"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Sunday, 17 May 2015

"Kisah cinta adik A"


Adik A jatuh cinta dan bercinta.
Kasihan adik A,umur masih belasan tahun,masih bersekolah.
Diuji 'cinta monyet' pula.Sakan bercinta,dipermainkan lelaki lalu ditinggalkan.
Adik A putus cinta.
Hidup bertukar 360 darjah.
Dunia terasa nak kiamat.
Adik A rasa dah tak layak nak hidup.
Sedih sangat katanya.
Umi abi tak faham dirinya.
Mereka tahu marah-marah saja.
Satu-satunya insan yang kononnya 'ikhlas' menyayanginya turut pergi.
Semua orang tak inginkannya lagi.

"Biar mati saja!Biar semua orang puas hati!!!"

Lima  tahun kemudian..

Bertemu semula dengan adik A.
Subhanallah. Masih hidup.Kali terakhir mendengar lisannya 'nak mati!biar mati!semua orang puas hati!'.

Dari jauh dia tersenyum.
Langkahan kakinya makin laju merapati lokasi keberadaanku tatkala itu.

"Kak!Assalamualaikum! Hihiii"

Dia tunduk hormat menyalamiku,sambil tersengih menyerlahkan barisan gigi yang putih bersih.

Lensa mataku masih lekat pada sekujur tubuh yang betul-betul berdiri tegak mendepaniku.

"Wa..waalaikumsalam..,"suara bagai tersekat di kerongkongan.

"Adik A??," aku menilitinya atas bawah.
Tak semena senyumku lukir tak percaya.

"Ya Allah...,"

Kami berdakapan.

"Adik apa khabar?Lama tak jumpa adik tahu!"aku menampar lembut bahunya.

Dia senyum tersipu.

"Adik ok kak..alhamdulillah..hihi.Tak sangka,berjodoh betul jumpa akak lagi.Maaflah kak..memori terakhir kita dulu sangat kurang enak untuk dikenang..kan?maaf..adik berpindah sekolah tak bagitahu akak pun.Tambah-tambah lagi akak busy betul nak exam spm time tu..,"kalamnya menerangkan perlahan.

"Hmm..akak memang tercari-cari adik juga taw masa tu!mana taknye..adik dahlah baru putus cinta,siap nak bunuh diri bagai..pastu tiptop menghilangkan diri!mana taknye akak risau..Allah..mujur adik masih sihat cerdassss hidup sampai sekarang!risau akak..," sambil bercerita,aku mengajaknya duduk di suatu sudut yang redup.

"Ya Allah..teruk betul adik dulu kan kak..sangatlah tak matang!Adik memang buat keje tak betul laa dulu kak..malu sangat pada akak,pada semua orang..malu pada umi abi,malu pada Allah..kes adik dulu jadi kes polis kot!Tu umi abi pindahkan adik kat sekolah baru..hmm..semuanya ada hikmah.Maafkan adik kak..tak inform akak pun.Padahal akak la..yang selalu bagi kata-kata semangat kat adik dulu..,"satu-persatu memori silam menerjah di fikiran,dilayar-tayang di panggung mata.
Adik A terus bercerita..dan aku setia mendengarkan kalamnya.

"Akak tahu!Sebenarnyakan..adik rasa,ada kebarangkalian putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat daripada Allah buat adik.Hihi.Allah memang baik..selamatkan adik awal-awal.Adik putus cinta dengan 'monyet'(cinta monyet) untuk Allah mengenal cinta hakiki.Cinta sejati yang sebenar!Allah menjemput adik,untuk mencintai-Nya..," dia tersenyum penuh makna.Sangat cemerlang.Terserlah kebahagiaannya tatkala itu.

"Segala puji bagi Allah..alhamdulillah..tahniah adik..hebat kan penangan cinta Allah?,"

Kami sama-sama mengangguk dan melafaz syukur.

Pengajaran cerita 'gile pendek' ni,

Bercinta memang best,nak bercinta,bercintalah dengan orang yang layak menerima cinta kita.

Siapa yang layak menerima cinta ?

Si dia yang halal sebagai suamimu adik ku sayang.Bukan your courple non-mahram tu..(Eherm.Excuse meee..~)
Nak bercinta,bercintalah dengan orang yang kenal Allah..yang mencintai Allah..

Kalau si dia tu,cintakan Allah,taati Allah..dia akan usahakan untuk dapatkan cinta adik secara terhormat!
Si dia tu akan follow macam mana Rasulullah ajar..

Haaa..

Adik masih sekolah lagi.Fokus belajar dulu na!Kasihan mak ayah hantar sekolah.Nanti dah habis sekolah menengah..boleh proceed laa dengan cara yang baik.
Ada diskusi keluarga.ok?

Akak nak suggest adik baca semua buku penulis terkenal fatimah syarha tu.

Memang tajuknya sesetengah orang tak suke,feel geli and so on..

Tapi buat apa nak geli!
Betul apeee!

Dapatkan buku,

Cinta high class!
Cinta potato spring!
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul!
Saat hati berdebar cinta!
Aku ada wali!

Dan banyak lagi.

Buku ustazah,memang kontemporari!Sangat faham dan menyantuni hati adik-adik yang sedang 'in love' di luar sana.

Geli dengan tajuk buku dia?

Allah...
Angau-angau kau tak geli dik?

Moga Allah lapangkan hati adik ya.
Doa selalu.
Fi hifzillah!

