa nak patuh aturan Tuhan..

9)Merapat pada Tuhan.Berdoa,perbanyakkan amal ibadah yang sihat.

10)Istighfar banyak-banyak.Baca doa agar dapat bayar hutang dan diselamatkan daripada bebanan hutang pada masa akan datang.

Bantulah diri untuk kebaikan masa akan datang.

Tolong diri kau.Tolong orang lain juga.

Elak menunda atau bertangguh-tangguh dalam membayar hutang.

Kot ye tak mampu dah nak bayar sekaligus,bayar beransur-ansur pun sudah memadai.Paling tidak..tunjukkan yang kamu benar-benar seorang yang amanah,jujur dan bertanggungjawab.

Anarohani@Travelogdakwah