"semangatlah dalam pendakian, agar bertemu klimaks pencarian, di situlah kemuncak kebahagiaan.."

Saturday, 11 April 2015

Buat baik..

A:

"Maaf awak saya bertanya.Saya nampak ramai sekali pengguna laman sosial,fb misalnya zaman sekarang menggunakan aplikasi ini untuk tujuan kebaikan.Namun,kadangkala saya keliru.Sejujurnya,saya adalah dalam kalangan orang-orang yang baru nak belajar..nak berubah ke arah yang lebih baik lagi.Apa yang saya perhatikan,terlalu ramai yang mewar-warkan kebaikan dalam versi mereka sendiri,yang membuatkan saya agak keliru..'mereka ni nak ajak buat baik ke atau nak tunjuk baik sangat..'

B:

"Alhamdulillah,tahniah sahabat.Tak semua Allah pilih kembali semula  ke jalanNya,melainkan kerana kemahuan diri  kita sendiri nak usaha  cari jalan pulang.Ada usaha nak pulang,maka ada juga kekuatan daripada Allah dipinjamkan ke atas kita,para hambaNya.

Allah jelaskan dengan terang dalam Quran,
'Setiap amalan kita,bergantung pada niat..'
Mudah je.Kita niat buat baik,kita laksanakan kebaikan,kita ajak orang buat baik,maka,pulangan kebaikanlah kita dapat.

Kalau kita teliti laman sosial ni,ianya di luar bidang kuasa dan kemampuan kita nak nilai mana yang baik,mana yang tak baik,mana permata,mana kaca.Hanya Allah layak menilai dan menghakimi.Baiknya Allah..ditutupnya aib kita para hambaNya..kecuali orang-orang yang tetap berdegil nak 'tentang' peraturan Allah.

Kebaikan bukan untuk dijaja.
Jangan biarkan kebaikan yang kita lakukan,dibeli dengan puji-pujian.
Ajaklah,serulah keluarga,sahabat-sahabat,kenalan dan seluruh ummah ini mengenali dan mendekati Allah.Buat kerana Allah,Allah akan jaga niat kita,Allah akan permudahkan jalan dakwah kita.

Mulakan kebaikan kita,dengan sangka baik,dengan kerendahan hati,tanam niat nak belajar,jangan pandang rendah kat orang lain,nak jadi hamba Allah yang baik,nak jadi makhluk yang baik sesama makhluk!

Allah pasti permudahkan!

Yakin!

Moga Allah permudahkan jalan kita..
Allahumma aameen.
:)