Mueheheee~

Friday, 15 May 2015

Jururawat mukmin,idaman Tuhan!

"Salam sayang buat jururawat ummah yang dihormati.

Pekerjaan jururawat sungguh mulia. Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih lagi di wad-wad OnG? Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan. Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat. Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

Berkaitan pakaian, suami ana (Dr. Farhan Hadi) pernah mengatakan, dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya, melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa berani mengambil tindakan apa-apa kepada mereka. Semoga lebih ramai jururawat hari ini berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang dapat menemui peluang berpakaian yang lebih baik.

Ukhtiku sayangfillah, rasa mulialah dengan tugas muliamu! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah, jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cinta kepada Islam.."

Bingkisan daripada,

UstazahFatimahSyarha

~~~~

Allahu Allah..
Saat terbaca kalam positif daripada sang murobbi ini..
Hati bertambah yakin,betapa kerjayaku sebagai jururawat ini adalah antara kerjaya yang mudah untuk sampai ke destinasi tujuan iaitu mendekatkan diri kepada Tuhan.

Insyaallah,

Jururawat mukmin.
Moga Allah luruskan niat hati ini.

Allahumma aameen.

Tuesday, 12 May 2015

TRAVELOG AKHAWAT SERAGAM PUTIH 'aku jururawat ummah!'


Allahu rabbi..
Sedikit bersawang lamanku ini!
Saya bekerja sebagai jururawat.Dan saya suka sangat menulis.
Dengan harapan yang menggunung,saya berhajat untuk menukil tinta yang mampu merawat hati ummah.
Bukan sekadar tahu 'inject' atau 'cuci luka'.
Tapi lebih daripada itu..

Insyaallah!

Sebenarnya tak pernah langsung terfikir yang diri ini akan menjadi seorang jururawat.

"Allah telah memilihku,dan aku menuruti!"

Kata hati yang redha berbisik mensyukuri.

Saya percaya,setiap pekerjaan adalah amanah untuk ditransformasikan sebagai satu ibadah.

Bila mengenangkan yang kita sedang beribadah kepada Allah,ikhlas itu datang sendiri.Bila mampu tersenyum tatkala lelah,mampu berbahagia meski jiwa sesak dengan pelbagai rutin masalah,sudah terbukti yang hati kita semakin ikhlas bekerja kerana Allah.

Biiznillah.

Alhamdulillah.

^_^

Hmm..
Saya percaya,bekerja sebagai apa pun,ada ujian,ada dugaan dan cabarannya yang tersendiri.

Bukan dunia jururawat saya saja!

Sedikit mengusik emosi saya,terlalu ramai yang berpersepsi kurang enak tentang kerjaya seorang jururawat.

"Tak hendaklah jadi jururawat!Banyak sangat kontroversi.."

"Jururawat kerja tak ikhlas..,"

"Jururawat baju singkat,seluar ketat..,"

"Jururawat penggoda!"

"Jururawat begini..,"

"Jururawat begitu...,"

Suara-suara yang bingit ditiup angin menerjah ke gegendang telinga saya.

Sedikit pahit untuk didengarkan.
Saya tersenyum,lantas beristighfar.

Akal menerawang mencari ilham untuk memujuk diri agar bersabar dan bertenang.

"Diriku,

Kamu adalah jururawat.
Allah memilihmu untuk menjadi seorang jururawat buat ummah!

Perawat jasad,perawat hati.
Apa jua pekerjaanmu,hatta bukan jururawat sekalipun..kamu pastinya akan diuji dengan pelbagai versi ujian,dugaan dan cabaran daripada Allah Azza Wajalla.

Maka,berlapang dadalah wahai diriku..
Hadapi ujian Allah,jangan sebagai jururawat..!
Hadapilah sebagai seorang jururawat berperibadi mukmin.

Bila kau hidupkan watak mukminmu,dengan izinNya..kau mampu meredah,kau mampu menangkis,kau mampu mencantas..apa jua bentuk ujian yang mendatang!

Kata-kata kesat,
Lemparan-lemparan fitnah dan kata buruk berkisarkan kerjaya seorang jururawat..,
Jangan jadikan ia penghalang untuk kita meneruskan 'amanah' Allah ini.

Anggap saja si pelempar kata nista,
Si penuduh tanpa periksa itu..
adalah hamba Allah yang diutus Allah untuk membina mantap kesabaranmu!

Sungguh mereka sebenarnya tak tahu,
Bahawasannya para jururawat juga manusia biasa yang sedang diuji Allah,sepertimana guru,doktor,peguam dan lain-lainnya..

Jururawat tidak sempurna.
Yakinlah diri..
Bawa Allah dalam tiap niatmu,letak Allah dalam tiap amalan pekerjaanmu..
Kau akan belajar 'soft-skill'.

Memahami konteks pemikiran golongan manusiawi,
Tak mudah melatah,malah menyantuni sudut pandang mereka..
Dan mampu menyelesaikan apa jua permasalahan yang menyesakkan minda!

Sentiasa yakin kepada Allah!
Selamat Hari Jururawat.
Kerja baik-baik,
Kerja kerana Allah,
Kerja ikhlas-ikhlas.

Allah suka orang yang berusaha nak jadi 'agen dakwah'..

Jadilah hamba Allah yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.."

:)

MasyaAllah.
Moga Allah terus kuatkan saya di arena ini..
Sama-sama kita jadi 'pekerja' Allah.

Selamat Hari Jururawat diriku!